𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 54

41K 1.6K 72
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.❞❝

Ariana hanya memandang Danish yang sedang mengemas pakaiannya dan diletakkan ke dalam bagasi

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Ariana hanya memandang Danish yang sedang mengemas pakaiannya dan diletakkan ke dalam bagasi. Hari ini dia dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas ditahan hampir dua minggu di sini. Jahitan pada perutnya juga sudah kering. Bebola mata wanita itu merenung penuh minat pergerakkan suaminya. Lipatan baju dan seluar yang dilakukan oleh Danish sangat kemas.

Ariana tersenyum nipis, selepas sahaja kejadian tersebut, Danish semakin berubah. Sentiasa berlembut dengannya. Jarang bercakap perkara yang boleh menyebabkan hatinya sakit seperti dahulu dan sentuhan lelaki itu sangat lembut. Tidak sekasar dulu yang sentiasa menyebabkan anggota tubuhnya sakit. Danish zipkan beg pakaian isterinya dan diletakkan di atas sofa yang memang tersedia di dalam ward peribadi itu. Kepalanya berpaling memandang Ariana yang sedang memandangnya bersama senyuman nipis. Ariana sedang duduk di atas katil.

Kaki panjang Danish berjalan mendekati Ariana. Wanita itu hanya memandang suaminya, kepalanya sedikit terdongak tatkala Danish berada di hadapannya. Matanya dikerdipkan beberapa kali apabila Danish melabuhkan kucupan di atas dahi licinnya. Lelaki itu membongkokkan tubuhnya dan memerangkapkan Ariana pada kedua belah lengan kekarnya. Wajah Danish sangat dekat dengan wajah Ariana ketika itu.

"Kenapa pandang aku macam tu? Suka tenung aku senyap-senyap?" Danish menjungkitkan sebelah keningnya, anak mata kehijauannya merenung ke dalam anak mata hazel Ariana. Dalam. Wanita itu melarikan anak matanya daripada terus ditatap Danish menyebabkan Danish tergelak kecil. Mudah Ariana menerimanya kembali ataupun wanita itu sedang berpura-pura?

"Aku tanya kau, Aisya." Danish memaggut lembut dagu runcing isterinya itu. Rahang tajam wanita itu direnung penuh minat. Cantik. Bentuk wajah isterinya itu sangat perfect. Ariana merenung lembut ke dalam mata Danish, bibirnya melorekkan senyuman nipis.

"Berdosa ke kalau aku tenung suami aku sendiri?" Ariana menyoal perlahan menyebabkan pinggir bibir Danish ternaik. Hidung mancungnya digeselkan pada hidung Ariana. Wanita itu tersenyum namun renungan mata Ariana sangat tajam seakan menyimpan sesuatu yang Danish tidak ketahui.

"Tenunglah sampai tembus." Danish menjawab perlahan sebelum mengucup pantas bibir munggi Ariana sebelum kembali menegakkan tubuhnya. Kepala Ariana yang berbalut tudung diusap lembut. Tak, dia takkan sia-siakan peluang ini lagi.

"Danish—" Ariana menarik hujung baju Danish. Wanita itu mendongakkan kepala memandang suaminya. Danish menjungkitkan keningnya, lelaki itu menarik kerusi sebelum dilabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut. Kini paras wajah Ariana dan Danish sama. Wanita itu tidak perlu mendonggakkan kepalanya lagi. Danish merenung penuh minat wajah Ariana. Wanita itu mengemam bibirnya dan matanya dilarikan daripada ditatap Danish, lelaki tersebut hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. Pipi gebu Ariana tampak kemerahan. Malu mungkin apabila ditenung olehnya sebegitu.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Onde histórias criam vida. Descubra agora