𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 18

34K 1.5K 40
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Aqila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aqila." Ariana memandang wajah gadis bertudung di hadapannya. Gadis itu tersenyum manis sebelum menolak lembut bahu Ariana dan terus melangkah masuk ke dalam rumah agam Danish. Ariana memandang pelik tingkah laku gadis tersebut. Laju saja dia menutup pintu sebelum melangkah masuk mengikut gadis bertudung tersebut.

"Aisya Ariana." Tengku Aqila duduk bersilang kaki di sofa yang tersedia di ruang tamu itu sambil merenung isteri kekasih hatinya itu. Ariana memandang wajah Tengku Aqila yang merenungnya dari atas sehingga bawah.

"I tak izinkan you masuk lagi Qila." Ariana menyilangkan kedua tangannya pada dada sambil membalas renungan Tengku Aqila.

"Aku perlu minta izin kau?" Tengku Aqila menyilangkan tangannya dan bersandar pada sofa tersebut. Ternaik kening Ariana apabila gaya pertuturan Tengku Aqila dengannya sudah bertukar.

"Ini rumah boyfriend aku, so for what aku minta izin kau, Ariana?" Tersentak Ariana apabila mendengar kenyataan dari mulut gadis itu. Lebih tepat, pada kata sinis Tengku Aqila.

Tengku Aqila tersenyum sinis ke arah Ariana sebelum berdiri tegak dan mendekati wanita tak bertudung tersebut. Ariana hanya memandang wajah Tengku Aqila yang semakin mendekat dengan wajahnya, seakan sengaja mahu menyakiti hatinya

"I wanna take my part. Aku akan buat kau menyesal." Tengku Aqila tergelak kecil sebelum menjauhkan wajahnya pada telinga Ariana. Senyuman manis dipamerkan kepada Ariana sebelum gadis itu berundur dua tapak menjauhi isteri kekasihnya.

"Aku pernah hilang Dylan, so right now, aku tak nak hilang Danish pula." Ariana merenung tajam ke dalam anak mata kekasih suaminya itu. Gadis bertudung itu nampak lain daripada yang lain.

"Oh, you wanna take my husband? In your sweet dream my dear Aqila." Ariana turut mempamerkan senyuman sinisnya. Tengku Aqila tergelak kecil menyebabkan Ariana merenungnya pelik.

"Are you sure he is your husband? I mean, suami yang sayangkan isteri dia, huh?" Tengku Aqila mengangkat kening kanannya sambil merenung rahang Ariana yang membiru itu. Ariana tergamam.

"If he really love you, rahang dengan leher kau tak penuh dengan kesan lebam macam tu. Sekurang-kurangnya lebam lain." Tengku Aqila tergelak kecil. Suka melihat wajah merah Ariana. Wanita mengetap kuat giginya.

"Kau berambus Aqila!" Tengku Aqila yang sedang tertawa kecil itu memandang Ariana yang sudah naik hantu.

"Aww who are you, huh? Kau siapa yang nak halau aku?" Dada Ariana berombak ganas apabila melihat Tengku Aqila yang sedang tersenyum sinis dan kembali duduk di sofa.

"Kau berambus sekarang! Perempuan tak malu! Kalau kau pakai tudung tu hanya untuk tutup perangai jahanam kau tu, boleh pergi mampus!" Ariana segera mendekati Tengku Aqila sebelum menarik kuat tudung gadis itu dan mengheret kuat tubuh Tengku Aqila. Gadis bertudung itu tersentak hebat dan belum sempat berbuat apa apa, tubuhnya sudah ditolak kasar keluar rumah agam itu.

"Kau berambus lah! Pakai je tudung, tapi perangai macam tak serupa orang bertudung!" Jerkah Ariana sebelum masuk ke dalam rumah suaminya meninggalkan Tengku Aqila yang masih berdiri di hadapan rumah itu.

BAM

"Aisya Ariana!" Tengku Aqila mencapai kasut tumit tingginya sebelum melempar ke arah pintu tersebut.

DANG

Berombak ganas dada Tengku Aqila. Anak buah Danish yang berada di situ segera mendekatinya namun dikerling tajam oleh Tengku Aqila.

"Perempuan tak guna!"

×××

"Danish." Ariana menegur suaminya yang baru sahaja masuk ke dalam rumah agam tersebut. Lelaki itu tampak agak berserabut. Danish memalingkan wajahnya merenung Ariana yang tersengih.

"Kau nak makan tak? Aku ada sediakan makanan untuk kau." Danish berjalan menuju ke arah Ariana yang hanya memandang wajahnya.

"Nak makan tak—Danish!" Terkejut Ariana apabila tubuhnya dihimpit oleh Danish sehingga wanita itu terpaksa berundur ke belakang sebelum belakang tubuhnya betul-betul terkena pada dinding. Anak mata biru kehijauan itu merenung tajam ke dalam anak mata hazelnya.

"Aku nak bunuh—"

"Kau."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now