𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 66

30.5K 1.4K 57
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana yang sedang duduk di hadapan meja solek itu mengerutkan dahinya tatkala sistem pendengaran dihentam dengan bunyi pintu bilik dihempas kuat oleh seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana yang sedang duduk di hadapan meja solek itu mengerutkan dahinya tatkala sistem pendengaran dihentam dengan bunyi pintu bilik dihempas kuat oleh seseorang. Ariana memandang ke arah jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kini Ariana berada di rumah Danish kerana sudah lama meninggalkan rumah agam suaminya ini. Anak-anak buah Danish masih berada di halamb rumah untuk menjaga keselamatan isteri majikan mereka.

PRANG

Ariana segera mengambil glock miliknya di dalam laci sebelum berjalan penuh berhati-hati mendekati pintu bilik. Ariana membuka dengan perlahan-lahan daun pintu itu sebelum menjengulkan kepala melihat keadaan luar. Ariana mengerutkan dahi tatkala tidak melihat sesiapa pun di luar biliknya itu.

BANG

BANG

Ariana membulatkan mata tatkala bunyi tembakan bergema diluar rumah. Ariana berlari laju keluar dari bilik sebelum menuruni anak tangga bersama bebola mata meliar melihat sekeliling.

BANG

BANG

BANG

"Oh my." Ariana menekup mulutnya tatkala melihat kekacauan diluar rumah. Anak-anak buah Danish sedang berbalas tembakan dengan lelaki-lelaki berpakaian serba hitam.

"Look, who's here? Puan Ariana." Ariana terus memutarkan badan melihat ke arah siapa yang berada di belakangnya. Berkerut dahi melihat lelaki dan perempuan yang berada tidak jauh darinya. Ariana memandang tidak percaya wajah-wajah itu.

"Erin?" Ariana mengacukan glock ke arah mereka tatkala lelaki itu cuba mendekatinya. Lelaki tersebut terkekeh halus sambil menggelengkan kepala. Erin hanya menunjukkan wajah tidak beriak namun mata memancarkan cahaya kebencian kepada Ariana.

"Erin kau buat apa—"

"Aku buat apa? Aku datang sebab nak balas dendam. Kau punca matinya abang aku!" Ariana mengerutkan dahi tatkala mendengar akan hal itu. Erin merenung Ariana tajam.

"Abang kau?" Ariana memandang Erin dengan tatapan keliru. Glock dijatuhkan ke sisi.

"Alex tu abang dia. Airil tu adik kembar aku. Aku, Aidan Darian." Ariana memandang lelaki yang memberi penerangan itu. Alex itu abang Erin? Airil itu adik kembar Aidan? Kenapa selama ini dia tidak perasan semua itu! Argh bodoh kau Ariana!

"Kau orang nak apa pecah masuk rumah suami aku?" Ariana kembali mengacukan glock ke arah Erin dan Aidan.

"Aku nak hancurkan kau pula Ariana. Suami kau dah mati kan? Kau pula yang perlu menyusul!"

BANG

××××

Ariana yang baru tersedar dari lena panjang itu terus melihat sekelilingnya. Ariana mengerutkan dahi melihat ruang kecil itu. Kini, Ariana berada di sebuah bilik kosong yang sangat kecil. Memori terakhir sebelum dia jatuh pengsan adalah Ariana mahu menembak Aidan namun belakang kepalanya dihentak kuat oleh seseorang.

Ariana mendengus kasar. Tangannya yang terikat dibelakang cuba untuk dilepaskan dari ikatan tali. Ariana meliarkan bebola mata untuk mencari sesuatu yang boleh membantunya melepaskan diri.

TAP

TAP

Ariana segera memandang ke arah pintu tatkala bunyi derapan tapak kasut semakin menghampiri bilik. Ariana terus memejamkan kelopak mata dan berpura-pura masih pengsan.

"Dia tak sedar lagi." Ariana dapat menangkap suara lelaki menujah sistem pendengarannya dan sepi. Ariana mengerutkan dahi tatkala tidak mendengar sebarang suara mahunya pintu ditutup dan juga derapan kasut tadi.

BUSH

"Uhuk! Uhuk!" Ariana merenung tajam lelaki yang sengaja menyimbah air sejuk pada wajahnya. Perit hidung kerana air masuk ke dalam rongga tersebut. Ariana bernafas laju. Wajah Aidan ditatap garang.

"Ingatkan dah mampus." Aidan tergelak kecil sambil memeluk tubuh. Ariana hanya merenung tajam.

"Lepaskan aku." Aidan berjalan mendekati Ariana sebelum duduk bertinggung di hadapan wanita itu. Ariana memalingkan wajah tatkala Aidan mahu menyentuh dagunya.

"Boleh. Aku lepaskan kau untuk ke neraka bersama suami kau." Ariana melihat Aidan bangkit dari duduk bertinggung sebelum mengeluarkan pisau belati tajam dari belakang seluar. Ariana menelan air liurnya.

××××

Dylan mengurut pelipis dahinya tatkala menerima berita mengenai rumah Danish dipecah masuk buat kali kedua. Kena tukar anak-anak buah Danish yang baru, lebih pandai buat kerja dan terlatih.

"Bagitahu Danish, bini dia kena culik." Zariel dan Aidil yang berada di situ mengerdipkan kelopak mata sebelum memandang sesama sendiri. Dylan memeluk tubuh sambil memandang iPadnya.

"Tuan Dylan tak nak bantu Puan Ariana?" Zariel cuba menyoal dengan penuh berhati-hati. Aidil hanya diam di sebelah Zariel. Dylan mengangkat wajah memandang dua orang anak buahnya itu.

"Bukannya bini aku." Zariel dan Aidil terdiam manakala Clark dan Xarie tergelak sakan di dalam alat telekomunikasi telinga mereka.

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To Be Continued

Dylan +  unbothered

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now