𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 67

32.4K 1.5K 76
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana mengerang sakit tatkala pipinya yang ditoreh itu ditekan kuat oleh Aidan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana mengerang sakit tatkala pipinya yang ditoreh itu ditekan kuat oleh Aidan. Terkekeh Aidan tertawa senang hati melihat Ariana yang sedang terseksa. Habis darah comot pada wajah Ariana. Sakit bukan kepalang. Erin yang melihat dari dalam CCTV hanya membisu.

"Sakit?" Aidan menyoal sambil menjungkitkan keningnya. Ariana memandang Aidan bersama mata yang kuyu. Sakit pada wajahnya menyebabkan tubuhnya semakin lemah.

"Kalau Danish tu hidup lagi. Mesti dia menggelupur tengok bini dia sakit kan?" Ariana hanya merenung tajam wajah Aidan yang sedang memandangnya sinis. Air mata menitik membasahi wajah menyebabkan lukanya perit.

"Suami aku belum mati." Ariana mengungkapkan ayat itu dengan perlahan. Nak tak nak sahaja suaranya keluar. Aidan tergelak kecil.

"Satu Malaysia dah tahu yang Danish Uqael iaitu pembekal senjata utama dari Rusia telah mati." Aidan menepuk kasar pipi Ariana yang makin membengkak dan berdarah itu. Ariana mengerang sakit.

"Sakit!" Aidan ketawa terbahak-bahak tatkala Ariana meraung sakit. Air mata Ariana jatuh menitik di atas lantai bersama darahnya.

"Kalau suami kau hidup, mana dia? Kenapa dia tak datang selamatkan kau?" Aidan provok Ariana yang sedang memejamkan rapat kelopak matanya. Wajah Ariana semakin memucat bersama bibir yang terbuka kecil.

"Mana suami kau Ariana?" Aidan makin provok dan baru sahaja pisau tajam itu mahu menghiris kulit pipi Ariana buat kali ketiga, Aidan menghentikan perbuatannya tatkala bunyi tembakan bergema dari luar. Aidan mengerutkan dahi sebelum mengambil walkie talkie di atas meja.

"Erin? Apa jadi ni?" Aidan cuba menyoal Erin namun tidak dapat sebarang jawapan dari perempuan itu. Ariana mengukirkan senyum sinisnya bersama kelopak mata yang sudah dicelik separuh.

"Mungkin suami aku dah datang." Aidan memalingkan kepala memandang Ariana yang sedang tersenyum sinis. Aidan mengetap bibir sebelum menuju ke arah Ariana mahu mencengkam dagu wanita itu namun terhenti apabila pintu bilik itu ditendang kuat oleh seseorang.

"Kau siapa?" Aidan mengerutkan dahi melihat seorang lelaki bertubuh tegap lengkap berhoodie hitam sedang berdiri di hadapan pintu. Wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana ditutupi dengan kain. Hanya sepasang mata yang menatap garang ke arah Aidan. Sebelah kanan elok manakala sebelah kiri seakan berkedut-kedut kulit pada sekitar mata lelaki itu. Ariana yang berada di situ turut memandang pelik lelaki tersebut.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now