𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 19

35.1K 1.6K 33
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Aku nak bunuh—"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku nak bunuh—"

"Kau." Serentak itu tubuh sasa Danish menghimpit penuh tubuh kecil Ariana manakala kepala lelaki itu jatuh pada bahu isterinya. Ariana segera memaut pinggang suaminya sebelum dengan perlahan melorot jatuh bersama Danish di lantai. Bau alkohol menyengat masuk ke dalam rongga pernafasan Ariana menyebabkan dahi licin wanita itu berkerut.

"Kau minum, Danish?" Ariana memandang wajah suaminya seakan tidak percaya dengan apa yang lelaki itu lakukan. Tubuh sasa suaminya seakan hendak menghempap penuh tubuh kecilnya. Ariana segera menyandarkan tubuh Danish dengan perlahan pada dinding. Nafas dihela perlahan. Hujung hidung dan pipi suaminya tampak kemerahan. Sah mabuk!

"Aku nak angkat bapak singa ni macam mana? Dah lah berat gila." Ariana mengomel perlahan sambil bercekak pinggang. Matanya meneliti wajah suaminya sebelum tersengih.

"Roy!" Ariana menyeluk poket seluar suaminya untuk mengambil iPhone suaminya. Jumpa sahaja gajet mahal itu, Ariana terus mengeluarkannya dan menekan button on. Terpampang wajah manis wanita bertudung di lockscreen iPhone suaminya. Gambar Tengku Aqila.

Ariana menjulingkan anak matanya.

"Dia tak tahu ke selama ni dia suka dekat ular? Perempuan ular! Ugh!" Ariana menjeling sekilas Danish yang sedang lena didinding itu. Wanita itu kembali mende gus apabila phone suaminya itu masih tidak boleh dibuka kerana mempunyai password.

"Tahun bila password password ni? Ugh!" Ariana mengomel namun jarinya menaip semua nombor yang terlintas di mindanya.

"Ish!" iPhone Danish, Ariana campak kasar ke atas riba suaminya. Ariana mengusap kasar rambutnya sehingga nampak berserabut. Tiba-tiba Ariana tersengih sebelum mengambil semula iPhone suaminya dan button on ditekan sebelum dia mengisi password phone tersebut.

"010421. Yes! Buka pun!" Ariana terjerit kecil apabila password yang diisinya betul, dia hentam sahaja mana-mana tatikh yang dia rasakan penting buat dirinya. Namun dahinya berkerut.

"Kenapa dia letak number ni? Our wedding date." Ariana mengomel perlahan sambil memandang suaminya.

"Argh lantak dia lah nak letak number apa pun, Ariana. Kau sibuk apahal?" Ariana segera menekan apps contact sebelum dia mencari contact number Roy.

"I got you!" Ariana segera mendail number tersebut. iPhone itu ditekapkan pada telinga kanannya.

"Hello Tuan Danish." Ariana tersenyum manis apabila talian itu segera diangkat.

"Hello Roy. Ariana ni. Awak dekat mana?" Ariana menyoal sambil tangannya lincah membuka butang atas baju suaminya dan meraup rambut perang Danish ke belakang supaya tidak menutup mata.

"Puan Ariana. Saya on the way ke rumah Datin Diana. Em mana Tuan Danish?" Soalan Roy menyebabkan Ariana mengeluh perlahan.

"Awak kena tolong saya."

××××

"Terima kasih, Roy." Ariana memberikan senyuman manis kepada lelaki yang menunduk di hadapannya.

"No problem, Puan Ariana." Lelaki itu tidak membalas senyuman dan langsung tidak memandang ke dalam anak mata Ariana.

"Saya minta diri dulu." Ariana hanya mengangguk dan melihat Roy yang berjalan keluar.

"Oh Roy!" Lelaki itu menghentikan langkahnya sebelum berpaling menghadap Ariana kembali.

"Sejak bila Danish pandai minum minuman macam tu?" Anak mata hitam Roy menikam tepat ke dalam anak mata Ariana. Roy memandang Danish yang lena berbaring di atas katil sebelum kembali menatap Ariana.

"Puan kena tanya Tuan Danish." Roy tersenyum nipis sebelum menunduk dan berlalu keluar dari bilik itu tanpa menghiraukan Ariana yang memandang pelik ke arahnya. Ariana menutup pintu bilik Danish sebelum berjalan mendekati suaminya yang berbaring menelentang tersebut. Duvet ditarik sehingga paras dada suaminya. Rambut perang lelaki itu diusap sayang sebelum dahi lelaki itu dikucup lembut.

"Sleep tight, sayang." Ariana tersenyum nipis sambil mengusap lembut rahang tajam suaminya itu. Badannya ditegakkan kembali sebelum Ariana menutup lampu bilik Danish. Namun, tubuh wanita itu tersentak apabila lengannya ditarik kasar menyebabkan tubuh kecilnya jatuh menghempap tubuh sasa suaminya yang masih lena.

"Sayang." Bagai hendak terkeluar jantung Ariana apabila Danish bertindak memeluk kuat pinggangnya dan wajah lelaki itu berada dileher jinjangnya.

"Aisya."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now