𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 24

36.2K 1.6K 186
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Danish menyandarkan belakang tubuhnya pada balkoni kaca biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Danish menyandarkan belakang tubuhnya pada balkoni kaca biliknya. Mata merenung tubuh Ariana yang masih terbaring di atas katil. Kini dia berada di rumah Datin Diana. Rambut keperanganya diraup ke belakang.

"Kau tak kenal aku, Alex." Danish mengetap gigi apabila teringat akan kejadian di rumahnya tadi. Habis kesemua anak buahnya yang berada di sana mati dibunuh dengan kejam oleh anak buah Alex. Roy, orang paling pentingnya juga turut mati ditangan musuhnya itu. Berani mati betul musuhnya yang ini. Serbu rumah terus. Memang nampak benar lah yang Alex itu kuat juga kerana mampu mencari tahu tempat tinggalnya dan Dylan.

Mata dipejamkan rapat apabila teringat akan isterinya yang terbaring di atas lantai bersama kepala yang berdarah. Nasib wanita itu tidak mengalami pendarahan yang teruk. Lepas sahaja diberikan ubat, Ariana itu tertidur sehingga kini. Nafas Danish dihela perlahan apabila teringat akan kata-kata doktor peribadi Datin Diana selepas merawat isterinya tadi.

"She's okay, nothing serious. No need to worry Datin. But... Danish, congratulations your wife... pregnant. Two weeks already."

Matanya tajam merenung Ariana. Dia benci! Wanita itu mengandung.

××××

Dylan merenung wajah Danish yang mempamerkan riak kosong. Lelaki itu tampak agak berserabut. Kini dia berada di ruang tamu rumah Datin Diana. Hanya mereka berdua kerana ibunya itu berada di bilik Danish bagi mengawasi Ariana manakala Aira menidurkan Hanyra di bilik Dylan.

Pipi Danish yang kemerahan hanya dibiarkan. Datin Diana pertama kali menampar anak lelaki keduanya itu tadi selepas sahaja Doktor Wendy memberitahu bahawa tubuh menantunya penuh dengan kesan lebam dan luka. Namun, Danish Uqael tetap Danish Uqael. Langsung tidak terkesan dengan amarah mamanya tadi. Mujur lah Doktor Wendy itu sememangnya doktor peribadi yang setia dengan keluarga ini, jikalau tidak. Pasti sudah menjadi kes polis.

"I need your help, Dy." Danish menyandarkan belakang tubuhnya pada sofa. Anak mata biru kehijauannya menatap ke dalam anak mata biru si abang. Dylan tergelak sinis.

"You need what? My help huh? Bukan sebelum ni semua benda kau buat sendiri?" Dylan menjungkitkan keningnya manakala Danish hanya merenung kosong wajah sinis abangnya.

"Aku tak peduli apa yang kau nak bising. Aku nak anak buah kau." Dylan merenung tajam wajah selamba adiknya. Danish hanya memandang Dylan. Rambutnya diraup ke belakang.

"Berapa ramai?" Danish tersenyum sinis memandang wajah abangnya.

"Tak ramai. 10 orang but i want Zariel Zaquan."

××××

Ariana membuka kedua belah kelopak matanya dengan perlahan. Kepalanya yang terasa memberat disentuh. Berbalut. Ariana bangun dari pembaringannya dengan perlahan sebelum menyandarkan belakang badannya pada kepala katil.

"Still hurt, kitten?" Suara maskulin Danish memenuhi ruang bilik gelap itu. Ariana memandang ke arah satu sudut. Tangannya menekan suis lampu di night stand. Terpampang dengan jelas di matanya, Danish sedang berpeluk tubuh dan merenung tajam ke arahnya. Aura lelaki itu lain. Sangat lain.

"Danish." Ariana sedikit gagap menyeru nama suaminya. Lelaki itu bangun dari duduknya sebelum menghampiri si isteri. Rahang wanita itu dicengkam sebelum didonggakkan bagi memandangnya. Ariana mengerutkan keningnya menahan sakit di kepala serta dirahangnya pada waktu itu.

"Anak siapa yang kau kandungkan sekarang?" Membulat besar mata Ariana apabila Danish menyoalnya. Tangannya serta merta memegang perutnya yang masih kempis.

"Aku mengandung?" Ariana memegang lembut tangan suaminya. Anak mata lelaki itu direnungnya. Senyuman manis terukir cantik diwajah jelitanya. Danish mengetap gigi melihat isterinya.

"I asking you, anak siapa yang kau kandungkan sekarang?"

"Sakit Danish." Ariana mengerang sakit apabila Danish menguatkan lagi cengkamannya pada rahang si isteri. Wajah lelaki itu memerah.

"Ana-anak kau—"

"Shit!" Danish menolak kasar kepala isterinya sebelum memejamkan rapat kelopak mata. Menahan rasa. Tubuh kecil Ariana menggeletar hebat. Takut dengan suaminya sekarang ini. Ini Danish yang mula-mula menyakitinya dan bukan Danish yang berlembut dengannya pada dua tiga hari lepas.

"Buang. Gugurkan. Aku tak nak anak tu."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now