𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 63

29.5K 1.5K 149
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Danish melangkah masuk ke dalam bilik bersama senyuman sinis yang terukir elok pada wajahnya, sebelah tangan berada di dalam poket seluar manakala sebelah lagi sibuk meraup rambut ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Danish melangkah masuk ke dalam bilik bersama senyuman sinis yang terukir elok pada wajahnya, sebelah tangan berada di dalam poket seluar manakala sebelah lagi sibuk meraup rambut ke belakang. Mata lurus merenung Alex yang sedang duduk bersilang kaki di sofa. Masuk-masuk sahaja sudah lihat wajah sinis Alex di ruangan ruang tamu rumah banglo itu.

"Hello Danish Uqael." Alex masih duduk bersilang kaki. Gelas kaca yang dipenuhi dengan Champagne itu diambil sebelum cecair di dalam gelas itu disisip lambat-lambat. Seperti mahu bermain-main dengan Danish yang berada di hadapannya. Danish hanya membisu sambil mata mencerun tajam merenung wajah Alex. Jikalau tidak fikirkan keselamatan Ariana, pasti dia sudah patah-patahkan tulang Alex.

"Where's my wife?" Danish menyoal bersama suara garau dalamnya. Alex tergelak kecil sambil menggelengkan kepala. Wajah Danish dipandang sebelum Alex menjungkitkan bahunya buat beberapa kali.

"Entah. Aku pun tak tahu. Mana wife Danish Uqael ya?" Alex gelak terbahak-bahak tatkala mengatakan hal itu. Danish mengetap bibirnya tidak suka dengan cara Alex mempermainkannya ketika ini. Danish memejamkan dapat kelopak mata cuba menahan amarah yang membuak-buak.

"Aku tanya sekali lagi Alex. Mana isteri aku?" Alex tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Matanya tajam membalas tatapan mata Danish. Alex mengambil revolver yang berada di atas meja di hadapannya sebelum dilihat lama senjata api itu.

"Mungkin isteri kau dah mati Danish. Dah lama mati." Danish menderam kasar sambil merenung tajam wajah sinis Alex. Tangan digenggamnya menjadi penumbuk. Alex hanya tergelak puas hati melihat wajah Danish yang jelas-jelas sedang terganggu dengan provokasinya. Alex mengeluarkan iPhonennya sebelum video dimana Ariana sedang diseksa diputarkan. Kuat suara Ariana menjerit sakit. Berombak ganas dada Danish. Tangannya menggeletar kuat.

"Kau nak mati Alex?" Danish menyoal bersama suara dicelah gigi dan matanya merenung tajam wajah Alex. Dia boleh bunuh Alex bila-bila masa sahaja pada waktu ini. Lumat tubuh Alex jika Danish dapat nanti.

"Kalau kau rasa kau mampu bunuh aku. Come here Danish Uqael!" Alex provok Danish lagi dan kali ini Danish sudah tidak mampu menahan rasa marahnya. Pisau belati yang disorok pada belakang tubuhnya ditarik keluar.

"Don't you dare Danish Uqael."

KLIK

Danish menghentikan langkahnya apabila suara wanita yang dia sangat kenali menujah sistem pendengaran. Danish memutarkan tubuh memandang wanita yang dicintainya kini sedang mengacukan glock ke arahnya. Danish terkedu melihat Ariana yang berdiri tidak jauh darinya. Ariana kelihatan dalam keadaan baik-baik. Tiada luka mahupun lebam pada wajah wanita itu. Danish keliru. Apa yang terjadi sebenarnya?

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now