𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 50

39.1K 1.5K 59
                                    

❝𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

BANG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BANG

Terhinjut kedua belah bahu Ariana tatkala Danish melepaskan tembakkan buat kali kedua ke arah Airil. Mengenai tepat pada bahu kiri lelaki itu. Bercucuran air mata Ariana apabila melihat keadaan Airil yang sedang mengerang menahan sakit, dengan kedua belah tangan yang digantung dan kedua belah bahu lelaki itu yang sudah tembus mengenai peluru revolver milik Danish.

Darah bercucuran menghujani lantai simen. Penuh bertakung cecai merah berbau hanyir itu. Airil memejam rapat kedua belah matanya, dahi berkerut dan wajah kacak lelaki itu pucat seperti tiada darah yang mengalir. Danish berjalan menghampiri isterinya yang masih kaku dengan tubuh yang menggeletar hebat.

"Do it for me, Aisya." Lembut sahaja suara Danish mengarahkan isterinya itu. Mata kehijauannya tepat memanah anak mata cantik Ariana. Anak mata isterinya itu tepat menghala ke arah wajah Airil. Danish mengetap kuat giginya.

"Kau jatuh cinta pada dia?" Suara Danish kedengaran sangat dalam apabila menyoal soalan tersebut kepada Ariana. Rahang tajam lelaki itu mulai bergerak-gerak. Bagaikan seperti ada api di dalam mata lelaki itu apabila melihat isterinya yang sedang merenung penuh simpati wajah Airil.

"Danish, please— aku tak nak—"

BANG

Terkaku Ariana apabila Danish melepaskan tembakkan ke arahnya namun tidak mengenai tubuh wanita itu, sebaliknya menembusi pintu besi tersebut. Jantungnya berdegup hebat bersama air mata yang makin melebat. Terkaku tubuhnya. Danish, suaminya hampir menembaknya sekaligus hampir membunuhnya.

"My sweeti— you should— Run." Bebola mata Ariana bergerak merenung Airil kembali. Lelaki itu sedang memandangnya bersama mata yang tampak sangat kuyu. Bibir Ariana menggeletar hebat. Kaki panjangnya bergerak, menapak ke belakang. Danish tersenyum sinis.

"Aku tak sangka, Aisya— tak sangka." Danish tergelak kecil sebelum melempar kuat revolver nya ke arah Ariana.

"Aww." Ariana mengaduh sakit dan memegang bahu kanannya. Senjata api yang dilempar oleh Danish betul-betul mengenai tulamg bahunya. Sakit. Bergetar anak mata wanita itu apabila melihat wajah bengis suaminya.

"Danish, jan—jangan sakitkan—"

"Shut the fuck up!" Bergema jerkahan Danish di dalam ruangan bawah itu. Menjerkah Airil. Mata Danish merenung tajam isterinya yang masih kaku bersama senyuman sinis. Bibir bawahnya dijilat lembut.

"Aisya, Run. Jangan sampai aku dapat kau." Suara Danish kedengaran sangat dalam menyebabkan Ariana merenung wajah lelaki itu.

"RUN!" Serentak itu, kaki panjang Ariana melangkah laju. Berlari keluar dari ruangan itu bersama esakan kecil. Dia sakit! Danish tetap sama!

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now