𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 4

34.3K 1.7K 92
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Da–Danish, sa–sakit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Da–Danish, sa–sakit." Ariana mendesis sakit apabila Danish mencengkam kuat sisi pinggangnya. Matanya berkaca memandang Danish yang merenungnya di dalam cermin.

"Sakit? Hati aku lagi sakit lah!" Tersentak Ariana apabila Danish menengking kuat dirinya. Danish merenung tajam ke dalam anak mata Ariana tanpa melepaskan cengkamannya pada pinggang isterinya itu.

"Perempuan murah macam kau, boleh jadi isteri aku? Kau tak layak, Ariana!" Air mata Ariana gugur manakala tiada esakan yang terhasil dari bibirnya. Wanita itu kembali menundukkan wajahnya, tidak mampu hendak melawan tatapan tajam mata suaminya.

"Angkat muka!" Terhinjut bahu Ariana tatkala Danish menjerkahnya buat kali ketiga. Dia tetap menundukkan wajahnya. Menggigil hebat tubuhnya ketika itu. Takut dengan suaminya itu.

"Bodoh!"

"Da-Danish, sakit!" Ariana mendesis sakit apabila Danish menghentakkan kuat belakang tubuhnya pada dinding biliknya. Leher wanita itu dicengkam kuat.

"Sakit kitten?" Danish mengelus lembut pipi kanan Ariana dengan tangan kirinya bersama senyuman sinis. Manakala cengkaman tangan kanannya dileher Ariana makin diperketatkan.

"I asking you!" Ariana dengan pantas mengangguk menjawab pertanyaan suaminya. Salur pernafasannya terasa sangat sempit. Merah wajahnya menahan sakit sesak nafas. Kedua belah tangannya memegang tangan kanan Danish. Matanya merenung lembut ke dalam anak mata Danish. Merah wajah lelaki itu menahan amarah.

"Kau nak sangat aku kan, Ariana?" Danish melepaskan cengkamannya pada leher Ariana menyebabkan wanita itu menghela nafas. Berombak kencang dada si isteri. Danish tersenyum sinis sebelum mendekatkan wajahnya pada wajah Ariana. Wanita itu dengan berani melawan tatapan tajam si suaminya. Mata beriris biru kehijauan tersebut direnung lembut bagai menghantar isyarat bahawa dia sangat mencintai lelaki itu.

Danish membongkokkan tubuhnya supaya sama dengan ketinggian Ariana yang hanya separas bahunya. Danish melekapkan dahinya pada dahi licin Ariana. Senyuman sinis yang terukir cantik di wajahnya masih dikekalkan.

"Kau tahu? Aku jijik dengan kau. Dari mula kenal kau lagi, aku tak pernah teringin nak memperisterikan perempuan murah macam kau." Ariana hanya merenung mata Danish. Tangannya yang runcing itu digengam membentuk penumbuk. Merah matanya.

"Kau, perempuan murah. Berapa puluh jantan dah rasa badan kau? Huh, aku dapat bekas orang kan? By the way, keturunan kau pun dari darah kotor—"

"Danish Uqael!" Ariana menolak dada bidang Danish menjauhinya. Wanita itu teresak kasar bersama air mata yang bagaikan air paip. Mengalir tanpa henti. Danish tergelak sinis. Dia kembali menengakkan tubuhnya. Rambut perangnya diraup ke belakang. Kening nipis kanannya dijungkitkan.

"Why? Sakit hati? Dah memang kau tu dari keturunan perampas, dari mak sampai ke anak, perampas kebahagian orang! Sun—"

"Enough!" Ariana dengan berani bergerak mendekati Danish sebelum dada bidang lelaki itu ditumbuk berkali-kali menyuruh suaminya diam. Danish mengenggam kedua belah tangan isterinya yang menyakiti dada bidangnya sebelum tubuh wanita itu ditolak kasar ke dinding menyebabkan Ariana mengerutkan dahi menahan sakit di belakang tubuh kecilnya yang terhentak kuat pada dinding.

"It's never enough sampai kau terseksa! Sampai mati aku akan seksa kau, Aisya Ariana!" Danish Uqael terus masuk ke dalam bilik mandi meninggalkan Ariana yang sedang teresak di dinding. Ariana menjatuhkan tubuhnya di atas lantai. Wanita itu menekup mulutnya menahan esakan. Makin rapuh hatinya ketika ini.

Ariana mengesat air matanya. Dia yang mulakan dan dia yang perlu akhirinya.

××××

Danish mengesat rambut perangnya yang basah dengan tuala kecil. Tuala hitam yang terlilit di pinggang diperkemaskan. Matanya tertacap pada sebatang tubuh yang sedang terbaring di atas katilnya. Menelentang. Danish segera melangkah mendekati Ariana yang sedang tertidur sebelum dia bertindak menarik kasar lengan wanita itu. Ariana yang sedang tertidur terus terjaga. Berpinar matanya apabila dikejut sedemikian.

"Siapa benarkan kau tidur atas katil aku?" Ariana menenyeh perlahan matanya yang masih kabur. Tetapi tindakannya itu makin menyebabkan amarah Danish semakin menggunung tinggi. Dengan pantas Danish menarik kasar rambut Ariana menyebabkan wanita itu membuka mata dan mendesis sakit terus berdiri.

"Sakitlah Danish!" Ariana mengenggam tangan Danish yang masih menarik rambutnya. Bagaikan hendak tercabut kulit kepalanya ketika itu.

"Tidur dekat lantai! Tempat tu paling sesuai dengan perempuan macam kau!" Danish menolak kasar tubuh Ariana menyebabkan isterinya itu jatuh terduduk di atas lantai. Ariana menghela nafas perlahan sedaya upaya menahan gelora perasaan.

"Suka hati aku lah nak tidur mana pun. Ni bilik aku juga kan." Ariana dengan berani merenung tajam Danish yang bercekak pinggang di hadapannya. Bergerak-gerak rahang Danish menahan amarah. Lupa bahawa isterinya ini sekarang adalah Aisya Ariana, seorang perempuan yang sememangnya kasar dengannya. Dari dulu lagi.

"Kau nak melawan aku?" Danish berjalan mendekati Ariana yang hanya memeluk tubuhnya dan mendonggakkan kepalanya memandang suaminya.

"Makin berani ek kau ni." Danish bertindak mencengkam rahang Ariana menyebabkan wanita itu mengerutkan dahi.

"Tidur bawah." Wajah Ariana di tolak kasar oleh Danish menyebabkan wanita itu terkebelakang. Danish berjalan masuk ke dalam tempat persalinan pakaian manakala Ariana hanya memandang suaminya dengan wajah yang masam mencuka.

"Aku tidur atas katil je pun. Sebelah dia. Bukannya aku tidur atas dia." Ariana mengomel perlahan sambil mengambil toto tebal di dalam almari Danish.

"Aku dengar Aisya!"

"Ye la ye la!"

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now