𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 49

36.6K 1.5K 37
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Danish hanya memandang Ariana yang sedang menghidangkan makanan di atas meja makan untuk makan malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Danish hanya memandang Ariana yang sedang menghidangkan makanan di atas meja makan untuk makan malam. Wanita itu hanya mendiamkan diri dari dalam bilik lagi. Bebola matanya bergerak memerhati tubuh kecil isterinya. Atas sehingga bawah. She's perfect, dengan kaki yang panjang bak model. Kulit isterinya itu merah kemerahan persis kulit gadis-gadis Jepun. She's mine. Mrs. Danish Uqael!

"Aisya." Ariana mengangkat wajahnya memandang Danish yang sedang merenungnya. Dari renungan lelaki itu, tampak agak lain dari biasa. Lembut sahaja Danish memanggilnya. Tidak seperti biasa. Kasar.

"Come here." Ariana terkebil-kebil namun bergerak mendekati suaminya yang masih merenungnya itu. Sesampai sahaja di hadapan lelaki itu, belum sempat Ariana hendak berkata apa, tubuhnya ditarik merapat pada tubuh Danish. Terkaku wanita itu. Pinggangnya dirangkul kemas oleh lengan kekar Danish. Wajahnya ditundukkan apabila melihat panahan mata tajam suaminya itu.

"Danish." Tersekat-sekat nafas Ariana apabila dagunya dipagut lembut dan ditolak ke atas. Mata membalas panahan mata Danish yang masih merenungnya.

"Kau hak milik aku, Aisya Ariana." Berat suara Danish menampar gegendang Ariana, mata lelaki itu tajam merenung seakan menghantar satu isyarat yang langsung tidak dapat dikenal pasti oleh Ariana.

"Kau hanya milik aku, sampai bila-bila." Kini hujung bibir Danish terjungkit tinggi membentuk senyum sinis. Wajah dirapatkan sedikit pada telinga Ariana.

"Hak milik aku hanya untuk aku sorang sahaja. Jika ada manusia tak berguna jatuh cinta pada hak milik aku—" jeda, lama Danish diam sebelum menjauhkan wajahnya. Mata kembali menatap wajah Ariana. Senyuman sinis makin melebar.

"Layak untuk dibunuh." Dagu Ariana makin dicengkam oleh Danish. Terkaku wanita itu memandang wajah bersahaja suaminya.

"Do you really love me, Aisya?" Danish melekapkan dahinya pada dahi Ariana. Hidung mancungnya bersentuhan dengan hidung isterinya. Nafas hangat wanita itu menampar lembut wajahnya. Bergetar anak mata Ariana apabila Danish menyoalnya dengan soalan tersebut. Bebola matanya bergerak memandang ke dalam anak mata cantik suaminya itu. Tenang.

"I asking you, Aisya." Lembut sahaja Danish menyoal Ariana. Tapak tangan kasarnya bergerak ke depan dan mengusap lembut perut isterinya yang sudah sedikit membuncit. Di dalam itu, berkemungkinan besar adalah anaknya. Ariana mengangguk perlahan bersama air mata yang sudah bertakung di pelupuk mata. Jarang Danish selembut ini dengannya. Lelaki itu melorekkan senyuman manis sebelum mengucup lembut bibir mungil isterinya sekilas.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now