𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 47

37.7K 1.4K 25
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

BANG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BANG

"Tuan Danish—"

"Apa?" Jerkah Danish pada Zariel apabila anak buah abangnya itu tiba-tiba sahaja berdiri di hadapannya. Glock yang digunakan untuk menembak seseorang sebentar tadi masih terhala pada Zariel. Lurus dan bila-bila masa sahaja peluru mungkin akan menembusi tubuh tegap Zariel. Dada Danish berombak ganas. Tubuh seorang anak buahnya atau lebih tepat, penghianatnya yang terbaring di atas lantai yang sudah dipenuhi darah direnung tajam. Mengerang lelaki tersebut menahan sakit pada bahunya yang telah ditembusi peluru.

"Tak boleh macam ni. Negara kita ada undang-undang. Aku akan bawa dia ke balai selesai cara baik—"

"Kau nak peluru ni tembus kepala kau, Zariel?" Danish terlebih dahulu membidas menyebabkan Zariel diam.

"Kau keluar. Aku tak perlukan khidmat kepolisan kau dalam hal ni. Kau fikir bila si bangsat ni masuk penjara, aku akan puas hati? Tak, aku lebih suka dia mati di tangan aku. Penghianat patut mati dengan hina." Tajam mata Danish merenung Zariel. Anak buah Dylan itu menunduk sedikit sebelum berlalu keluar dari bilik tanah tersebut. Dia hanya penasihat, bukan pemaksa atau pengarah. Jadi Zariel biarkan sahaja Danish melakukan apa sahaja jika nasihatnya tidak diterima oleh majikannya itu.

BANG

Zariel yang berada di hadapan pintu bilik bawah tanah hanya memerhati belakang tubuh Danish. Haziq, lelaki yang baru sahaja ditembak dibahagian kepala oleh Danish itu telah pun berkomplot dengan Alex. Selepas sahaja Zariel mengetahui gerak-geri lelaki itu, segera dia memberitahu kepada majikannya, Danish Uqael.

Lihat? Zariel terlalu pantas melakukan sesuatu tanpa dipinta oleh si manjikan. Sangat tangkas dan peka dengan keadaan sekeliling.

BANG

BANG

BANG

Terpejam mata anak-anak buah Danish termasuk Zariel tatkala melihat kepala Haziq yang sudah hancur berkecai apabila Danish menembaknya buat beberapa kali. Danish mengetap kuat giginya. Lagi-lagi teringat akan peristiwa isterinya yang sengaja dicederakan beberapa hari lepas, dan pelakunya adalah orang yang baru sahaja dibunuhnya ini, Haziq.

"Bakar mayat dia." Danish meletakkan glock yang digunanya diatas meja sebelum berjalan keluar dari bilik itu. Semerbak bau hanyir darah manusia memenuhi ruangan bawah tanah tersebut. Zariel dan anak buahnya yang lain hanya menunduk apabila Danish berlalu di hadapannya.

"Clear." Zariel memberi arahan sebelum segera melangkah mengikuti langkah Danish. Selama dia bekerja dengan Dylan Mikael, dia tidak perlu kalut sampai ke tahap ini, namun apabila dia bekerja dengan Danish Uqael, dia seperti bekerja dengan empat orang Mikael.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now