𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 29

36.2K 1.6K 177
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana hanya memandang Danish yang sedang menyusun kemas pakaian ke dalam bagasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana hanya memandang Danish yang sedang menyusun kemas pakaian ke dalam bagasi. Hari ini mereka akan Pahang. Ariana merenung suaminya yang bersikap pelik itu. Tidak seperti biasa yang bersikap kasar dengannya tetapi lelaki ini sangat lembut dalam melayannya.

"Baju kau ni cukup?" Ariana sedikit tersentak apabila Danish tiba-tiba sahaja menyoalnya. Wanita itu mengerlipkan kelopak matanya ssbelum mengangguk perlahan.

"Yang ni?" Mata Ariana memandang Danish yang menunjuk ke arah pakaian dalamnya. Dahi wanita itu berkerut sebelum mata membulat.

"Cu—cukup." Memerah wajah Ariana menahan malu. Lagi-lagi apabila melihat senyuman senget daripada suaminya itu. Ariana menundukkan wajahnya tidak berani hendak bertentang mata dengan lelaki itu. Hatinya kian merapuh dengan sikap suaminya. Danish berjalan mendekati Ariana yang hanya menunduk. Pelik. Selalunya wanita itu akan bertentangan mata dengannya apabila Ariana tidak puas hati. Namun sekarang, isterinya ini hanya menunduk.

Danish memagut lembut dagu Ariana sebelum mendonggakkan wanita itu. Memandangnya. Ariana terpaksa memandang wajah suaminya. Matanya bertentangan dengan anak mata biru kehijaun suaminya.

"Sakit?" Danish mengelus lembut lengan Ariana yang masih mempunyai bekas libasannya dengan tali pinggang. Wanita itu menggeleng perlahan. Danish duduk bersila di hadapan Ariana yang sedang duduk di atas katil.

Ubat parut yang berada di laci night stand di ambil sebelum Danish menyingkap ke atas kaki seluar isterinya sehingga menampakkan betis mulus Ariana yang penuh dengan kesan luka libasan tali pinggang. Ariana hanya melihat tanpa bersuara. Danish mengangkat kedua belah kaki isterinya sebelum diletakkan ke atas riba. Semua parut Ariana diletak ubat itu.

"Aku minta maaf sebab hodohkan tubuh kau yang cantik ni." Danish mengusap lembut betis isterinya. Kini tangan wanita itu pula diisi dengan ubat. Ariana hanya mendiamkan diri. Danish menggenggam kedua belah tangan Ariana. Tangan kecil itu hilang disebalik tangan besar Danish.

"Kita bina hidup baru?"

××××

"Ari naik dengan mama okey?" Datin Diana mengusap lembut bahu menantunya. Wanita itu tersenyum manis. Kini dia berada di buaian sementara menunggu Danish dan Dylan yang meletakkan barang di dalam kereta manakala Aira sedang menyiapkan anak gadisnya.

"No. Aisya naik dengan Danish." Suara bantahan Danish menyebabkan Datin Diana dan Ariana memalingkan wajah memandang lelaki itu yang berjalan memdekatinya. Datin Diana menjeling sekilas.

"Nanti kalau Ari naik dengan Qael, entah apa lah lagi yang Qael nak hina Ari." Danish memandang wajah Datin Diana yang sedang menyindirnya. Ariana hanya tersenyum nipis.

"Mama, how could—"

"Mama, Ari naik dengan Danish, okey?" Belum sempat Danish membantah, Ariana segera mencelah. Datin Diana menghela nafas perlahan.

"Okey. Tapi kalau Qael hina atau pukul, Ari report dekat mama. Biar mama siat-siat kulit dia." Danish mengecilkan matanya melihat Datin Diana yang menjelingnya. Ariana tergelak kecil.

"Amboi mama. Sampai nak siat kulit Qael. Tak sayang Qael?" Ariana tersenyum melihat suaminya.

"Daripada mama sayang kamu, baik mama sayang Ari. Menantu mama ni bawa cucu mama tau."

××××

Danish mengerling sekilas Ariana yang sedang merenung ke luar tingkap kereta mewahnya. Wanita itu daripada tadi lagi mendiamkan diri. Tidak seperti sebelum ni.

"Luar tu lagi menarik dari muka suami sendiri?" Ariana memaligkan wajahnya memandang Danish yang sedang merenung ke jalan raya. Wanita itu hanya tersenyum nipis.

"Bukan. Tak nak kacau kau bawa kereta." Lembut sahaja Ariana menjawab. Matanya merenung kehadapan. Danish mengerling Ariana sebelum tangannya menggenggam lembut tangan kecil Ariana.

"Kau give up?"

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now