𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 79

35K 1.4K 19
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Tubuh kecil bayi lelaki yang didukung oleh Dato' Ahmad Azender diambil dengan perlahan oleh Danish

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Tubuh kecil bayi lelaki yang didukung oleh Dato' Ahmad Azender diambil dengan perlahan oleh Danish. Pipi gebu bayinya itu dikucup lembut bersama senyuman nipis. Kaki panjang Danish melangkah mendekati Ariana yang sedang terbaring di atas katil dengan wajah yang kemerahan.

"Sayang." Danish meletakkan tubuh kecil bayi lelakinya di tepi tubuh Ariana. Wanita itu memeluk erat bayi lelakinya sebelum kepala bayi mereka itu dikucup sayang. Danish melabuhkan punggung di birai katil berdekatan kaki isterinya yang sedang berstoking. Kaki wanita yang baru sahaja bergelar ibu itu dielus lembut.

"Namanya apa Qael?" Datin Diana mendekati Ariana, tangan kecil cucunya diusap lembut bersama senyuman manis. Bahagia tidak terkata, Dylan berikan dia cucu perempuan, Danish berikan dia cucu lelaki. Lengkap.

"Muhammad Adyan Darwish, mama." Danish menjawab soalan Datin Diana bersama suara yang serak basah. Bebola matanya masih memandang wajah bayi lelakinya yang berada di dalam pelukan isterinya.

"Sedapnya nama. Dah lah handsome, nama pun elok." Datin Arranda Wong menyampuk menyebabkan Ariana mengoyakkan senyuman manis. Biarlah, mungkin takdir dia mengandung kembar tetapi hanya seorang sahaja anaknya yang hidup. Wajah Danish yang berada tidak jauh darinya itu dipandang, jelas riak wajah kecewa lelaki itu. Danish sudah tanam hasrat untuk menimang anak kembar namun ianya hanya angan-angan indah yang sementara sahaja.

Teringat lagi bagaimana dia boleh terjatuh tadi, semuanya disebabkan kecuaiannya sendiri.

Abang, maafkan Aisya.

×××××

"Abang." Danish mengangkat wajahnya memandang Ariana yang sedang bangun dengan perlahan dari baringan, laju sahaja kaki panjangnya bergerak mendekati isterinya. Tubuh kecil Adyan yang berada di dalam dukungannya diperkemaskan. Tangan kirinya membantu Ariana untuk bersandar pada kepala katil.

"Kenapa? Sayang nak air?" Danish melabuhkan punggungnya dibirai katil di sebelah Ariana. Kepala isterinya itu diusap sayang. Tubuh bayi lelaki mereka yang berada di dalam dukungan Danish diambil dengan perlahan oleh Ariana. Senyuman manis menghiasi wajah wanita itu sebelum kucupan hangat dilabuhkan pada dahi licin Adyan.

"Aisy minta maaf sebab—"

"Shhh it's okey, sayang." Belum sempat Ariana hendak menghabiskan ayatnya, Danish terlebih dahulu membidas. Pipi wanita kesayangannya itu diusap lembut dan senyuman nipis terukir cantik pada wajah kacak Danish. Ariana menarik lengan kekar Danish dan tubuhnya digerakkan dengan perlahan ke tepi sedikit, menyuruh suaminya naik ke atas katil duduk di sebelahnya. Danish naik dengan perlahan sebelum tubuh kekarnya disandarkan dikepala katil.

Ariana menyelak sedikit bajunya ke atas untuk menyusukan bayi lelakinya itu. Danish menyandarkan kepalanya pada kepala katil, tangannya mengelus lembut pipi bayi lelakinya yang mengembung dipenuhi dengan susu itu. Senyuman nipis terukir elok pada wajahnya melihat wajah anak lelaki mereka. Kening yang nipis terbentuk, hidung yang sangat mancung dan bibir yang sangat nipis. Semuanya iras dengan Danish kecuali bentuk mata bayi lelaki itu yang jelas-jelas sama dengan Ariana.

Kepala Ariana ditarik dengan perlahan oleh Danish supaya bersandar pada bahu kekarnya. Tepi kepala Ariana dikucup sayang dan bahunya dielus lembut oleh Danish. Tangan kecil Adyan, Ariana genggam lembut. Hampir beberapa minit mereka hanya mendiamkan diri, Ariana mengangkat wajahnya memandang Danish yang sedang memejamkan rapat kelopak matanya. Tidur?

"Abang?" Suara gemersik Ariana yang menghentam sistem pendengaran Danish menyebabkan lelaki itu dengan perlahan mencelikkan kelopak matanya.

"Ya?" Danish mengusap lembut pipi isterinya, wajah cantik Ariana ditenung penuh sayang. Wanita itu mengesotkan sedikit tubuhnya dengan perlahan namun ditahan oleh Danish.

"Nak pergi mana?" Danish menyoal perlahan seperti berbisik lembut. Anak matanya melorot memandang Adyan yang masih berada di dalam dukungan Ariana. Pipi kemerahan bayinya itu dikucup lembut menyebabkan Ariana mengelipkan kelopak matanya berkali-kali. Memerah wajah wanita itu menyebabkan Danish tersengih lebar. Malu la tu.

"Tak pergi mana, abang nak tidurkan? Tidur lah dekat sini, bersandar tu nanti sakit belakang abang." Ariana tersenyum manis, wajahnya yang kemerahan itu dikawal sebaik mungkin. Rahang tajam Danish diusap lembut.

"Nanti sayang tak selesa." Danish menggenggam tangan kecil Adyan sebelum tangan kecil yang masih tidak terbuka genggaman itu diciumnya.

"Mana ada. Katil besarlah, abang. Muat je untuk kita." Ariana membalas sambil bebola matanya bergerak memandang Danish yang sedang tersenyum manis memandang bayi mereka yang sedang menyusu itu.

"Sayang tidur, abang jaga." Berkerut dahi licin Ariana mendengar arahan daripada suaminya. Kita suruh dia tidur, dia pula yang suruh kita. Haihlah Encik suami. Tubuh Ariana dibaringkan dengan perlahan oleh Danish, Adyan diletakkan diatas lengan halus Ariana sebelum kembali menyambung menyusu. Danish turut membaringkan tubuh kekarnya bersebelahan isteri dan anaknya.

"Abang, kalau Aisy tak gugur, mesti kita dah ada tiga orang anak—"

"Sayang, tak baik cakap macam tu. Ini takdir, sayang. Jangan cakap macam tu lagi." Dahi Ariana dikucup lembut. Ariana hanya menghembus nafas berat.

"Macam mana kita tak tahu yang Aisy bawa baby kembar?" Ariana menyoal, wajahnya didongakkan sedikit bagi melihat wajah tampan suaminya. Danish menurunkan sedikit tubuhnya agar wajahnya menyamai wajah Ariana. Senyuman manis terukir cantik pada wajah lelaki itu. Dia faham akan persoalan yang bermain di dalam kepala isterinya itu. Sama dengan pertanyaannya tadi. Selepas sahaja dia habis azankan bayi lelakinya, Muhmmad Adyan Darwish, dia terus berjumpa dengan doktor perempuan tersebut, ingin menanyakan soalan yang sama diajukan oleh Ariana ini.

"Kuasa Tuhan. Masa check-up doktor tak nampak sebab baby boy ni duduk belakang kakak dia. Terlindung. Lagipun, tubuh Adyan kecil berbanding tubuh Adyana, sayang." Danish menjawab pertanyaan Ariana dengan penuh, wanita itu mengangguk perlahan tanda faham akan penerangan suaminya. Kelopak mata dipejamkan rapat untuk menghapuskan rasa panas di dalam mata.

"Adyana?" Ariana mencelikkan kelopak matanya memandang Danish, lelaki itu tersenyum nipis sebelum hidung mancung isterinya dikucup lembut.

"Nur Adyana Darwisya. Our baby girl." Tercebik bibir Ariana apabila mendengar kenyataan daripada suaminya, air mata yang sudah mengalir dilapkan dengan perlahan oleh Danish.

"Dah tidur." Selimut yang agak tebal ditarik sehingga ke paras pinggang Ariana. Tubuh kecil Adyan yang sudah tertidur lena itu masih ditengah-tengah pasangan tersebut.

Nur Adyana Darwisya binti Danish Uqael

Muhammad Adyan Darwish bin Danish Uqael.

Muhammad Adyan Darwish bin Danish Uqael

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Onde as histórias ganham vida. Descobre agora