𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 46

37.7K 1.6K 23
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana mencelik dengan perlahan kelopak matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana mencelik dengan perlahan kelopak matanya. Pinggang terasa seperti dihempap oleh benda berat menyebabkan wanita itu menyentuh 'benda' yang berlingkar pada pinggang rampingnya. Anak matanya bergerak memerhati lengan kekar suaminya yang sedang memeluk kemas tubuh kecilnya itu. Belakang tubuhnya melekap pada tubuh kekar Danish.

Ariana dengan perlahan hendak mengalihkan lengan kekar Danish daripada melingkari pinggangnya namun tindakan daripada lelaki itu menyebabkan tubuhnya menjadi kaku. Danish makin mengemaskan pelukannya pada pinggang Ariana sebelum wajah disembamkan pada belakang kepala isterinya. Satu batal dengan wanita itu.

Ariana mendiamkan diri beberapa minit sebelum kembali hendak mengalihkan lengan Danish. Mungkin Danish sudah tidur.

"Stay." Suara serak basah suaminya menyapa sistem pendengarannya. Sangat dekat. Danish menarik tubuh kecil Ariana sehingga melekap rapat pada tubuh hadapannya. Ariana mengerlipkan matanya berkali-kali apabila belakang kepalanya dikucup lembut oleh Danish.

"Danish." Ariana mengerakkan sedikit tubuhnya apabila terasa seperti sesak nafas dengan keadaan mereka ketika itu. Gugup. Bebola matanya bergerak melihat jam yang tergantung didinding. Baru pukul 8.00 pagi.

"Hm." Danish menjawab panggilan Ariana namun matanya masih terpejam rapat. Hidung mancung betul-betul berada di rambut isterinya. Wangian rambut Ariana sangat membuaikannya. Lengannya masih berlingkar erat pada pinggang ramping si isteri.

"Bangunlah." Ariana menelentangkan tubuhnya menyebabkan Danish mencelik sedikit kelopak matanya sebelum memandang wajah Ariana. Ariana hanya memandang wajah suaminya itu. Mata lelaki tersebut kembali dipejamkan rapat dan sebelah tubuh kecilnya dihempap oleh tubuh sasa lelaki itu. Kaki halusnya juga dihempap oleh kaki besar Danish. Wajah Danish betul-betul berada dicelah lehernya. Nafas hangat lelaki itu mengenai kulit lehernya.

"Close your eyes, Aisya." Ariana mengerakkan sedikit kepalanya, menjauhi Danish. Bebola matanya galak merenung suaminya yang tidak berbaju dan hanya berseluar. Sedang tidur menghempapnya. Tangan Ariana spontan naik mengusap lembut rambut perang gelap suaminya. Lembut. Kelopak matanya dipejamkan rapat sambil tangannya masih mengusap lembut kepala Danish. Lelaki itu terlalu beruntung kerana memiliki Aisya Ariana.

××××

Danish merenung penuh minat belakang tubuh isterinya. Ariana hanya memakai t-shirt berlengan pendek bersama seluar palazo. Sanggul digayakan messy, menyebabkan penampilan wanita itu makin menyerlah. Cantik pada pandangan mata Danish. Lelaki itu tersenyum nipis. Ariana sedang sibuk memotong sayur sawi untuk masakkannya. Mee goreng basah kegemaran suaminya. Wanita itu meletakkan potongan sayur sawi ke dalam bekas penapis sebelum dia bergerak ke arah sinki dan mula membasuh sayur tersebut.

Sedang dia leka membasuh, pinggangnya dirangkul erat dari belakang dah belakang tubuhnya melekap pada benda keras. Dada Danish. Bahunya terasa memberat.

"Danish." seru Ariana sedikit gugup, terasa janggal tatkala berada serapat ini dengan suaminya. Sayur sawi yang sudah dibasuh bersih diletakkan di atas singki.

"Kau nak masak apa?" Danish melihat gerak-geri Ariana. Masih memeluk wanita itu, sesekali Danish sengaja mengucup bahu Ariana yang berlapik baju.

"Mee goreng basah." Perlahan sahaja suara Ariana menuturkannya. Tubuh masih keras kejung di dalam dakapan Danish. Lelaki itu tersenyum sini melihat Ariana yang seakan gugup itu.

"Danish." Gagap Ariana tatkala tubuh kecilnya dengan mudah di angkat dan di letakkan di atas meja oleh Danish. Lelaki itu meletakkan kedua belah lengan kekarnya memerangkap tubuh kecil Ariana. Matanya merenung penuh minat wajah merah isterinya itu. Cantik.

"Kau duduk diam dekat sini. Tengok aku masak. Okey mommy Miko?" Kepala Ariana spontan ke belakang tatkala hidung mancungnya dikucup sekilas oleh Danish. Lelaki itu hanya tergelak kecil sebelum menjauhinya. Ariana hanya melihat Danish yang mengikat rambut perangnya yang sedikit panjang dengan getah plastik dapur. Bibirnya mengoyakkan senyuman nipis.

Oh Tuhan, adakah lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini adalah suaminya yang dulunya kejam?

Oh Tuhan, adakah lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini adalah suaminya yang dulunya kejam?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now