𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 32

36.4K 1.6K 162
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Qila, kenapa datang sini?" Datin Diana menyoal apabila Tengku Aqila menyalami tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Qila, kenapa datang sini?" Datin Diana menyoal apabila Tengku Aqila menyalami tangannya. Perempuan bertudung itu tersenyum manis sebelum memeluk tubuh Datin Diana.

"Qila rindu mama. Lagipun Danish yang ajak." Datin Diana menolak lembut tubuh Tengku Aqila bagi meleraikan pelukan. Wajah Tengku Aqila sedikit berubah apabila Datin Diana memandangnya tanpa riak.

"Tak pa lah Diana, mak pun dah lama tak jumpa dengan Qila ni." Wajah Tengku Aqila kembali manis apabila Opah menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Matanya sempat mengerling Ariana yang memandangnya. Satu senyuman diberikan pada wanita itu. Ariana hanya memandang kosong wajah Tengku Aqila.

"Jom makan. Opah masak nasi goreng kampung ni. Meh Aqila, makan." Opah menarik lembut lengan Tengku Aqila menyuruh duduk bersebelahnya dan berhadapan dengan Ariana. Perempuan bertudung itu tersenyum manis. Ariana memandang Danish yang berada di sinki sedang membasuh tangan. Wanita itu menghela nafas perlahan sebelum menundukkan kepalanya apabila terasa matanya memanas.

"Kau buat apa dekat sini Aqila?" Tengku Aqila yang sedang menyisip air teh memandang Dylan yang merenung tajam ke arahnya. Aura lelaki itu berbeza dari biasa dan anak mata hitam lelaki tersebut besar hampir menutupi warna biru. Personaliti Dylan yang lain, Mikael.

"Dani—"

"Aku yang ajak dia datang sini." Belum sempat Tengku Aqila menjawab, Danish mencelah laju sebelum duduk bersebelahan Tengku Aqila. Datin Diana menatap tajam wajah anak lelakinya itu.

"Danish, kamu duduk sini." Datin Diana mengarah Danish supaya duduk di sebelah Ariana. Lelaki itu memandang wajah mamanya.

"For what—"

"Lah Ari tu kan isteri kamu, Danish. Pergi duduk sana." Opah menyuruh Danish beralih tempat menyebabkan lelaki itu menghela nafas perlahan. Danish bangun dari duduknya sebelum duduk di sebelah isterinya. Ariana hanya menunduk sambil makan. Langsung tidak memandang Danish yang sudah berada di sebelahnya.

"Danish nak bagitahu something sebenarnya." Datin Diana yang baru sahaja duduk di sebelah Aira memandang wajah Danish. Ariana hanya mendiamkan diri.

"Apa dia?" PakLong yang berada dihujung sekali menyoal. Mata mereka semua tertumpu pada Danish yang berada di sebelah Ariana. Lelaki itu memandang wajah Tengku Aqila.

"Danish nak kahwin dengan Aqila."

KTING

Danish memalingkan wajahnya memandang Ariana apabila sudu wanita itu jatuh ke dalam pinggan.

"Kamu cakap apa ni Danish?" MakSom memandang wajah Danish dengan riak penuh tanya. Datin Diana menatap tajam wajah Danish.

"Danish akan halalkan Aqila—"

"Danish Uqael!" Datin Diana bangun dari duduknya. Dadanya berombak ganas menahan amarah.

"Kamu merepek apa ni? Ariana tu mengandung! Kamu nak madukan dia pula?" Mengerling tajam Tengku Aqila yang hanya menunduk.

"Mengandung? Anak siapa? Entah anak—"

"Danish." Bergema suara berat Mikael menyeru nama Danish. Aira memeluk kuat lengan suaminya menahan lelaki itu daripada bertindak lebih walaupun Mikael masih dalam keadaan tenang, dia risau jika tenang suaminya itu ada makna yang lain. Nasib anak perempuannya berada di dalam bilik dan belum bangun tidur lagi. Kalau tidak, pasti menangis ketakutan melihat daddynya.

"Danish, kamu tahukan apa hukum memfitnah isteri sendiri berzina?" PakLong menyoal sambil memandang Danish.

"Opah tak benarkan kamu madukan Ariana." Danish memandang tidak percaya wajah Opah yang memandangnya. Ariana yang berada di sebelah hanya tersenyum nipis sebelum bangun.

"Ari dah kenyang. Ari nak tengok Hany dalam bilik Aira sekejap." Semua mata di situ hanya memerhati Ariana yang berlalu keluar dari ruang dapur. Datin Diana menatap tajam wajah Tengku Aqila sebelum memandang Danish.

"Aqila, kamu balik lepas makan ni. Danish, kamu duduk sini jaga Ariana. Jangan nak mengada-ngada hantar Aqila. Pandai-pandailah dia nak hidup."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now