𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 52

38.8K 1.6K 38
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana dengan perlahan mencelik kelopak mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana dengan perlahan mencelik kelopak mata. Tubuhnya tidak bermaya. Tekak terasa sangat kering. Matanya melilau melihat siling putih di atasnya. Tangan yang dicucuk dengan jarum digerakkan perlahan. Ariana mengerutkan dahinya, sakit. Bebola matanya spontan bergerak melihat tangannya, jarum. Anak matanya bergetar bersama jantung yang sudah berdegup laju. Dia di hospital. Kejadian Danish menembaknya dengan Zariel kembali berputar di dalam kepala.

KLAK

"Oh, Puan Ariana sudah sedar?" Bebola mata Ariana bergerak memandang seorang perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam ruangan itu. Memakai kot bewarna putih, doktor. Doktor perempuan itu tersenyum manis dan berjalan mendekati Ariana menyebabkan wanita itu hendak bangun dari pembaringannya. Berkerut dahi menahan rasa sakit pada perutnya.

"Puan, jangan bergerak. Puan masih lemah. Jahitan pada perut masih basah." Pantas doktor itu menahan tubuh Ariana daripada bangun. Wanita itu kembali membaringkan tubuhnya dengan perlahan bersama kerutan di dahi. Perutnya sangat sakit. Pedih dan perit.

Ariana memandang doktor perempuan yang sedang mengemaskan kembali selimut pada tubuhnya yang melorot ketika dia hendak bangun seketika tadi. Laju tangan Ariana memegang lengan doktor perempuan itu menyebabkan kerja menyelimut Ariana terhenti.

"Doktor, anak saya?" Perlahan sahaja Ariana menyoal. Serak. Suaranya sangat serak ketika itu. Wajah doktor perempuan itu serta merta berubah. Senyuman nipis diberikan kepada Ariana dan dia kembali menegakkan tubuhnya. Anak mata Ariana menikam tajam anak mata doktor itu. Meminta jawapan kepada soalannya.

"Puan, harap puan dapat bersabar. Puan mengalami keguguran. Janin luruh semasa pembedahan mengeluarkan peluru dari tubuh puan." Anak mata Ariana bergetar hebat. Matanya memanas dan air jernih sudah mula bertakung pada pelupuk matanya. Kepalanya dipalingkan menghadap ke arah lain.

"Puan bawa bersabar. Jangan stress." Pujuk doktor perempuan itu sambil mengusap lembut kepala Ariana. Air mata mengalir laju membasahi wajah Ariana. Dia benci Danish Uqael!

××××

Danish menolak perlahan daun pintu ward peribadi yang menempatkan isterinya. Kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam ruangan itu. Sistem penglihatan dihiasi dengan tubuh isterinya terbaring bersama kelopak mata terpejam rapat. Wajah wanita itu tampak tidak bermaya. Lemah dan pucat.

Danish memejamkan rapat matanya sambil mengepalkan kedua belah tangan menjadi sebuah penumbuk. Digenggam kejap. Semuanya salah kau Danish Uqael. Kelopak matanya dicelik kembali, kaki panjangnya melangkah mendekati katil yang menempatkan isterinya. Sesampai sahaja di sisi katil itu, Danish merenung wajah Ariana. Lama.

"Don't touch me." Tangan Danish yang baru sahaja hendak menyentuh kepala wanita itu terhenti tatkala suara serak Ariana menghentam gegendang telinganya. Bebola mata Danish bergerak memandang wajah Ariana, wanita itu dengan perlahan mencelik kelopak matanya. Mata merah Ariana merenung tajam ke dalam anak mata kehijauannya. Pandangan yang penuh dengan kebencian.

"Puas hati kau?" Ariana menyoal bersama renungan tajam. Danish mengetap kuat rahangnya apabila melihat wajah isterinya itu. Tangannya kembali hendak meyentuh tangan Ariana namun ditepis kasar oleh wanita tersebut.

"I said don't touch me!" Bergema suara Ariana di dalam ward peribadinya itu. Air matanya mengalir tanpa menunggu masa. Hancurnya hati kecil tatkala melihat Danish yang hanya mendiamkan diri. Esakan kasar terhasil. Ariana memejamkan rapat kelopak matanya dan menghamburkan segala tangisan yang dipendamnya selama ini di hadapan Danish. Air mata meluncur laju walaupun kelopak mata dipejam rapat.

"Kenapa bunuh anak aku Danish? Kenapa tak bunuh aku sekali? Kenapa bawa ke hospital? Biar aku mati!" Danish hanya memandang Ariana yang sedang menjerkahnya kuat bersama tangisan yang masih tidak reda. Dari mata wanita itu, dia tahu bertapa hancurnya hati kecil isterinya yang sudah sedia lama retak.

"Aisya—"

"Bunuh aku!" Belum sempat Danish hendak menyentuh wajah Ariana, wanita itu dengan kuat menepis tangannya dan menumbuk kasar dada bidang keras Danish. Lelaki itu hanya mendiamkan diri dan cuba untuk menahan tubuh Ariana daripada terus bergerak.

"Jahitan kau terbuka nanti—"

"Bunuh aku! Jangan seksa aku macam ni! Danish!" Kedua belah tangan Ariana laju menumbuk kuat dada suaminya bersama tangisan yang semakin kuat. Danish memejamkan rapat matanya. Menahan rasa.

"Bunuh aku Danish. Bunuh aku sekarang!" Ariana teresak kecil. Tumbukkannya pada dada Danish semakin perlahan. Penat, dia terlalu penat dengan semua ini. Hanya Danish sahaja yang tidak pernah penat untuk menyeksanya. Danish mencelik kembali kelopak matanya dan menggenggam kemas kedua belah tangan Ariana yang masih menumbuknya.

"Lepaslah!" Ariana meronta kecil apabila kedua belah tangannya digenggam kemas oleh tangan kiri Danish. Mata kemerahan Danish merenung wajah lemah isterinya. Tubuh kecil Ariana yang sedang meronta itu dibawa ke dalam pelukan hangatnya. Kepala Ariana dilekapkan pada dada bidangnya.

"Lepas Danish!" Ariana semakin meronta di dalam dakapan suaminya. Danish memeluk kemas tubuh isterinya itu. Tangisan Ariana semakin menjadi-jadi menyebabkan hatinya luruh. Berair matanya ketika itu. Mata dipejam rapat. Tubuh Ariana sudah berhenti daripada meronta. Wanita itu hanya menangis di dalam dakapan Danish.

"Diam Aisya."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now