𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 37

39.4K 1.7K 131
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Aku cari isteri aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku cari isteri aku." Mata Danish merenung Ariana sambil tersenyum manis. Nadim yang berada di situ hanya mengangguk walaupun riak wajahnya sedikit berubah. Kalau dia mahu mengorat wanita jelita ini, memang dia akan kalah jauh dengan suami Ariana. Rupawan dengan iris mata biru kehijauannya. Hanyra yang berada di dalam dukungan Danish melonjakkan badannya. Gembira apabila didukung bapa saudaranya.

"Sayang?" Danish mendekati isterinya yang masih menunduk. Ariana segera mengangkat wajahnya memandang suaminya. Mata suaminya itu direnung lembut. Terpana dengan panggilan yang Danish gelarkan padanya.

"Kenapa datang sini tak bagitahu aku?" Danish mengelus lembut rambut Ariana. Wanita itu menelan payah liurnya.

"Danish?" Lelaki itu memalingkan wajahnya memandang Aira yang mendekati mereka bersama sepinggan pelam yang sudah dipotong dan semangkuk kecil kicap yang telah dicampurkan dengan gula dan lada kecil.

"Mana suami kau?" Danish memandang Aira yang duduk di hadapan Ariana. Hanyra yang berada di dalam dukungannya melonjakkan tubuh kecil itu meminta Aira mengambilnya.

"Ada dekat belakang tu. Tengah kait buah." Aira mengambil tubuh anaknya dari dukungan Danish sebelum meletakkan tubuh anak gadisnya diatas riba. Ariana mengabaikan Danish dan mengambil sepotong buah pelam sebelum dicicah dengan kicap dan dimasukkan ke dalam mulutnnya. Nadim tergelak kecil melihat Ariana yang mengerutkan keningnya. Danish merenung tajam wajah lelaki itu.

"Masamnya Aira." Aira tergelak kecil melihat Ariana yang mengerutkan kening namun masih menggigit potongan buah pelam itu.

"Danish Uqael." Dua orang lelaki dan perempuan itu memandang suami Aira yang berjalan mendekati mereka bersama seplastik buah pelam muda. Senyuman sinis menghiasi wajah kacak lelaki itu. Matanya memandang terus wajah Danish yang merenungnya tajam.

"Need your lovely wife huh?" Dylan duduk di sebelah Aira dan hanya mengabaikan tatapan tajam adik lelakinya itu.

"Aira, ni ada buah betik muda ni. Sedap kalau cicah dengan air asam jawa." Puan Zakiah yang baru sahaja keluar dari rumah segera mendekati cucu dan cucu menantunya.

"Ni suami kak Ariana nek." Aira memperkenalkan Danish yang duduk di sebelah Ariana kepada Puan Zakiah. Wanita berusia itu tersenyum manis sambil mengangguk.

"Sama cantik, sama padan." Puan Zakiah memandang Ariana dan Danish bersilih ganti. Ariana hanya tersenyum nipis manakala Danish hanya memandang sisi wajah isterinya. Dylan tergelak kecil sebelum menyampuk.

"Tak sama perangainya nek. Sorang bidadari sorang iblis bertanduk."

××××

Ariana hanya mendiamkan diri ditempat penumpang sebelah. Danish memaksanya untuk mengikut lelaki itu balik ke rumah Opah kembali. Dylan dan Aira menginap di rumah Puan Zakiah untuk malam ni sahaja. Katanya mahu melepaskan rindu pada Aira.

"Bahagia kau dengan jantan tadi." Ariana sedikit tersentak apabila Danish tiba-tiba sahaja menegurnya sinis. Arina memandang sisi wajah Danish. Wajah suaminya itu tampak sedikit bengis. Ariana hanya mendiamkan diri sebelum kembali memandang ke luar tingkap kereta.

"Kenapa? Tak sabar nak cari pak sanggup untuk bela anak kau tu?" Danish memandang Ariana yang sudah berpaling menghadapnya. Wajah dan mata isterinya itu tampak merah. Ariana menggenggam kuat tangannya.

"Danish, kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" Ariana menyoal lembut sambil matanya masih merenung sisi wajah suaminya. Lelaki itu tergelak sinis.

"Terima kenyataan yang kau tu perempuan murah." Memanas mata Ariana apabila Danish menuturkan kata-kata hinaan itu. Mutiara jernih mengalir perlahan keluar dari tubir mata cantiknya. Mulut dikemam rapat menahan esakkan.

"Kau dengan anak kau tu sama je, menyusahkan orang." Ariana teresak kecil. Mata merahnya tajam merenung wajah sinis Danish.

"Berhenti." Danish memandang wajah Ariana yang sudah penuh dengan air mata. Terhinjut kedua bahu wanita itu menahan tangisan.

"Berhentikan kereta ni, Danish!" Ariana menghentak kuat dashboard kereta sehingga tangannya itu kemerahan. Danish mengerutkan dahinya sebelum menghentikan keretanya dibahu jalan. Tanpa memandang wajah Danish. Ariana segera keluar dari kereta suaminya sebelum bergegas berlari meninggalkan kereta itu. Tidak sanggup menerima hinaan daripada lelaki itu lagi.

"Ariana!" Panggilan Danish langsung tidak dihiraukan. Kakinya melangkah laju tidak tentu hala. Air matanya lebat membasahi wajah mulusnya. Esakan kuat terhasil darinya. Matanya kabur dek air mata yang penuh.

"Ariana!" Ariana melajukan langkah kakinya tatkala mendengar suara Danish yang makin dekat. Matanya dipejamkan rapat sambil kakinya laju melangkah.

"Aisya!"

PON

PON

"Aisya Ariana!"

"Aisya Ariana!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continue...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂On viuen les histories. Descobreix ara