DANISH UQAEL

10.6K 558 6
                                    

Suara tangisan yang semakin lama semakin perlahan itu menyebabkan remaja lelaki berusia 13 tahun ini berjalan dengan langkah berhati-hati menuju ke arah bilik yang menempatkan abangnya. Bebola mata melilau melihat sekeliling, bimbang jikalau kegiatannya pada waktu itu diketahui oleh ibu tirinya.

Dia menolak perlahan pintu bilik yang menempatkan abangnya sebelum dia mengintai melihat keadaan di dalam. Kelihatan abangnya sedang bersandar lemah pada dinding bersama sebelah kaki diikat pada tiang katil. Wajah abangnya dipenuhi dengan luka dan darah yang masih segar.

Di penjuru bilik pula kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa yang sedang menghisap rokok sambil merenung anak lelaki yang sedang bersandar lemah itu. Senyum sinis terukir segaris pada wajah lelaki tersebut, seperti puas hati melihat anaknya yang sedang bertarung nyawa terseksa selepas dipukul olehnya tadi.

"Kau nak lari lagi, Dylan? Kau nak adik kau jadi mangsa pula kalau kau terlepas? Kau nak adik kau pula yang kena dengan aku?" Garau suara itu kedengaran memenuhi ruang bilik. Dia bangkit dari tempat duduk sebelum berjalan menghampiri anak lelaki sulungnya yang bernama Dylan.

"Ty khochesh', chtoby ya ubil Danish? (Do you want me to kill Danish?)" Lelaki itu bercangkung di hadapan Dylan, rambut hitam pekat anaknya ditarik kuat sehingga menyebabkan Dylan terdongak memandangnya. Senyum sinis masih terpamer menandakan dia terlalu berpuas hati dengan keadaan anaknya ini.

Dylan membalas tatapan mata ayahnya tanpa gentar, kepala disengetkan sebelah kiri sebelum remaja lelaki itu mengukirkan senyum sinis yang sangat lebar. Pisau lipat yang dipegangnya digenggam kemas.

"YA mogu ubit' i tebya, papa. (I can kill you too, papa.)"

SHRIK

Membulat mata anak lelaki yang sedang mengintai itu tatkala melihat abangnya menikam wajah ayah mereka. Suara erangan serta tawa bergema di dalam ruangan tersebut.

"Ty d'yavol! (You are the devil!)" Lelaki itu menekup wajahnya sambil mengerang sakit. Dylan yang berada di situ terus menerkam ke arah ayahnya sebelum kembali menikam berkali-kali wajah lelaki tersebut.

SHRIK

SHRIK

SHRIK

"Apa kau buat ni?" Suara jeritan seorang perempuan kedengaran sangat nyaring menyapa gegendang telinga menyebabkan remaja lelaki yang sedang mengintai itu terus berpaling memandang ibu tirinya yang sudah memandang ke dalam bilik tersebut.

"Dylan Mikael!" Pintu ditolak kuat sebelum perempuan tersebut berlari menuju ke arah suaminya yang sudah terkulai layu di atas lantai.

Dylan hanya tergelak halus sambil mengelap tangannya yang dipenuhi dengan darah pada baju. Bulat matanya melihat ayah dan ibu tirinya itu, menyeringai dia tatkala memerhati tubuh ayahnya yang sudah tidak bergerak dan lebih tepat, telah mati dibunuhnya.

Namun mata bulat itu bertukar redup tatkala iris matanya bertembung dengan mata adiknya yang sedang menggigil melihat ke arahnya.

"Danish." Dylan cuba untuk bangun namun kakinya yang masih terikat menyebabkan dia kembali terduduk. Dengusan kasar dilepaskan beberapa kali sebelum dia menyentakkan kedua belah kakinya.

"Kau buat apa ni budak gila? Kau bunuh suami aku!" Tempikkan itu menyebabkan Dylan kembali memandang ke arah ibu tirinya, tiada senyuman di wajah lelaki berusia 15 tahun tersebut. Tatapannya tajam menikam wajah wanita tersebut.

"Ya, aku bunuh suami kau." Dylan menghamburkan tawa yang kedengaran sangat galak, bebola matanya bergerak memandang Danish sebelum dia ukirkan senyum sinis.

"Run."

You don't have multiple personalities, you have fragments of yourself – AnnaLynne McCord

To be honet, losing them was my biggest WIN.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum