𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 35

38.6K 1.7K 62
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana mengeliat kecil sebelum mencelik kelopak matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana mengeliat kecil sebelum mencelik kelopak matanya. Perkara pertama yang dia lihat adalah wajah Danish yang sangat rapat dengan wajahnya. Serta merta dia menjauhkan wajahnya daripada wajah lelaki itu yang masih lena. Semalam bukan mimpi. Ariana dengan perlahan bangun dari pembaringan sebelum berdiri disisi katil. Selimut yang berada pada paras pinggang Danish ditarik sehingga ke paras dada lelaki itu. Rambut Danish diusap perlahan sebelum Ariana labuhkan kucupan pada dahi suaminya.

Ariana kembali menegakkan badannya sebelum berjalan mendekati penyangkut tuala dan terus masuk ke dalam bilik mandian. Hanya mengambil masa 25 minit, Ariana kembali keluar dari bilik mandi dengan sudah lengkap berpakaian.

Rambut perang aslinya dikeringkan sebelum disikat dan diikat menjadi ekor kuda. Perfume diambil sebelum disemburkan pada pergelangan tangan serta pada leher jinjangnya. Kain tualanya disangkutkan kembali pada penyangkut tuala sebelum Ariana keluar dari bilik. Sempat dia mengerling sekilas suaminya yang masih lena di atas katil.

Ariana terus melangkah menuju ke ruang dapur. Kelihatan Datin Diana dan Opah sedang menyediakan sarapan manakala MakLong dan MakSom sedang mengemas tempat memasak. Aira sedang menuangkan air kedalam cawan.

"Kau nak tercegat dekat sini je?" Ariana sedikit tersentak apabila Dylan yang baru sahaja datang menegurnya.

"Ari. Mari sini makan." Datin Diana yang perasan akan kehadiran menantunya terus mengamit memanggil wanita cantik itu untuk duduk dan makan bersama. Ariana tersenyum manis sebelum duduk di sebelah Aira.

"Ari minta maaf sebab lambat bangun. Kalau tak, boleh Ari tolong siapkan breakfast sekali." Ariana tersenyum nipis. Datin Diana dan yang lain hanya tergelak kecil.

"Tak pa Ari. Setakat Ari sorang tak tolong, Opah tak dek halnya. Ni kalau si makcik-makcik bawang ni yang tak tolong, ha yang tu buat opah berasap tau." Ariana tergelak kecil melihat Opah menjeling anak anaknya.

"Mak ni." MakLong menyampuk sambil menggelengkan kepalanya.

"Dah mari makan dulu. Danish tu, kalau tak pukul 8, pukul 9 la jawabnya dia bangun." Datin Diana meletakkan sepiring mihun goreng di hadapan Ariana sebelum duduk di hadapan menantunya itu. Ariana hanya tersenyum dan mengangguk perlahan sebelum menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya.

"Pukul 8 Dy dengan Aira gerak pergi Kuantan." Dylan yang hanya diam disebelah PakLong menyampuk.

"Bawa Ari sekali." Datin Diana memandang wajah Ariana sebelum kembali memandang wajah anak sulungnya.

"Dani—"

"Biarkan dia." Belum sempat Aira hendak menghabiskan kata-katanya, Datin Diana terlebih dahulu mencelah.

"Biar dia dengan ego dia. Mama nak tengok sampai mana ego dia tu boleh bawa diri dia."

××××

Danish mengeliat sebelum meraba tempat di sebelahnya, kosong. Lelaki itu segera mencelikkan kelopak matanya. Wajahnya serta merta berpaling melihat tempat tidur isterinya. Tiada orang. Danish bangun sebelum mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik mandi bagi membersihkan tubuhnya.

Hanya mengambil masa 20 minit, Danish kembali keluar dari bilik mandi dengan hanya tuala yang berlilit dipinggangnya. T-shirt berwarna hitam serta seluar jeans diambil sebelum disarungkan pada tubuh tegapnya. Rambutnya dikeringkan sebelum dibiarkan berserabut. Danish menyangkut tualanya sebelum keluar dari bilik dan terus menuju ke ruang dapur. Riuh dengan suara keluarga besarnya.

Sesampai sahaja diruangan itu, kelihatan ramai mata memandangnya. Tiga orang anak lelaki MakLong dan PakLong serta dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki MakSom dan PakSom.

"Ha Danish. Mari makan." Opah memanggil Danish. Datin Diana hanya memandang Danish yang baru sahaj duduk disebelahnya.

"Korang datang bila?" Danish menyoal sambil mengambil huluran pinggan daripada Datin Diana.

"Baru je tadi. Kau tu kalau rumah ni kena bom pun bukan reti nak bangun." Anak lelaki sulung PakLong iaitu Dariyan menjawab. Danish hanya tergelak kecil. Matanya kembali memandang sekeliling. Mencari sesuatu.

"Kamu cari apa Danish?" MakSom menyoal sambil memandang Danish. Datin Diana hanya mengerling anak lelakinya itu. MakLong dan Opah hanya tersneyum nipis.

"Mana Ariana?"

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now