𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 8

31.5K 1.6K 46
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana mengesat rambut keperangannya yang basah dengan tuala kecil bewarna merah hati miliknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana mengesat rambut keperangannya yang basah dengan tuala kecil bewarna merah hati miliknya itu. Krim diambil dari begnya sebelum dia meletakkan krim wajah itu pada pipi kirinya yang tampak sedikit bengkak dan merah. Ariana hanya tersenyum nipis memandang wajahnya. Mata yang sembab. Pipi kiri yang bengkak dan kemerahan serta hujung bibirnya yang luka.

Dia tahu, Danish mampu buat apa sahaja bagi menyeksa dirinya.

"Kau buat apa dalam bilik aku?" Suara maskulin Danish menyentakkan Ariana daripada terus menatap wajahnya di dalam cermin. Ariana dengan segera memalingkan tubuhnya memandang Danish yang merenung tajam ke arahnya. Wajah lelaki itu tampak berserabut, dengan rambut yang tidak terurus.

"Perlu aku ulang soalan aku?" Tegas, keras nada suara Danish menyoal Ariana yang masih kaku memandang dirinya. Anak mata biru kehijauannya memanah tepat kedalam anak mata hazel Ariana, menunggu jawapan daripada isterinya itu.

"Aa–aku—"

"Raina!" Tersentak hebat Ariana apabila Danish melaung kuat nama pembantu rumah wanita yang menolong mengangkat begnya tadi. Dada Danish berombak kasar.

"Kau ambil beg baju kau sekarang." Ariana mengerutkan dahinya dan masih kaku di tempatnya.

"Ta–tapi—"

"Ambil beg baju kau sekarang!" Danish menjerkah kuat menyebabkan wanita itu menggigil seluruh badan. Masih terkaku dan cuba mencerna arahan suaminya. Danish memejamkan rapat matanya. Rahangnya tampak mengetat sebelum lelaki itu bertindak mengambil beg pakaian Ariana yang masih berada di hujung katilnya dan dihumban ke luar bilik. Ariana hanya melihat tanpa mampu berkata apa-apa. Tubuhnya menggeletar apabila melihat perubahan lelaki itu.

"Keluar." Danish merenung tajam mata isterinya yang sudah penuh dengan limpahan air mata pada pelupuk matanya.

"Da–Danish—"

"Apa?"

"Danish, sakit!" Ariana mengerang sakit apabila rambut perangnya dicekak kasar oleh lelaki itu. Danish menarik kuat rambut Ariana, menarik wanita tersebut keluar dari biliknya dan menolak kasar tubuh isterinya sehingga Ariana terjelopok di atas lantai di hadapannya.

"Tu–Tuan Danish." Danish merenung tajam wanita yang baru sahaja naik ke tingkat atas itu. Raina menundukkan tubuhnya dan mengerling sekilas Ariana yang sudah teresak kecil di lantai.

"Siapa benarkan dia masuk dalam bilik aku?" Danish menyoal Raina yang masih menunduk. Rahangnya mengetat. Wajahnya tampak sangat tegang. Wanita itu tidak menjawab soalannya.

"Shit!"

BANG

Bergetar anak mata Ariana apabila melihat wanita yang bernama Raina itu tumbang di hadapannya dengan kepala yang mengeluarkan darah. Menggeletar kuat tubuhnya ketika itu. Danish, suaminya baru sahaja membunuh Raina, dihadapan matanya.

"Tuan Danish!" Seorang lelaki muda berambut merah yang baru sahaja naik ke tingkat atas itu segera merampas revolver dari pegangan Danish.

"Buang dia!" Danish mengarah anak buahnya itu sebelum dia masuk ke dalam biliknya dan menghempas kuat pintu biliknya. Ariana menekup mulutnya. Air matanya laju merembes keluar dari mata.

Lelaki itu kejam. Dylan Mikael tidak sekejam Danish Uqael.

××××

Ariana memeluk lututnya merapat sehingga ke dadanya. Tubuh kecilnya masih menggigil hebat apabila mengingati kejadian siang tadi. Suaminya kejam. Tersangat kejam! Sanggup membunuh!

"Danish." Ariana memegang dadanya yang masih berombak laju. Peristiwa hitam sewaktunya masih kecil berlayar di dalam fikirannya saat ini.

"Ariana!"

BANG

"Diam! Diam!" Ariana menekup kuat kedua belah telinganya. Air matanya laju mengalir walaupun matanya tertutup rapat.

"Sebab kau dia mati, Ariana!"

"Diam!" Ariana teresak kasar. Matanya di celik sebelum dia dengan pantas bangun dan terus mengambil botol putih yang berisi ubat penenang. Dua biji pil di ambil dan di telan. Ariana kembali memeluk lutut dan menyembamkan wajahnya pada lututnya itu.

She need him.

But,

He don't need her.

He don't need her

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now