𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 25

37.3K 1.6K 85
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Buang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Buang. Gugurkan. Aku tak nak anak tu." Berkaca mata Ariana apabila mendengar kenyataan daripada suaminya. Dia segera bangun dan menerpa ke arah Danish.

"Ini anak kau! Sampai hati—"

"Aku tak nak anak dari kau." Tubuh Ariana ditolak kasar menyebabkan tubuh wanita itu jatuh terduduk di atas lantai. Air mata Ariana penuh membasahi wajahnya

"Danish." Ariana memeluk kaki suaminya. Merayu. Meminta simpati.

"Please." Ariana merendahkan tubuhnya sehingga wajah wanita itu betul-betul menyentuh kaki suaminya. Danish menunduk memandang wanita tersebut yang meletakkan dahi di atas kakinya. Air mata Ariana jatuh di atas lantai. Terhinjut bahunya menahan sebak di dada.

"Buang anak tu. Itu anak dari hasil malam kau perangkap aku kan? Itu anak haram. Bukan anak aku—"

"Bunuh aku, Danish." Danish merenung tajam Ariana yang masih merintih di kakinya. Matanya dipejamkan rapat. Jari jemarinya digenggam kemas.

"Kalau kau nak aku buang anak yang tak bersalah ni, bunuh aku—"

"Jangan nak merepek Aisya Ariana." Lengan Ariana, Danish tarik kuat, memaksa si isteri bangun dan berdiri di hadapannya. Wajah wanita itu kemerahan.

"Bunuh aku kalau itu dapat lunaskan dendam kau." Danish tergelak sinis, mata tajam merenung anak mata isterinya.

"Kau fikir dengan bunuh kau, dendam aku akan hilang? Tak Ariana. Dendam aku dekat keluarga kau ni terlalu dalam. Kau mati tak akan dapat puaskan aku. Aku nak kau terseksa berada di sisi aku."

××××

Danish mengusap lembut rambut perang isterinya. Ariana lena di dalam dakapannya. Danish merenung lembut wajah tenang Ariana. Mata isterinya itu sedikit sembab. Dia tidak tahu mengapa, dia mudah jatuh kasihan dengan wanita di hadapanya ini. Tadi selepas sahaja bertengkar berkenaan bagi di dalam kandungan Ariana, wanita itu terus diam sepi tidak membalas akan apa yang Danish katakan.

Seakan pasrah namun Danish tahu, Ariana tak akan pernah mengalah.

"Kenapa menyusahkan diri kau, Aisya?" Danish mengelus lembut dahi licin isterinya. Dia pasti anak yang berada di dalam kandungan Ariana adalah anaknya kerana semasa perkara itu terjadi, dia separuh sedar dan dia mengingati semuanya sekali.

"Kenapa muncul sekarang?" Danish mengusap lembut perut kempis isterinya. Tangan Ariana yang memeluk pinggangnya dipegang lembut. Jari jemari isterinya itu dielus. Cincin yang tersarung pada jari manis Ariana direnung.

"Tak tepat pada waktunya."

××××

Ariana mengeliat kecil sebelum membuka kelopak matanya. Tangan kecilnya meraba tempat di sebelahnya. Kosong. Matanya meliar mencari kelibat suaminya. Tiada. Ariana dengan perlahan bangun dari pembaringan dan terus mengambil tuala sebelum masuk ke dalam bilik mandian. Hanya mengambil masa 20 minit, Ariana kembali keluar dari bilik mandian. Blouse putih dan seluar palazzo dicapainya. Ariana mengeringkan rambut keperangannya sebelum menyemburkan wangian vanila pada leher dan pergelangan tangan. Luka yang masih basah dikepalanya dibalut sendiri.

Ariana dengan perlahan keluar dari bilik suaminya sebelum menuruni anak tangga. Kakinya melangkah masuk ruang dapur rumah Datin Diana yang riuh dengan suara Aira dan Tengku Aqila?

"Kak Ari. Mari breakfast." Aira segera mendapatkan Ariana dan memimpin lembut adik iparnya yang berusia lebih tua darinya itu. Ariana duduk dikerusi berhadapan Tengku Aqila yang hanya tersenyum melihatnya. Senyuman yang dibuat-buat.

"Ari. Good Morning, sayang. Kepala ada rasa pening tak?" Datin Diana yang baru sahaja masuk ke ruangan dapur terus mendekati menantu keduanya itu sebelum mengusap lembut lengan Ariana. Wanita itu tersenyum manis dan mengeleng perlahan. Ariana menjeling sekilas wajah Tengku Aqila, perempuan itu sedang tersenyum sinis memandangnya.

"Mama, Ari teringin nak makan ice cream." Datin Diana yang baru sahaja duduk di sebelah Ariana memandang wajah menantunya.

"Awalnya nak makan ice cream. Mama ke baby yang craving tu?" Datin Diana tergelak kecil sebelum mengusap perut menantunya. Ariana tersenyum manis dan menjeling wajah Tengku Aqila yang berubah. Tampak terkejut.

"Mama, mana Danish?" Ariana menyoal Datin Diana yang menuangkan air ke dalam cawannya. Mata Ariana mencari kelibat suaminya.

"Danish keluar dengan Dylan. Tak tahu lah mama budak berdua tu pergi mana. Bukannya reti nak bagitahu." Datin Diana menghulurkan secawan hot chocolate kepada Ariana. Wanita itu mengambil huluran mama mentuanya sebelum menghirup dengan perlahan air panas itu.

"Berapa bulan?" Ariana memandang Tengku Aqila yang tiba-tiba sahaja menyoalnya. Datin Diana dan Aira juga memandang wajah gadis bertudung itu.

"Tiga minggu." Datin Diana menjawab bagi pihak Ariana menyebabkan Tengku Aqila mengangguk. Ariana merenung wajah Tengku Aqila yang memandangnya penuh makna.

"Oh, baguslah..."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now