𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 71

32.8K 1.4K 48
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana hanya memandang Danish yang sedang sibuk berborak dengan Amaya di kerusi kayu  di luar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana hanya memandang Danish yang sedang sibuk berborak dengan Amaya di kerusi kayu di luar rumah. Malam-malam macam ni sibuk nak mengatal ya Amaya! Bibir dikemam dan rahangnya mengetat. Ooo, bergelak ketawa ya! Danish ni memang nak kena terajang sampai ke Afrika Latin lah! Amaya tu pun satu! Ada kena tumbuk ni kang! Kecil besar, kecil besar je Ariana tengok dua manusia tersebut!

"Aisya, ini mak ada buatkan kuih, bawa ke luar dan makan bersama Uqael ya?" Ariana sedikit tersentak apabila mak menerjahnya dari belakang. Sepinggan kuih lapis yang dihulur oleh mak di sambut mesra bersama senyuman manis. Kelibat mak yang sudah menghilang ke ruang tamu menyebabkan Ariana membuka langkah untuk keluar dari rumah.

"Mana ada lah abang ni! Amaya saja je." Ariana hanya memandang tidak puas hati wajah Amaya yang sedang tergelak sambil menekup mulut. Ini kalau kena tekup dengan selipar jepun ni ada yang pengsan ni karang! Ariana berjalan mendekati mereka, sesampai sahaja di kerusi kayu itu, Danish tersenyum manis ke arah Ariana namun wanita itu memincingkan matanya bersama senyuman sinis sengaja dilakarkan pada wajahnya.

"Thank you, sayang." Danish menarik lembut pinggang Ariana menyuruh isterinya itu duduk bersebelahannya. Ariana hanya menurut dan matanya masih merenung wajah Amaya yang sudah berubah masam. Amboi! Tadi bukan main galak lagi! Aku mai terus berubah na muka! Lempang sat gi berputar pala!

"Abang, kalau dekat sini, mana ada orang lelaki yang macam abang, baik, kacak, beruntung tau siapa yang dapat abang ni—"

"Haah, beruntung aku." Aisya terlebih dahulu menyampuk menyebabkan Amaya terus terdiam. Danish tersenyum nipis dan memandang wajah Ariana yang jelas memancarkan riak wajah cemburu.

"Abang, em Amaya masuk dulu lah." Danish hanya mengangguk dan melihat Amaya yang sudah berlalu masuk ke dalam rumah. Ariana menjulingkan matanya dan berdengus kecil. Menyampah sungguh!

"Sayang, comel sangat kenapa?" Danish tergelak kecil sambil mengusap lembut kepala isterinya yang bertudung. Ariana memandang Danish dengan tatapan tajam.

"Comel tak comel. Abang kalau Aisy tampar kepala abang dengan Amaya tadi, berpusing putus terus baru tahu!" Terletus dekahan Danish apabila mendengar bebelan daripada Ariana. Wanita itu hanya memincingkan matanya memandang suaminya yang sibuk tergelak besar.

"Sayang, why you're so funny?"

"Eish!" Ariana mengambil kuih lapis yang berada di dalam piring dan disumbatkan kedalam mulut Danish. Lelaki itu terus menghentikan tawanya dan mengunyah laju kuih lapis tersebut. Nasib tak lekat, lupa isterinya ini memang jenis kasar. Mahu mati diterkam nanti.

"Assalammualaikum pasangan bahagia, ayah kacau ya?" Perhatian pasangan itu beralih ke arah ayah yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Eh tak de lah ayah. Marilah, mak mana? Marilah makan sekali, Kami tak habis makan banyak macam ni." Ariana mengesot mendekati Danish untuk memberikan ruang kepada ayah duduk di hadapan mereka. Lelaki berusia itu hanya tersenyum manis sebelum melabuhkan punggung di hadapan Danish. Ariana menjeling Danish sekilas, lelaki itu sedang memandangnya bersama sengihan.

Sabarlah duhai hati!

×××××

Ariana mengikat rambut panjangnya sebelum disanggul kemas. Anak tudung dipakai sebelum selendang hitam itu dililitkan pada kepalanya. Bunyi seperti orang bertukang mengetuk paku pada kayu menerjah gegendang telinga. Ariana terus berjalan keluar dari bilik mencari Danish. Bunyi ketukan itu makin kuat tatkala Ariana ke ruang dapur. Apabila keluar dari dapur Ariana terus menghendap halaman belakang. Danish sedang menukang tanpa memakai baju dan hanya berseluar panjang. Berpeluh-peluh bersama rambut yang diikat. Benarlah, rambut Danish sudah mencecah bahu. Kacak!

"Abang." Danish yang sedang menyiapkan pintu untuk reban ayam ayah itu memalingkan kepala memandang Ariana yang sedang menghampirinya. Berpeluh-peluh wajah Danish.

"Nak Aisy tolong tak?" Ariana duduk bertinggung di hadapan Danish sambil meraup rambut hadapan suaminya. Danish menggelengkan kepala.

"Dah nak siap." Ariana melihat pintu reban ayam kayu yang sudah hampir siap itu. Tersenyum Ariana melihat hasilnya. Sangat kemas dan cantik. Pandai Danish ciptanya.

"Dah siap." Danish tersenyum bangga sebelum bangkit dari duduknya. Bercekak pinggang melihat pintu reban ayam tersebut. Ariana hanya melihat sahaja.

"Nak ikut abang pergi ladang ayah ke?" Danish mengesat peluh pada dahi dan lehernya dengan kain tuala sambil memandang Ariana.

"Nak!"

×××××

"Abang apa dalam ni?" Ariana yang berada tidak jauh dari Danish melihat lama bekas kayu besar yang berjaring-jaring itu. Danish yang baru siap memasang pintu pada reban ayam itu mendekati Ariana sambil tersengih nakal.

"Nak tengok ke?" Ariana mengangguk tanpa memandang Danish. Teruja kerana bekas itu tampak seperti terjaga. Danish tersengih lebar sebelum menarik Ariana supaya menghampiri bekas tersebut. Danish mengangkat perlahan penutup bekas kayu itu.

"Ta da!"

"Argh! Danish!" Menggelupur Ariana melarikan diri tatkala melihat binatang panjang yang berada di dalam bekas itu. Ular sawa! Danish berdekah sambil memegang perutnya. Ariana membuat mimik muka jijik melihat ke arah ular itu. Besar!

"Abang! Ular tu!" Ariana menjerit kerana dia berdiri agak jauh dari Danish. Geli geleman melihat ular sawa batik yang sebesar lengan Danish itu, sudah lah berkilat!

"Meh sini lah. Meh peluk dia. Dia tak garang pun."

"Ee! No! Jangan dekat Danish Uqael!" Ariana berlari menjauhi Danish tatkala lelaki itu meluru ke arahnya. Danish menyauk pinggang Ariana dan dipeluk erat. Berdekah Danish tertawa sambil mengangkat dengan mudah tubuh kecil Ariana.

"Danish! Tak nak! Argh!" Makin Ariana menjerit makin kuat Danish gelak. Ariana memeluk erat leher Danish apabila mereka berdiri di tepi bekas kayu itu. Ariana menggelengkan kepala.

"Eee! Uwek! Nak muntah! Ee! Danish bawa aku pergi dari dia! Geli!"

PAP

PAP

"Aduh tapak tangan ke besi ni. Sakit lah sayang." Danish mengaduh tatkala tapak tangan Ariana menyinggah dada bidangnya. Penutup bekas kayu itu diletakkan kembali di atas bekas.

"Ee! Ular pun nak bela!"

"Ee! Ular pun nak bela!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now