𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 5

34.4K 1.6K 25
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana menguap dan mencelik perlahan kelopak matanya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Ariana menguap dan mencelik perlahan kelopak matanya.

"Aduh." Ariana mengaduh perlahan, bunyi letupan kecil pada tulang temulangnya apabila dia bangun dari pembaringannya di atas lantai beralas toto.

"Haih, sedap ea kau tidur atas tu, badan aku juga lah yang macam nak patah segala tulang." Bebel Ariana perlahan sambil melipat selimut dan totonya. Getah rambut berwarna merah diambil sebelum rambut perangnya diikat gaya ekor kuda. Jam yang tergantung di dalam bilik Danish dikerling sekilas oleh Ariana. Baru pukul 6.10 pagi. Azan Subuh baru sahaja berkumandang. Ariana menyusun toto dan selimut yang digunanya di dalam almari Danish sebelum dia dengan perlahan memasuki bilik mandian bersama tuala.

Hanya mengambil masa 25 minit, Ariana keluar dari bilik mandi dan telah berpakaian lengkap sambil mengelap rambut perangnya yang masih basah. Sejadah dan kain telekung berwarna maroon diambil dari dalam beg pakaiannya sebelum sejadah dibentangkan di atas lantai mengikut arah kiblat. Ariana menyarungkan telekung dan menyidai kain tuala berwarna maroon di tempat penyidai.

Wanita itu memandang suaminya yang masih tidur menelentang di atas katil. Ariana menghela nafas perlahan sebelum berjalan mendekati Danish. Apabila sampai di tepi katil bersebelahan Danish, Ariana melutut sambil memandang wajah tenang lelaki itu. Tenang seperti bayi apabila sedang tidur, namun lelaki ini lah yang menghancurkan hatinya setiap saat apabila bangkit dari lena.

"Danish." Ariana dengan perlahan mengejutkan Danish. Bahu lelaki itu yang tidak beralas dengan pakaian di tolak lembut oleh Ariana namun berlapik dengan kain telekungnya. Danish masih tidak terganggu dengan Ariana yang mengejutkannya. Wanita itu menghela nafas perlahan.

"Ini kalau aku jerit tepi telinga ni, dia bangun tak eh? Kang silap-silap aku melekat dekat dinding kena terajang dengan bapak singa ni." Ariana membebel perlahan.

"Danish, bangun, solat subuh." Ariana menguatkan sedikit suaranya menyebabkan Danish memusingkan tubuhnya menghadap Ariana namun mata lelaki itu maish terpejam rapat. Ariana memincingkan matanya.

"Oi bapak singa lapar, bangun, solat subuh!" Ariana segera bangun apabila kelopak mata Danish yang tadinya tutup kini terbuka merenung tajam ke arahnya.

"Semak betullah perempuan ni." Danish mendengus kasar sebelum bangun dari baringannya. Duvet yang sememangnya hanya separas perut kini melorot sehingga paras pinggangnya menayangkan perutnya yang berketul-ketul. Ariana hanya merenung suaminya yang masih mamai dan tengah mengeliat. Rambut perang suaminya yang berserabai itu makin menonjolkan aura ketampanannya.

"Dah puas renung aku ke? Tembus sampai mana?" Suara maskulin Danish menyentakkan Ariana yang sedang mengelamun.

"Haah, tembus dah. Sampai dekat tulang kau dah pun tembusnya." Ariana menjawab perlahan sambil tersengih senget ke arah Danish yang merenung tajam ke arahnya.

"Berani betul ea kau ni." Ariana segera berjalan ke arah sejadahnya apabila Danish bangun dan hendak menuju ke arahnya.

"Aku nak solat. Jangan macam-macam eh!" Ariana berundur kebelakang apabila Danish berjalan mendekatinya bersama renungan tajam. Danish berhenti betul-betul di hadapan sejadah Ariana sebelum lelaki itu berjalan masuk ke dalam bilik mandi bersama tuala hitamnya. Ariana menghela nafas lega.

"Nasib bapak singa lapar tu tak terkam aku, mulut ni pun laju je."

××××

Ariana dengan perlahan menuruni anak tangga rumah mama mentuanya. Sesudah sahaja solat subuh dan tanpa menunggu Danish siap mandi, dia terus keluar. Malas hendak bertengkar dengan suaminya yang sememangnya tidak menyukainya itu. Sesampai sahaja di ruang tamu, bau wangi makanan menusuk ke dalam rongga pernafasannya. Ariana melangkah laju masuk ke dalam ruangan dapur. Tubuh Datin Diana yang sedang mengacau makanan yang dimasaknya menghiasi pemandangan Ariana.

"Mama masak apa tu?" Datin Diana memalingkan wajahnya memandang Ariana yang tersenyum manis dan sedang mendekatinya.

"Mama masak spaghetti je untuk pagi ni. Awal Ari bangun. Danish bangun solat subuh?" Ariana mengangguk menjawab soalan Datin Diana.

"Mama nak Ari tolong?" Ariana memandang wajah Datin Diana manakala wanita berusia itu menggelengkan kepalanya.

"Mama dah siap semua dah pun. Ari nanti tolong makan je." Ariana hanya tergelak kecil bersama Datin Diana.

"Ari, Danish ada berkasar dengan Ari?" Datin Diana memandang Ariana yang sedang menuang air teh ke dalam cawan. Kerja wanita itu terhenti apabila mama mentuanya mengajukan soalan sedemikian.

"Tak. Danish tak berkasar dengan Ari." Ariana memberikan senyuman nipis menjawab soalan Datin Diana. Wanita itu masih memandangnya.

"Jangan tipu mama. Mama kenal Danish. Dia kalau tak suka, memang dia akan buat lebih kurang je. Ari, kalau Danish ada pukul Ari, bagitahu mama. Dia tak berhak sakiti isteri dia." Datin Diana mengusap lembut rambut manantunya. Ariana hanya tersenyum manis dan mengangguk perlahan.

"Danish tak pernah sakitkan—"

"Rancak berborak." Suara maskulin Danish menyebabkan Ariana tidak dapat menghabiskan ayatnya. Lelaki itu hanya memakai seluar slack hitam tanpa baju menayangkan tubuh kekarnya.

"Mana baju Qael? Karang kalau Aira turun, bertekak pula dengan Dylan." Datin Diana meninggalkan Ariana dan terus meyenduk kuah spaghetti ke dalam mangkuk besar. Danish merenung ke arah Ariana yang hanya berlagak selamba menuang air teh ke dalam cawan.

"Aira dah lali lah tengok benda ni. Laki dia pun ada."

"Danish, where's your t-shirt?" Suara maskulin Dylan menyebabkan Danish mengulingkan biji matanya.

"Okey okey okey." Danish merengus kasar sebelum berlalu naik ke tingkat atas. Ariana hanya tergelak perlahan bersama Datin Diana. Aira yang berada di belakang Dylan hanya tersenyum. Suaminya ini memang demand dia lain macam.

"Aira, Dy. Meh makan. Cucu mama tak bangun lagi ya?"

"Belum ma."

To Be Continued

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

To Be Continued ...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang