𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 38

39.4K 1.6K 145
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Aisya!" Danish menarik kuat tubuh Ariana ke dalam pelukannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aisya!" Danish menarik kuat tubuh Ariana ke dalam pelukannya. Lori yang hampir melanggar tubuh isterinya itu direnung tajam. Bagaikan hendak luruh jantungnya apabila melihat Ariana hampir dilanggar.Ariana yang berada di dalam dakapan Danish hanya mendiamkan diri. Jantungnya berdetak laju. Nasib suaminya sempat menariknya, kalau tidak. Mungkin dia sudah tiada di dunia ini.

Ariana memejamkan rapat matanya sebelum melekapkan tepi kepalanya pada dada bidang Danish. Detak jantung lelaki itu laju. Lagi laju dari detak jantungnya. Danish menolak kasar bahu Ariana sebelum kedua belah bahu wanita itu dipegang kuat. Wajah isterinya direnung tajam.

"Kau memang nak mati awal ke huh?" Danish menjerkah kuat di hadapan wajah Ariana. Wanita itu hanya menunduk sambil membiarkan air mata mengalir.

"Huh Aisya Ariana?" Rahang Ariana dicengkam kuat sebelum didongakkan dagu wanita itu supaya memandang wajah bengis Danish.

"Kau memang nak aku mati kan?" Ariana merenung ke dalam anak mata suaminya. Nasib sekarang waktu malam, jadi tiada kereta yang lalu lalang melihat pertelingkahan mereka ketika ini. Danish mengetap kuat giginya sebelum menolak sedikit kasar tubuh isterinya itu supaya menjauhinya. Ariana hanya membisu. Matanya hanya melihat Danish yang sudah berlalu meninggalkannya disitu.

Tubuh Ariana melorot jatuh di atas tanah. Matanya kabur dek air mata. Telapak tangannya menyentuh dadanya. Sakit. Makin lama, hatinya makin hancur dengan tidakan suaminya. Ariana hanya duduk di atas tanah sambil menangis teresak-esak dengan mata yang masih terpejam rapat. Bangunkan lah dia dari mimpi ngeri ini.

Namun Ariana segera mencelik kelopak mata tatkala tubuhnya terasa seperti di awangan. Kepalanya mendongak melihat wajah Danish yang sangat dekat dengannya. Lelaki itu mendukungnya.

"Jangan mati lagi. Aku belum puas seksa kau."

××××

Kereta mewah Danish elok berhenti diperkarangan rumah Opah. Kepalanya berpaling melihat Ariana yang sudah lena di tempat duduk sebelah. Rambut isterinya yang menutupi wajah diselak oleh Danish.

Danish mengelus lembut wajah mulus Ariana. Mata isterinya yang terpejam rapat itu tampak sangat sembab. Tuhan sahaja yang tahu betapa cemasnya dia apabila melihat lori yang dipandu laju itu hendak melanggar tubuh kecil isterinya.

"Aku benci fact yang kau Aisya Ariana. Kalau bukan sebab mak kesayangan kau, aku takkan berdendam dengan kau sekarang." Danish menghela nafas perlahan. Puan Arranda Wong bukan ibu kandung Aisya Ariana. Wanita itu hanyalah ibu tiri isterinya. Puan Amanda Wong, kakak kepada Puan Arranda Wong, ibu kandung isterinya ini.

Namun disebabkan Puan Amanda Wong bercerai dengan Dato Ahmad Azender, bapa kandung Ariana, wanita itu berkahwin dengan Dato Darren Michael, bapa kandung Danish. Wanita itu punca segalanya. Punca Dylan mengalami DID, punca Danish dan Dania kehilangan bapa dan punca Datin Diana kehilangan suami.

Danish memejamkan rapat matanya sebelum kembali membuka kelopak matanya. Ini yang dia mahukan, tetapi mengapa jiwanya langsung tidak tenang apabila menyakiti Ariana. Danish keluar dari kereta sebelum membuka pintu kereta belah isterinya. Tubuh kecil Ariana diangkat dengan perlahan sebelum dia menendang pintu kereta untuk menutupinya dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Kelihatan Datin Diana, Opah dan mak saudara serta sepupu Danish sedang berborak di ruang tamu serta merta diam tatkala melihat Danish mendukung Ariana yang sedang tidur.
Datin Diana yang baru sahaja hendak bangun dan mendekati anaknya tidak jadi apabila Danish mengelengkan kepala dan terus masuk ke dalam bilik.

"Mak dah cakap. Anak kedua kamu tu ego dia tinggi. Nanti bila ego dia dah runtuh, kamu jangan terkejut kalau tengok dia lagi romantik dari Dylan." Datin Diana hanya tersenyum kecil, tidak nafikan semua itu kerana dia pun dapat lihat benda yang sama.

××××

Tubuh kecil Ariana diletakkan dengan perlahan di atas katil. Tubuh isterinya diselimutkan sebelum Danish bertindak mengucup lembut dahi wanita itu.

"I'm sorry." Danish mengusap lembut rambut Ariana sebelum kembali menegakkan badannya dan berlalu masuk ke dalam bilik mandi. Hanya mengambil masa 10 minit di dalam bilik mandi, Danish kembali keluar dari bilik tanpa memakai baju dan hanya berseluar slack.

Tubuh sasanya dibaringkan di sebelah Ariana. Pinggang ramping wanita itu ditarik sehingga tubuh kecil Ariana melekap dengan tubuh sasanya. Belakang leher isterinya dikucup lembut.

"Good Night, Моя леди (Moya ledi) [My Lady]"

"Good Night, Моя леди (Moya ledi) [My Lady]"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued..

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now