𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 11

32.8K 1.6K 59
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Berambus!"Danish menepis kuat Ariana menyebabkan wanita itu terundur ke belakang dan pinggangnya terkena pada bucu meja kaca yang terdapat di ruang penjuru rumah agam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Berambus!"Danish menepis kuat Ariana menyebabkan wanita itu terundur ke belakang dan pinggangnya terkena pada bucu meja kaca yang terdapat di ruang penjuru rumah agam itu.

"Aww." Ariana mengaduh sakit. Mutiara jernih memenuhi pelupuk matanya. Danish hanya memandang tanpa ada rasa kasihan sebelum dia hendak melangkah meninggalkan isterinya yang berada dalam kesakitan.

"Danish. Please, aku nak rawat kau." Langkah Danish terhenti apabila Ariana bertindak memeluk kaki kanannya. Wanita itu menunduk sambil memeluk kemas kaki suaminya bersama air mata yang sudah mengalir deras.

"Aku isteri kau, Danish. Bagi aku peluang." Ariana teresak kecil dikaki Danish. Lelaki itu mendiamkan diri. Cecair pekat daripada bahu kiri mengalir ke tangan Danish sebelum menitik di atas lantai rumahnya.

"Satu peluang untuk aku, Danish." Ariana menyentuh tangan kanan Danish. Mengenggam tangan suaminya itu. Kepalanya terdongak memandang suaminya yang masih beriak kosong.

"Da–Danish." Ariana mengoyangkan sedikit tangan kanan suaminya itu menunggu jawapan daripada Danish. Terhinjut kedua belah bahunya menahan sendu.

"Aku bagi kau satu peluang. Kalau kau sia-siakan, aku sanggup bunuh kau, Ariana." Danish meretap kasar tangannya daripada peganggan Ariana menyebabkan wanita itu terduduk dan hanya melihat Danish yang sudah naik ke tingkat atas.

××××

TOK

TOK

TOK

"Danish." Perlahan sahaja Ariana menyeru nama suaminya. Daun pintu bilik Danish ditolak perlahan sebelum Ariana menjengahkan kepalanya ke dalam bilik Danish. Pandangannya dihiasi dengan figura suaminya yang sedang berbaring menelentang di atas katil tanpa berbaju dan hanya berseluar. Tidur.

Ariana melangkah masuk ke dalam bilik suaminya bersama bekas first aid kit. Pintu bilik lelaki itu ditutup perlahan bagi mengelakkan bunyi yang boleh menyebabkan suaminya terjaga. Ariana dengan perlahan berjalan mendekati suaminya. Wajah tenang lelaki itu sedikit sebanyak menyebabkan dia tersenyum nipis.First aid kit box diletakkan di atas night stand. Bahu kiri Danish yang ditembak itu hanya dibalut dengan kain kasa biasa sahaja oleh lelaki itu sendiri.

"Keras betul hati kau ni, sayang." Ariana mengelus lembut rambut keperangan Danish. Ariana dengan perlahan menyentuh bahu suaminya itu.

"Kau buat kerja apa sebenarnya, Danish?" Pelbagai andaian di dalam kepalanya ketika dia melihat keadaan suaminya tadi. Ariana dengan perlahan membuka balutan di bahu Danish. Kelihatan darah masih mengalir membasahi kain kasa itu. Ariana mengambil kapas dan iodine di dalam bekas aid kit itu. Dia dengan perlahan mengesat darah di bahu suaminya.

"Argh." Ariana sedikit tersentak apabila Danish mengerang semasa dia menekan sedikit luka tersebut. Danish dengan mencelikkan kelopak matanya sebelum memandang empunya badan yang merawat luka dibahunya. Matanya tajam merenung Ariana yang masih merawat bahunya tanpa memandang ke arah lelaki itu.

"Kau buat apa?" Danish memengang kejap tangan Ariana yang menyentuh bahunya. Wanita itu memandang wajah Danish yang menunjukkan riak kosong.

"Aku tengah main masak-masak ni." Danish melepaskan tangan isterinya bersama degusan kasar. Ariana tersengih sinis.

"Tidur je la. Aku nak balut bahu kau. Kau balut tadi ala kadar setakat nak bagi darah tak mengalir je kan? Kau tak fikir ke bahaya? Kalau masuk kuman ke apa ke nanti, boleh teruk bahu kau ni–"

"Shut up, Aisya Ariana." Danish memejamkan rapat matanya. Ariana mencebik dan terus membalut bahu suaminya. Danish hanya mendiamkan diri dan membiarkan isterinya itu membuat kerjanya.

"Danish?" Ariana menyeru perlahan nama suaminya namun tidak ada respond daripada lelaki itu. Ariana melihat wajah suaminya yang beriak tenang Dan mendatar. Dada lelaki itu turut berombak tenang.

"Lah tidur. Baru nak ajak gaduh." Ariana tergelak kecil sambil tangannya lincah mengemaskan kotak aid kit.

"Kalau gaduh nanti, aku juga yang sakit." Ariana tersenyum nipis. Pinggangnya yang terkena bucu meja tadi masih terasa sakit dibiarkan. Berdenyut-denyut.

Ariana menarik duvet yang menutupi paras pinggang suaminya sehingga ke leher lelaki itu. Wanita itu mendekatkan wajah pada wajah suaminya sebelum dahi Danish dikucup sayang. Lama. Kucupan Ariana beralih pula pada kedua belah pipi suaminya. Apabila sampai di bibir Danish, Ariana hanya tersenyum nipis dan hanya merenung bibir kemerahan lelaki itu.

"Kau tak layak, Ariana." Ariana menjauhkan kembali wajahnya. Dia menengakkan badannya sebelum mengambil aid kit box dan terus melangkah keluar dari bilik suaminya. Mata Danish yang tadinya tertutup rapat kini terbuka memandang pintu bilik yang sudah tertutup.

"Aisya Ariana milik kau, Danish Uqael."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now