𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 70

37K 1.5K 51
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Danish, suka makan apa dekat sini mak?" Ariana yang sedang membasuh cawan menyoal mak yang sedang sibuk memotong ayam sehingga menjadi ketulan-ketulan kecil, manakala Amaya berada di meja makan dan hanya melihat gerak-geri Ariana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Danish, suka makan apa dekat sini mak?" Ariana yang sedang membasuh cawan menyoal mak yang sedang sibuk memotong ayam sehingga menjadi ketulan-ketulan kecil, manakala Amaya berada di meja makan dan hanya melihat gerak-geri Ariana. Kini, Ariana berada di rumah mak. Kata Danish memang dia suka berada di rumah mak dan ayah pada waktu siang. Kadang-kadang berborak kosong dan ada masa mak akan sediakan makanan untuk mengenyangkan perut.

"Danish? Siapa Danish, Aisya?" Mak memandang pelik wajah Ariana, manakala wanita itu tersengih memandang wajah mak. Lupa pula, dekat sini orang kenal Danish sebagai Uqael. Lupa!

"Danish Uqael, mak. Uqael—"

"Abang Uqael lah, itukan suami kak Aisya, kenalah ada rasa hormat sikit dalam panggilan macam tu." Bebola mata Ariana bergerak memandang wajah selamba Amaya, lidahnya kelu tatkala remaja perempuan itu menyampuk percakapannya yang belum sempat dihabiskan. Mak yang berada di situ hanya menggelengkan kepala memandang Amaya, menyuruh supaya gadis itu diam. Amaya hanya mencebik dan menyuapkan kuih buatan mak ke dalam mulutnya, dan dikunyah sopan.

"Uqael sepanjang tinggal di sini, yang mak perasan, dia suka makan sambal kerang pedas. Pedas pedas semua dia minat." Mak berjalan mendekati Ariana, potongan kecil ayam yang telah siap potong dibasuh bersih. Ariana hanya mengangguk, puas hati apabila soalannya dijawab oleh mak. Senyuman manis menghiasi wajahnya.

"Mak, ada kerang?" Ariana menyoal lembut, mak memandang wajah wanita jelita itu dan mengangguk perlahan.

"Ada Aisya. Dalam peti tu ada, Aisya nak masak ya?" Ariana mengangguk bersama senyuman yang tidak pernah lekang terlakar pada wajah jelitanya. Matanya menjeling Amaya yang sedang merenungnya.

Jangan nak something something dengan Aisya Ariana ya.

×××××

"Assalammualaikum." Ariana yang sedang menghidangkan sambal kerang pedas buatannya mengangkat wajah tatkala sistem pendengarannya dihentam dengan suara garau Danish. Amaya yang sedang duduk itu dengan pantas bangun dengan senyuman manis di wajahnya, kakinya terus melangkah meninggalkan ruangan dapur.

"Tu, dah balik dah suami Aisya." Mak tersenyum dan meletakkan semangkuk tomyam di atas meja. Ariana hanya tersenyum manis, bebola matanya bergerak memandang Danish yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam ruangan dapur bersama babah dan Amaya. Gadis itu berjalan di belakang Danish bersama sengihan dan jelingan tajam diberikan kepada Ariana menyebabkan isteri Danish itu mengemam bibirnya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now