𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 76

35.2K 1.4K 163
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Danish yang baru sahaja keluar dari bilik mandi terus berjalan mendekati Ariana yang sedang berada di balkoni bilik merenung langit malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Danish yang baru sahaja keluar dari bilik mandi terus berjalan mendekati Ariana yang sedang berada di balkoni bilik merenung langit malam. Danish tersenyum kecil melihat isterinya itu.

"Tengok apa?" Ariana memalingkan kepala menghadap ke arah Danish tatkala suaminya itu sudah memeluk erat pinggangnya dari belakang. Danish melabuhkan dagu di atas bahu Ariana sambil merenung langit malam.

"Bintang. Cantik kan?" Ariana kembali melihat langit gelap gelita itu sambil tersenyum manis. Tangan Danish yang berada di perutnya diusap lembut. Air rambut Danish jatuh mengenai pipi Ariana.

"Cantik. But you're more beautiful." Danish kini memandang sisi wajah Ariana. Jelas nampak kemerahan pada pipi isterinya itu. Ariana menjeling sekilas wajah Danish sebelum memandang kembali langit malam. Blushing tau tak?!

"Abang memang tak nak potong rambut ke? Rambut abang dah nak dekat sama panjang dengan rambut Aisy." Ariana melihat Danish yang sedang merenungnya. Rambut Danish sudah hampir mencecah pinggang! Rindu pula nak lihat Danish berambut pendek. Kemas dan tampan!

"Abang tak handsome ke rambut panjang?" Danish menjungkitkan kening buat beberapa kali. Ariana mengangkat kedua belah bahunya sebelum mencebik.

"Kurang. Sebab nampak macam pondan."

"Wah wah wah mulut dia! Pondan pondan pun bakal timang anak tau?" Ariana mengekek ketawa geli hati tatkala Danish laju saja menyemburnya. Danish menampar lembut mulut Ariana, geram punya pasal.

"Tak ada lah. Okey je cuma Aisy rindu nak tengok abang rambut pendek." Ariana memusingkan tubuh memandang Danish. Kepala terpaksa didongak untuk melihat wajah Danish. Parut pada kiri wajah Danish sudah semakin menghilang. Sama seperti parut pada pipi Ariana juga. Danish memerangkap tubuh kecil Ariana dengan kedua belah tangannya.

"Pendek mana?" Danish menyoal sambil merenung ke dalam mata Ariana. Cantik, sungguh cantik. Wajah Ariana bulat terbentuk. Hidung mancung tinggi. Rahang tajam tirus. Bibir mungil dan merah semula jadi. Mata siren tajam yang menyebabkan renungan mata Ariana tampak sangat menggoda dan sinis.

"Pendek macam dulu." Ariana membalas tatapan mata Danish sambil berpeluk tubuh dan bersandar pada besi balkoni. Danish tersenyum sinis sebelum menggelengkan kepala.

"Tak nak. Biarlah panjang macam ni. Nampak rocksss!" Ariana mengulingkan biji mata sebelum pusing membelakangi Danish yang terkekek itu.

"Malas layan abang merepek!" Danish mengekek ketawa sambil merehatkan kembali dagunya di atas bahu Ariana. Pinggang Ariana dipeluk erat.

"Nanti kita keluar. Sayang pakai dress yang abang sangkut dekat depan almari tu." Danish berbisik lembut menyebabkan Ariana berpaling melihatnya. Danish tersenyum manis. Ariana mengerutkan dahi.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now