𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 65

31.5K 1.5K 49
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana merenung gambar suaminya yang berada di dalam galeri telefon bimbit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana merenung gambar suaminya yang berada di dalam galeri telefon bimbit. Senyuman nipis menghiasi wajah jelita wanita itu, anak matanya menjelajah wajah Danish yang terpampang di dalam skrin gajet mahalnya. Nafas dihela perlahan sebelum telefon bimbit tersebut dibawa kedadanya, kelopak mata dipejamkan rapat. Rindu semakin menyesakkan dadanya. Tanpa sedar, mutiara jernih mengalir laju dari balik kelopak matanya yang masih terpejam rapat. Menyesal? Ya dia menyesal. Empat bulan Danish menghilang tanpa jejak.

"Abang kat mana? Tak rindu aku ke?" Perlahan sahaja Ariana menyoal. Bibirnya dikemam dan kelopak matanya kembali dicelikkan. Air mata diseka lembut. Tak, dia tak boleh lemah. Dia yakin suaminya masih hidup. Ariana kembali menatap telefon bimbitnya sebelum wanita itu meletakkan gajet itu di atas night stand. Rambut yang diikat dileraikan sebelum tubuh kecilnya dibaringkan di atas katil.

Baru sahaja kelopak matanya ditutup, bunyi nyaring telefon bimbit menghentam gegendang telinganya menyebabkan kelopak matanya kembali dicelikkan. Tubuhnya dibangkitkan sebelum disandarkan pada kepala katil. Tangannya mencapai telefon bimbit yang berada di atas night stand. Berkerut dahi Ariana apabila melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

Unknown number.

Bibir bawahnya digigit sebelum dia menyambungkan talian, telefon bimbit dibawa dan dilekapkan ditelinganya.
Sepi.

"Hello? Siapa?" Ariana mengigit kuat bibir bawah tatkala soalannya tidak dijawab oleh orang di dalam talian. Hampir tiga minit, sunyi tanpa suara manusia tetapi sistem pendengaran wanita itu dihiasi dengan bunyi angin malam.

"Hello—"

Berkerut seribu dahi Ariana apabila talian itu dimatikan. Telefon bimbitnya dibawa menjauh daripada telinganya, skrin gelap itu ditatap penuh hairan. Siapa yang menelefonnya pada waktu malam sebegini?

TING

Ternaik kening nipis Ariana tatkala ada notification masuk menyebabkan skrin telefon yang tadinya gelap kembali cerah, pantas jari-jemarinya menari di atas skrin telefonnya itu.

1 Message from unknown number.

Message dari nombor asing tadi, pantas jarinya menekan dan membaca message tersebut. Tubuhnya ditegakkan bersama matanya yang membulat.

From : unknown number
- I remove the knife from my back, wipe my blood from the bleed and place it carefully in a locked box. Miss you sayang.

Ariana pantas menekan nombor asing itu sebelum kembali melekapkan gajetnya pada telinga. Menunggu panggilan itu diangkat. Bibir bawahnya digigit kuat bersama air mata yang sudah memenuhi pelupuk mata.

TUT

TUT

TUT

Tidak diangkat! Ariana kembali menjauhkan telefon bimbit sebelum cuba mendail kembali nombor itu dan dilekapkan kembali pada telinganya.

TUT

TUT

TUT

"ARGH!"

PRANG

Cawan kaca yang berada di atas night stand dicapai dan dibaling kasar di atas lantai bilik. Telefon bimbitnya dihempaskan di atas katil. Air mata mengalir laju membasahi wajah Ariana. Kedua belah tapak tangannya dibawa menekup wajah. Darah daripada luka bibirnya yang digigit kuat menitik ditapak tangannya. Dadanya yang berombak ganas cuba ditenangkan. Dia yakin, orang yang menelefonnya tadi, unknown number itu, suaminya!

DANISH UQAEL!

××××

Ariana berjalan laju menuju ke ruang tamu tatkala suara Datin Diana, Dylan serta Aira memenuhi ruang tersebut. Ariana memegang kemas telefonnya. Tiba di ruang tamu terus Ariana menghampiri Dylan dan berdiri tegak di hadapan abang iparnya itu. Dylan mengangkat kepala memandang Ariana yang tegak berdiri di hadapannya. Ariana hanya memandang Dylan bersama wajah tidak beriak.

"Ari?" Datin Diana memanggil Ariana apabila menantunya itu masih berdiri di hadapan Dylan. Aira pula terkulat-kulat melihat suami dan birasnya itu.

"Danish telefon semalam." Ariana masih memandang wajah Dylan bersama telefon disuakan kepada abang iparnya itu. Dylan memandang wajah Ariana sebelum mata melihat telefon yang disua Ariana.

"Kau merepek apa?" Dylan menjungkitkan keningnya buat beberapa kali. Ariana masih menghulurkan telefon kepada Dylan.

"Danish." Datin Diana dan Aira hanya membisu dan menjadi pemerhati. Dylan mengerutkan dahi sebelum mengambil telefon Ariana.

"Empat bulan Ariana. Kau merepek apa pula Danish telefon?" Dylan memandang wajah Ariana sebelum membaca mesej yang diberikan oleh nombor yang tidak dikenalinya. Dylan mengerutkan dahi sebelum menaikkan pinggir bibir.

"Pandai kau main sorok-sorok Danish Uqael." Danish menghantar nombor itu pada anak buahnya sebelum memberi semula telefon kepada Ariana.

"Tapi kau sure ke husband kau?" Dylan menyoal sambil berpeluk tubuh. Ariana duduk di sebelah Datin Diana.

"Siapa lagi kalau bukan Danish? Alex? Airil? Diorang dah mati. Musuh Danish yang lain? Kau juga yang kata diorang gerun dengan Danish. Jadi?" Ariana memandang sinis wajah Dylan menyebabkan abang iparnya itu tergelak kecil.

"We will see."

××××

Dylan hanya mendengar penuh teliti apa yang diberitahu oleh Zariel. Senyuman sinis tercetak elok.

"Tuan Danish di lokasi ini." Zariel menunjukkan data-data mengenai tempat yang diduduki oleh Danish kepada Dylan. Sebuah kampung yang tidak lah pedalaman mana namun masih jauh dari 'mata-mata' anak-anak buahnya.

"Tuan Dylan." Dylan memandang Xarie yang berdiri tidak jauh darinya.

"Kau tak pernah kerah anak buah kau lebih-lebih untuk misi pencarian Tuan Danish. Kau tak risau kan Tuan Danish?" Dylan ketawa kecil tatkala disoal dengan soalan itu.

"Aku tak pernah risau. Dia hidup kalau mayat tak jumpa di rumah tu. Lagipun itu Danish Uqael. Dia licik dari ular yang dia bela selama ni."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now