𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 44

37.3K 1.5K 41
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Danish, no! Stop dekat situ! Stop!" Ariana menjerit nyaring apabila melihat Danish yang berjalan mendekatinya bersama ular yang masih berlingkar di lengan kekar suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Danish, no! Stop dekat situ! Stop!" Ariana menjerit nyaring apabila melihat Danish yang berjalan mendekatinya bersama ular yang masih berlingkar di lengan kekar suaminya. Ular bewarna hitam dan sebesar lengan Ariana. Lengan Danish dua kali ganda lengan Ariana.

"Chill lah. Bukan patuk pun." Danish masih berjalan mendekati isterinya yang sudah berada di luar rumah dan tidak memakai selipar. Dah takut, ingat lagi ke nak pakai pelapik kaki?

"Danish, please! Tak kisah lah dia patuk ke tak, aku geli! Danish!" Ariana kembali melarikan diri apabila Danish sudah hampir dengannya. Kakinya laju sahaja menuju ke arah salah seorang anak buah Danish yang berada di pintu pagar rumah suaminya.

"No! Stop!" Danish tersengih senget sambil mendekati Ariana yang berada di belakang Zariel. Lelaki yang berpakaian serba hitam itu memandang pelik ke arah Danish dan Ariana.

"Tak nak lah Danish!" Ariana mengelilingi tubuh Zariel manakala Danish masih lagi mengejarnya. Zariel mengangkat tangannya sambil memejam mata. Pening apabila tubuhnya dikelilingi seperti itu.

"Danish!" Danish tergelak kuat apabila melihat Ariana bagaikan hendak menangis. Dia berhenti dan meletakkan ular kesayangannya itu pada leher Zariel. Lelaki itu serta merta mencelik kelopak matanya.

"Take care." Danish menarik lengan Ariana dan mengenyitkan sebelah matanya ke arah Zariel. Pucat wajah lelaki itu apabila melihat binatang panjang yang berada dilehernya.

"Tuan Danish!"

"Ah dia tak patuk pun!" Danish mengabaikan Zariel sambil menarik lengan isterinya menuju ke arah kereta audi bewarna merahnya. Pintu kereta dibuka untuk wanita itu. Ariana menjeling sekilas wajah suaminya. Menyampah! Kuat menyakat! Danish tergelak kecil sebelum menarik tubuh isterinya supaya memandang wajahnya. Tudung wanita itu dibela kerana terdapat anak rambut yang terkeluar. Ariana hanya mendiamkan diri. Semuanya gara-gara Danish! Habis tudungnya.

"Penakut."

××××

Kereta mewah Danish meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah mewah keluarga isterinya. Ariana hanya memandang ke luar tingkap. Kereta Danish berhenti betul-betul di sebelah kereta Hyundai Dato' Ahmad Azender, bapa Aisya Ariana. Danish memalingkan wajahnya memandang Ariana yang hanya membisu dan tidak keluar dari kereta.

"Kenapa tak turun? Dah sampai kan." Ariana memalingkan wajahnya memandang Danish yang berkerut dahi melihatnya. Ariana menelan payah liurnya bersama mata yang sudah berkaca. Bila-bila masa sahaja air matanya akan gugur. Dia teringat kata-kata daddy nya semasa dia dimarahi oleh lelaki itu.

Flashback❞

PANG

"Memalukan! Kau dengan mak kau sama je. Perempuan murah!" Ariana teresak kecil sambil menyentuh pipinya yang pijar akibat ditampar kuat oleh Dato' Ahmad Azender. Selepas sahaja dia ditangkap berada dibilik Danish tidak berpakaian oleh Datin Diana, terus sahaja wanita itu menelefon keluarga Ariana. Tanpa menyoal terlebih dahulu, Dato' Ahmad Azender terus meletakkan anak perempuan bongsunya itu sebagai gadis tidak bermaruah.

"Kau saja nak memalukan keluarga kan? Huh, Aisya Ariana?!" Kuat jerkahan Dato' Ahmad Azender. Matanya memerah. Menahan amarah. Tidak pernah dia menyakiti anak gadisnya itu, namun hari ini dia sudah menyakiti Aisya Ariana, sekaligus menghancurkan sekeping hati itu. Ariana melutut dihadapan daddynya sebelum memeluk erat kaki lelaki itu sambil menangis teresak-esak. Datin Arranda Wong yang berada di situ hanya mampu mengelap air matanya apabila melihat anak tirinya merayu sebegitu.

"Daddy, ampunkan Ari." Ariana menyembamkan wajahnya pada kaki Dato' Ahmad Azender. Air matanya tidak berhenti mengalir. Dato' Ahmad Azender bertindak menepis kuat tubuh Ariana menyebabkan gadis itu jatuh terduduk. Datin Arranda Wong yang hendak mendekati Ariana terhenti apabila ditahan oleh Dato' Ahmad Azender.

"Berambus dari sini. Ikut lelaki yang kau damba kan sangat tu! Jangan pernah jejakkan kaki kau dekat rumah aku! Mulai sekarang, kau bukan anak aku lagi!" Ariana mengelengkan kepalanya berkali-kali sambil teresak kasar. Baru sahaja dia hendak kembali memeluk kaki daddynya, lelaki itu segera meninggalkan Ariana dan terus berlalu naik ke tingkat atas.

"Mommy, Ari minta ampun." Ariana mengesot mendekati Datin Arranda Wong yang sedang memandangnya dengan linangan air mata.

"Mommy kecewa dengan Ari. Pergi dari sini, Ari. Carilah kebahagiaan yang kamu dambakan sangat tu." Datin Arranda Wong berlalu meninggalkan Ariana yang teresak di atas lantai.

End Flashback❞

"Hey." Ariana sedikit tersentak apabila Danish menegurnya sambil mengusap lembut pipi Ariana yang sudah dipenuhi dengan air mata. Wanita itu menunduk sambil mengenggam jari-jemarinya.

"Danish, kita balik." Danish mengerutkan dahinya apabila mendengar kenyataan isterinya. Tadi di rumah, bukan main lagi wanita ini teruja mengajaknya untuk ke rumah Dato' Ahmad Azender, tetapi bila sudah sampai, ajak balik pula? Okey faham, perempuan memang complicated.

"Lah, tadi kau beria kata nak datang. Dah sampai kau ajak balik pula?" Anak mata cantik Ariana naik memandang wajah suaminya. Ariana teresak kecil sebelum memandang rumah agam daddy yang berdiri gah di hadapannya.

"Jom." Danish tidak menunggu lama, terus sahaja dia keluar dari perut keretanya dan berjalan ke belah pintu kereta Ariana. Pintu kereta dibuka dan dia memandang Ariana yang hanya mendiamkan dirinya.

"Jom. Aku ada." Lengan Ariana ditarik lembut menyuruh wanita itu supaya keluar dari perut keretanya. Dia tahu isterinya itu takut akan keluarga mertuanya. Dia tahu Ariana dibuang keluarga sendiri. Ariana keluar dari perut kereta Danish. Lelaki itu menutup keretanya sebelum menarik lengan Ariana menuju ke pintu utama rumah agam itu sebelum loceng di tekannya.

"Sekejap! Ya cari siapa—" Seorang wanita bertudung membuka pintu bersama senyuman manis namun senyuman wanita itu pudar tatkala melihat Ariana yang berada di belakang Danish

"Ari."

"Mommy."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now