𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 55

38.6K 1.5K 126
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana melangkah perlahan keluar dari bilik persalinan pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana melangkah perlahan keluar dari bilik persalinan pakaian. Tuala mandi dililit pada lehernya, kaki panjang melangkah perlahan sambil matanya melilau memerhati ruang bilik itu. Matanya terpaku pada tubuh suaminya yang sedang terduduk bersandar pada kepala katil, namun kelopak mata lelaki itu terkatup rapat dan dadanya berombak tenang. Bebola mata Ariana berhenti pada tubuh kekar Danish yang half naked, tanpa baju dan hanya berseluar.

Ariana berjalan mendekati suaminya, rambut Danish yang seakan menutupi wajah lelaki itu diraupkan ke belakang oleh Ariana. Senyuman nipis terukir cantik pada wajah jelita Ariana tatkala matanya merenung penuh minat wajah tenang suaminya yang sedang tidur sambil bersandar itu. Mungkin penat kerana semasa di hospital, lelaki itu tidak tidur dan hanya mengawasi pergerakkannya. Nak pergi ke tandas pun, lelaki itu akan mengikutinya. Puas ditegah, tapi Danish Uqael tetap Danish Uqael, sukar dijangka.

Dan Aisya Ariana tetap Aisya Ariana, dia lebih sukar dijangka dari suaminya. Senyuman nipis kendur, mata tajam merenung wajah Danish.

"Danish." Perlahan sahaja suara Ariana menyeru nama suaminya. Bahu kekar Danish digerakkan lembut. Lelaki itu mengerutkan keningnya sebelum mencelikkan dengan perlahan kelopak mata. Sistem penglihatan Danish dihiasi dengan tubuh isterinya yang sedang berdiri di sisi katil.

Bebola mata Danish bergerak memandang wajah Ariana. Lengan kekarnya melingkar pada pinggang ramping Ariana sebelum menarik tubuh wanita itu mendekatinya.

"Baru mandi?" Suara serak basah Danish menghentam sistem pendengaran Ariana yang sedikit kaku apabila Danish bertindak melekapkan tepi kepala pada perutnya, lembut sahaja perilakunya kerana bimbang andai luka Ariana kembali sakit. Tangan kecil Ariana mengelus perlahan rambut perang suaminya.

"Ya. Kenapa tak baring? Nanti belakang kau sakit—"

"Aku tunggu kau." Belum sempat Ariana hendak menghabiskan baris ayatnya, Danish dengan pantas menyampuk. Lelaki itu mendonggakkan kepalanya, memandang wajah Ariana.

"Kau mandi lama sangat." Danish memejamkan kelopak mata dan mencebikkan bibirnya. Ariana tergelak kecil. Rambut keperangan Danish diperkemaskan sebelum kucupan ringkas dihadiahkan di atas kepala suaminya itu.

"Kau tak nak mandi ke?" Danish mencelikkan kelopak matanya. Mata tajam lelaki itu tepat memanah ke dalam anak mata cantik Ariana. Danish mengucup lembut perut Ariana yang berlapik baju itu sebelum bangun dan berdiri di hadapan Ariana. Hidung mancung kemerahan Ariana dikucup sekilas.

"Nak mandilah ni. Kau nak tidur, tidur je lah." Ariana mendongak memandang Danish yang sedang mengusap rambutnya yang masih lembab. Kepalanya dianggukkan menyebabkan Danish menghadiahkan kucupan pantas pada dahinya. Lelaki itu mengambil tuala dan terus berlalu masuk ke dalam bilik mandi. Ariana hanya tersenyum nipis sebelum melangkah bergerak ke arah meja solek.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now