𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 64

29.5K 1.4K 95
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Jangan sentuh aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jangan sentuh aku." Danish cuba untuk bangkit dari baringannya namun kembali terduduk lemah tatkala mulut dan hidungnya sama-sama mengeluarkan darah pekat. Ariana sudah teresak-esak menangis melihat keadaan Danish yang sangat teruk itu. Bukan satu peluru namun empat peluru menembusi tubuh Danish dan salah satunya dari Ariana sendiri. Bagaimana lelaki itu masih gagah mahu berdiri seperti ini?

"Danish kau tak boleh gerak! Luka kau makin teruk—"

"Luka aku dah memang teruk Aisya." Danish memejamkan rapat kelopak matanya. Tangan naik mengesat darah yang keluar dari mulut dan hidung. Kabur matanya memerhati wajah Ariana. Tadi, bukan Ariana yang memanggil Zariel namun Danish. Danish yang memberi arahan supaya Zariel bertindak. Kalau tidak, mungkin dia sudah mati di tangan Airil mahupun Ariana.

"Kau ada masa untuk bunuh aku." Ariana menggelengkan kepala apabila Danish memberikan glock kepadanya. Glock itu ditepis menjauhi mereka sebelum Ariana bangkit mahu memapah tubuh Danish.

"Tuan Danish! Keluar cepat. Dalam tu ada boom!" Bergema suara Zariel memberi arahan namun Danish hanya diam. Dari hujung mata dia nampak Alex yang masih sedar itu sedang mengesot ke arahnya dan Ariana dan ditangan Alex ada alat hitam seperti alat kawalan jauh. Remote boom?

"Keluar dari sini." Danish cuba untuk mengesot namun Ariana terlebih dahulu membantunya untuk bangun. Memapah berhati-hati Danish untuk keluar dari rumah tersebut. Tiba diluar rumah, tangan Ariana ditepis dan Danish terus menolak kuat tubuh Ariana sebelum tembakan dilepaskan pada kaki wanita itu.

BANG

"Puan Ariana!" Zariel dan beberapa orang anak buah Dylan Mikael dan Danish Uqael mendekati Ariana yang sudah jatuh mengerang di atas lantai. Terkejut melihat kejadian itu. Danish hanya melihat sekilas Ariana sebelum berjalan masuk ke dalam rumah banglo itu.

"Danish! Danish!" Ariana menjerit kuat memanggil Danish tatkala suaminya itu menutup pintu banglo tersebut. Danish hanya memberinya renungan tajam sebelum terhalang dengan pintu banglo itu. Sakit pada kakinya tidak dihiraukan. Anak-anak buah Dylan dan Danish baru sahaja mahu masuk ke dalam rumah itu.

BAMMM

Tercampak tubuh Ariana dan lelaki-lelaki berbadan sasa itu tatkala rumah banglo tersebut meletup secara tiba-tiba. Zariel yang berada tidak jauh dari Ariana mengerang halus kerana sakit pada tubuhnya. Ariana terbaring tidak sedarkan diri bersama darah yang sudah mula merembes keluar dari luka tubuhnya.

"Tuan Danish."

××××

Ariana mencelikkan kelopak matanya dengan perlahan dan kembali tutup tatkala cahaya lampu menembusi sistem penglihatan. Ariana kembali mencelikkan kelopak mata sebelum bebola mata bergerak melihat siling putih di atasnya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now