𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 27

36.3K 1.7K 65
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana merenung langit gelap yang terbentang luas, perut kempisnya diusap lembut

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Ariana merenung langit gelap yang terbentang luas, perut kempisnya diusap lembut. Kini wanita itu berada di dalam bilik tetamu rumah Datin Diana. Kedua belah mata cantiknya sembab, Ariana tersenyum nipis sambil tangannya masih mengusap sayang perutnya.

"Mama memang tak layak untuk bahagiakan, sayang?" Mutiara jernih jatuh di atas permukaan pipi mulus Ariana. Senyuman nipis masih terukir cantik di wajahnya.

"Papa tak nak kita, sayang. Papa benci kita." Terhinjut bahu Ariana, sesak dadanya menahan sebak. Cincin yang tersarung dijari manisnya direnung kosong. Lelaki itu tak akan pernah menerimanya, semuanya memang sudah jelas dengan apa yang terjadi siang tadi. Danish tidak kisah akannya namun lebih memilih untuk memihak Tengku Aqila. Sanggup lelaki itu menuduh anak di dalam perutnya ini bukan anak sendiri. Sampai begitu sekali lelaki tersebut membencinya.

Ariana mengelap lembut air mata dengan jari jemari halusnya.

"Kita tak boleh benci papa, sayang." Ariana tersenyum manis sebelum menepuk perlahan perutnya. Ariana masuk ke dalam bilik, iPhonenya yang berada di atas night stand diambil sebelum Ariana menekan button on, wanita itu tersenyum manis tatkala melihat gambar Danish yang sedang tidur diskrin utama iPhonenya. Wallpaper yang sangat perfect!

Ariana menekan apps contact sebelum dia mendail number seseorang. Number syurga kesayangannya didail. Ariana tersenyum nipis. Wanita itu melekapkan iPhone pada telinga menunggu talian disambungkan.

"Hello?" Ariana tersenyum manis apabila talian itu disambungkan.

"Hello mommy—"

"Kenapa call? Suami kesayangan dah buang?" Senyuman manis Ariana serta merta pudar.

"Mommy—"

"Stop Aisya Ariana, you don't need us anymore."

TUT

Ariana memejamkan rapat matanya apabila talian itu diputuskan oleh Datin Arranda Wong. Ariana terduduk di atas katil bersama air mata yang sudah mengalir lesu dipipinya.

"Ari rindu mommy, daddy. Ari penat."

××××

Danish keluar dari bilik tidur sebelum kakinya melangkah menuruni anak tangga satu per satu. Lelaki itu berjalan masuk ke dalam ruangan dapur. Kelihatan Datin Diana sedang menyenduk bubur ke dalam mangkuk manakala Aira dan Dylan sedang menjamu selera.

"Duduk makan, Danish." Datin Diana menegur Danish tanpa memandang wajah anak lelakinya itu. Wanita itu sibuk meletakkan makanan dan ubat di atas dulang.

"Mama nak pergi mana?" Danish menyoal tatkala melihat Datin Diana melintasinya sambil membawa dulang makanan. Datin Diana memandang wajah Danish. Riak wajah wanita itu kosong.

"Mama nak jaga menantu mama. Dia sakit. Sakit dengan sikap kejam suami dia." Datin Diana terus melangkah keluar dari ruangan dapur meninggalkan Danish yang masih terkaku. Dylan memandang sekilas wajah adiknya sebelum memandang isterinya dan memberikan senyuman manis kepada wanita kesayangannya.

"Sayang, say aaa."

"Aaaa." Dylan menyuap Aira apabila wanita itu menyebut 'aaaa'. Danish yang berada disitu tidak diendahkan. Danish mengetap kuat giginya sebelum kakinya hendak melangkah laju keluar dari ruangan tersebut. Malas nak melayan drama abangnya itu.

××××

Datin Diana meletakkan dulang makanan di atas night stand bilik tetamu. Tubuh menantunya yang masih terbaring menelentang direnung. Wanita itu tertidur selepas sahaja mandi tadi.

"Ari, bangun sayang." Datin Diana mengerakkan lembut tubuh menantunya. Ariana mencelikkan kelopak mata dengan perlahan. Matanya tampak sangat sembab.

"Mama, sorry Ari tertidur tadi." Ariana bangun dari baringannya. Datin Diana tersenyum manis.

"Tak apa sayang. Meh makan dulu lepastu makan ubat." Datin Diana duduk di atas katil, bersebelahan Ariana. Semangkuk bubur di ambil sebelum Datin Diana mengacau perlahan dan menyuap Ariana. Wanita itu tersenyum nipis.

"Mama, Ari demam je. Ari boleh makan sendiri tau." Ariana tergelak kecil. Datin Diana tersenyum nipis memandang menantunya. Wajah wanita itu tampak sangat lain. Cengkung, tidak seperti sebelum berkahwin dengan anak lelakinya.

"No. Mama nak suap menantu kesayangan Mama ni." Datin Diana meneruskan suapannya kepada Ariana.

"Ari." Ariana memandang Datin Diana yang merenungnya. Mata wanita itu merah.

"Ya mama?" Ariana tersenyum manis. Datin Diana meletakkan kembali semangkuk bubur itu di atas night stand sebelum tangan kecil Ariana digengam erat.

"Ari tak bahagia dengan Qael kan?" Ariana sedikit tergamam apabila soalan itu meluncur keluar dari bibir mama mertuanya.

"Ari bahagia dengan Danish, mama." Ariana mengangguk perlahan bersama senyuman manis. Datin Diana menggeleng sebelum memeluk tubuh menantunya.

"Ari, mama terima apa sahaja keputusan Ari. Mama sokong Ari kalau Ari nak berpisah dengan anak mama. Mama tak sanggup tengok Ari terseksa macam ni. Mama tak nak Ari kena pukul dengan Danish. Mama nak Ari yang dulu." Menitik air mata Datin Diana di atas bahu Ariana. Wanita itu memejamkan rapat matanya namun tetap ada air mata yang mengalir.

"Ari sayang Danish, mama."

To Be Continued

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Donde viven las historias. Descúbrelo ahora