𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 21

36.1K 1.7K 108
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana meletakkan semangkuk spaghetti di atas meja makan sambil tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana meletakkan semangkuk spaghetti di atas meja makan sambil tersenyum. Cawan kaca yang terletak di rak cawan di ambil sebelum teh panas di tuangkan ke dalamnya.

"Kau masak apa?" Ariana segera memalingkan tubuhnya apabila terdengar suara maskulin suaminya dari belakang. Lelaki itu tidak memakai baju dan hanya berseluar slack sedang berjalan mendekatinya. Rambut messy lelaki itu menyebabkan Ariana tersengih. Suka melihat gaya suaminya. Handsome.

"Kau tersengih apa?" Bahu Ariana ditolak lembut oleh Danish menyebabkan wanita itu menjeling sekilas ke arahnya. Danish duduk di kerusi sebelum mengambil cawan kaca yang terisi teh itu untuk di minum. Ariana duduk berhadapan dengannya.

"Nah. Spaghetti favorite kau." Ariana meletakkan sepinggan spaghetti di hadapan Danish bersama garfu. Lelaki itu mengerutkan dahinya.

"Makan lah. Aku tak bubuh benda kotor pun..." Ariana tersenyum nipis apabila melihat Danish sedikit tersentak mendengar kenyataan darinya. Lelaki itu menyisip air teh sedikit sebelum menyuap spaghetti ke dalam mulutnya. Ariana tersenyum manis melihat suaminya pertama kali makan masakannya.

Walaupun lelaki itu kejam. Menyeksanya, namun hatinya tetap tidak mampu membenci suaminya. Cinta itu menyakitkan bukan? Untuk kali ini, dia berikan lagi peluang untuk Danish namun jika peluang kali ini tidak memberikan sebarang perubahan untuk suaminya.

Dia akan mengundurkan diri.

××××

Danish memegang ularnya sambil mengintai si isteri yang sibuk mengemas dapur. Lelaki itu tersenyum senget sambil memandang ularnya.

"She's your mommy, Miko." Danisb mencium kepala ularnya sebelum berjalan dengan perlahan mendekati Ariana. Sesampai sahaja di belakang wanita itu, ular yang sebesar lengan Ariana itu di lilitkan pada leher si isteri. Terhenti segala pergerakan Ariana.

"Da–Danish?" Ariana dengan berhati-hati memusingkan tubuhnya menghadap Danish yang sedang berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya pada meja makan. Lelaki itu menjungkitkan keningnya buat beberapa kali, senyuman sinis diberikan.

"Ambil binatang ni cepat!" Ariana memejam rapat matanya sambil jarinya menunjuk ke arah ular yang berlilit di lehernya.

"Alah. Kata sayang aku. Kalau sayang aku, kau kena sayang anak aku juga." Serta merta kelopak mata Ariana terbuka luas. Wanita itu memandang tidak percaya wajah tenang suaminya.

"Memang lah aku sayang kau. Tapi masalahnya ini ular, Danish! Aku geli! Ambil cepat lah!" Ariana seakan hendak menangis apabila ular itu bergerak masuk ke dalam bajunya. Danish tergelak kecil. Terhibur dengan gelagat isterinya itu.

"Danish! Dia nak cabul aku ni!" Makin kuat teriakan Ariana apabila ekor ular itu sudah masuk ke dalam bajunya. Lengan Danish di cengkam dan di goyangkan. Lelaki itu tergelak kuat.

"Danish!"

"Ya ya sabarlah." Ular yang berada di leher Ariana di ambil oleh Danish. Wanita itu segera menjauhinya sambil mengosok kasar leher mulusnya. Geli!

"Ular pun geli." Danish mengomel perlahan sambil membelai ular kesayangannya. Ariana mengecilkan matanya.

"Memang lah geli. Tengok tu dah lah panjang. Lembik. Bersisik. Lidah panjang. Ugh geli—"

"Aqila tak geli pun." Riak wajah Ariana berubah serta merta tatkala nama perempuan yang tidak disukainya meniti di bibir suaminya. Danish menjungkitkan keningnya apabila melihat Ariana yang diam.

"Malam karang ikut aku balik rumah mama. Leher dengan rahang tu tak payah cover pun tak apa." Ariana hanya mendiamkan diri dan melihat tubuh suaminya yang sudah berlalu keluar dari ruangan dapur. Pelik! Orang suruh cover, si Danish ni pula bagi peluang lagi supaya tak cover.

"Memang lah dia tak geli. Dah memang keturunan dia. Perempuan ular. Apa lah yang laki aku suka sangat dengan ular dengan perempuan ular tu ea? Ugh."

××××

"Assalammualaikum." Ariana memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah mewah mama mentuanya manakala Danish mengikut dari belakang.

"Waalaikumussalam. Eh, Ari!" Tubuh kecil Ariana segera di dakap oleh Datin Diana menyebabkan menantunya itu tergelak kecil. Danish hanya mengabai drama dua orang wanita itu dan terus masuk ke ruang tamu.

"Kau memang tak reti nak balik rumah kau ke, Dy?" Danish menyapa abang sulungnya yang duduk di lantai sambil bermain dengan anak gadisnya. Lelaki itu mengerling sekilas adik lelakinya.

"Kalau kau tak buat hal, aku tak merempat dekat rumah mama." Danish mengerutkan dahinya. Dia tidak faham akan apa yang dikatakan oleh abangnya itu.

"Kau merepek apa, Dy?" Dylan menatap tajam wajah Danish. Geram punya pasal, mahu sahaja dia ketuk kepala adiknya itu.

"Alex cari kau. Tapi umpan dia, anak bini aku. Motif? Sebab musuh kau tu bodoh tak berotak. Masalah dengan adik, abang yang tanggung. Macam kau lah, otak tak ada."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now