𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 75

34.2K 1.4K 55
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Abang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang." Danish mengangkat wajahnya tatkala sistem pendengarannya dihentam dengan suara gemersik Ariana. Senyuman manis terlakar indah takkala sistem penglihatannya dihiasi dengan wajah jelita Ariana yang sedang tersengih. Belakang tubuh disandarkan pada kerusi dan hanya memandang Ariana yang berjalan mendekatinya. Ariana memandang Danish yang masih mengikat rambut panjangnya. Sudah lama namun Danish tetap tidak mahu memotong rambut. Katanya biarlah, nampak cantik. Boleh bertanding dengan Ariana rambut siapa paling panjang dan sihat. Nak pelik kenapa? Ini kan Danish Uqael.

"Abang busy ke?" Ariana menyoal lembut, pinggang rampingnya yang dirangkul dan tubuhnya sudah didudukkan di atas riba suaminya oleh Danish sendiri dibiarkan. Rambut Ariana yang terjuntai diselitkan ke belakang telinga oleh lelaki itu sebelum dahi Ariana dikucup sayang.

"Tak. Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat, sayang. Tengok jam tu, dah pukul 2 pagi." Danish mengusap lembut belakang tubuh isterinya. Anak matanya merenung penuh minat wajah jelita perempuan miliknya itu. Ariana menahan tubuhnya dengan melekapkan kedua belah tapak tangan pada dada bidang keras suaminya yang terdedah itu apabila Danish bertindak menarik tubuhnya. Ariana hanya tersengih sehingga menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun kemas.

"Aisy lapar. Aisy teringin nak makan daging masak kicap. Abang, masakkan untuk Aisy please." Berkerut dahi Danish tatkala mendengar kenyataan daripada isterinya itu. Daging masak kicap? 2 pagi? Mana nak cari daging malam malam macam ni?

"Seriously sayang? Mana ada daging dalam rumah ni. Ayam ada lah dalam peti tu. Kedai mana buka dah waktu macam ni. Tiba-tiba je nak makan daging malam malam macam ni. Sayang, dah kenapa? Kena sampuk?—"

PAP

"Aduh." Danish mengaduh sakit apabila Ariana bertindak menampar mulutnya. Ariana memincingkan matanya sambil mengemam mulut. Tempat tamparannya tadi diusap lembut.

"Yang abang membebel macam pakcik pakcik ni dah kenapa? Aisy laparlah! Bukannya nak dengar abang membebel!" Danish tergelak kecil. Adoi, lupa yang isterinya ini adalah Aisya Ariana. Pinggang ramping Ariana dielus lembut. Danish tersenyum manis tatkala memikirkan sesuatu yang mungkin penyebab isterinya bertukar menjadi sebegini. Something kan?

"Sayang, why you're so weird?—" Danish menolakkan sedikit tubuh isterinya supaya menjauhi tubuh sasanya. Baju yang menutupi perut kempis Ariana diselak sebelum tapak tangan kasar Danish mengelus lembut kulit halus itu. Ariana hanya memandang Danish bersama kerutan di dahi.

"Buah hati abang ada dalam ni?" Ariana hanya mengerlipkan kelopak matanya, mencerna soalan daripada lelaki itu. Tangan kecilnya juga turut menyeluk masuk ke dalam bajunya, melekap di atas tangan besar Danish yang hampir-hampir menutupi seluruh perutnya. Danish mengucup pipi mulus putih kemerahan isterinya itu.

"Esok, abang buatkan daging masak kicap untuk sayang. Lepastu kita buat check up okey?"

×××××

Ariana mengerling wajah Danish, lelaki itu sedang memandangnya bersama senyuman manis. Suapan nasi ke dalam mulut dihentikan dan kunyahan dilajukan seraya bebola matanya memandang Danish bersama kerutan di dahi. Daripada balik dari klinik lagi lelaki itu bersikap sebegini.

"Abang ni dah kenapa?" Danish makin melebarkan sengihannya, kerusi isterinya ditarik menggunakan sebelah tangan sehingga dekat dengannya. Pinggan nasi Ariana ditarik dan diletakkan di hadapan isterinya itu. Rambut Ariana diperkemaskan supaya tidak menganggu isterinya itu yang sedang makan.

"Abang tak sabar nak mengangjing Dy." Berkerut dahi Ariana mendengar kenyataan daripada suaminya itu. Suapan diteruskan, potongan kecil daging masak kicap buatan suami dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikunyah laju. Lembut! Pandai lelaki ini masak! Idaman! Pujaan! Dambaan! Danish menyapu butiran nasi yang berada di bibir bawah isterinya sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. *Readers google how to be 'nasi'

"Dia ingat dia sorang je boleh ada anak. Tengok, abang pun boleh okey! Ini bukti!" Ariana menggelengkan kepalanya memandang suaminya itu. Cawan kaca yang berisi dengan air mangga diambil dan diteguk perlahan, Danish mengambil cawan kaca itu apabila Ariana ingin meletakkan kembali di atas meja, masih dengan senyuman manis yang tidak lekang terukir pada wajahnya. Bahagia tak terkata. Masih terngiang-ngiang lagi suara doktor tadi.

"Tahniah Tuan Uqael dan Puan Aisya, isteri Tuan mengandung dua bulan. Melalui record sebelum ini, Puan pernah keguguran ya?" Ariana mengangguk perlahan menjawab soalan daripada doktor perempuan itu. Danish yang berada di sebelah sudah tersengih lebar dan mengenggam kemas tangan isterinya.

"Puan kena lebih berhati-hati selepas ini. Jangan angkat barang-barang yang berat dan jangan terlalu lasak." Ariana mengangguk sekali lagi apabila menerima nasihat doktor itu bersama senyuman manis.

"Lepasni kita pergi rumah mama. Abang nak nganjing Dy." Terngaga sedikit mulut Ariana mendengarnya. Kepala digelengkan perlahan, penat betul melayan kerenah kebudak-budakkan lelaki ini.

Siapa yang mampu? Nak? Lelong harga murah ni. Lazada?

×××××

"Assalamnualaikum!" Ariana hanya menggelengkan kepala perlahan, kakinya melangkah mengikuti Danish masuk ke dalam rumah apabila tangannya digenggam lembut oleh lelaki itu. Excited lain macam betul lelaki ini. Macam dia pula yang mengandung.

"Waalaikumussalam." Bebola mata Ariana bergerak memandang orang ramai yang berada di ruang tamu rumah agam Datin Diana. Senyuman manis mekar apabila sistem penglihatannya dihiasi dengan wajah Datin Arranda Wong dengan Dato' Ahamad Azender yang turut berada di situ. Tangannya yang digenggam oleh Danish ditarik perlahan sebelum wanita itu berlari anak mendapatkan Datin Diana dan Datin Arranda Wong.

"Sayang, jangan lari. Nanti kalau tersadung macam mana?" Danish menggelengkan kepalanya, tangan Dato' Ahmad Azender disalam sebelum punggungnya dilabuhkan bersebelahan Dylan. Tubuh Hanyra yang berada di atas riba Dylan diambil sebelum diletakkan di atas pangkuannya. Hanyra segera memeluk leher bapa saudaranya. Dylan hanya mengabaikan tindakan adiknya itu. Suka hati je ambil anak orang!

"I have a good news." Danish memandang wajah Ariana yang duduk bersebelahan dengan Datin Diana dan antara Datin Arranda Wong. Semua perhatian beralih pada wajah Danish yang sedang tersenyum lebar.

"I'm goona be a daddy. Hot daddy—"

"Hot daddy kepala otak kau." Dylan memintas menyebabkan Danish memandang wajah selamba lelaki itu. Aira hanya mampu menghela nafas perlahan apabila suaminya sudah membuka mulut. Memang haru biru lah jadinya. Danish memincingkan matanya memandang lelaki itu, ini kalau tak da mak dengan ayah mentuanya ini, pasti habis kena penerajang maut si Dylan Mikael mulut puaka ni.

Kau sabar jap Dylan Mikael.

Kau sabar jap

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now