𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 73

33.4K 1.3K 12
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Gelas dibawa ke bibir sebelum air coke itu disisip perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Gelas dibawa ke bibir sebelum air coke itu disisip perlahan. Danish meliarkan bebola mata melihat orang ramai yang berada di hotel lima bintang milik Dylan Mikael. VVIP terkenal dan terkemuka semuanya hadir.

"Tuan Danish." Suara Zariel bergema di telinga melalui alat hitam kecil itu. Danish hanya berdehem perlahan mengisyaratkan Zariel meneruskan kata.

"Tuan Robert ada di situ. Bersama-sama Tuan Hendrick. Tuan Dylan ada di sana menyambut kedatangan diorang." Danish mengukirkan sengih sinis sebelum mengangguk kepala dengan perlahan. Gelas yang dipegangnya diletakkan di atas meja sebelum kaki melangkah mencari tubuh abangnya. Danish melihat Dylan yang sedang menyambut beberapa orang VVIP yang samgat terkenal di Malaysia itu.

"Wo wo! Tuan Roberto Andreo and Tuan Hendrick. Welcome!" Danish menghampiri Dylan sambil menepuk tangan berkali-kali. Senyuman dimaniskan memandang kedua orang lelaki di hadapannya itu.

"Danish Uqael. Nice to meet you!" Hendrick yang berada di sebelah Roberto Andreo itu bersalaman dengan Danish. Mesra sekali lagaknya. Dylan hanya memgerling sekilas Danish. Dia tahu akan rancangan adiknya itu. Licik tahap ular!

"Our chairman, CEO of the Red Dragon Group! How are you Danish Uqael?" Ramah Hendrick berbual dengan Danish yang sesekali menjeling Robert yang hanya tersenyum segaris itu.

"Pretty fine maybe." Danish memandang Robert sebelum menghulurkan tangan mahu bersalaman. Robert mengerling tangan Danish sebelum menyambutnya bersama senyuman lebar.

"I heard you're a player, Robert. Nice to meet you, I'm a coach."

×××××

Dylan mendekati Danish yang sedang duduk bersilang kaki di sofa sambil menyisip air. Dylan duduk di hadapan Danish yang hanya merenung lama ke arah iPad di tangan.

"Aku tak rasa orang tua tu nak teruskan niat dia untuk jatuhkan kita. Nampak macam taubat nasuha dah tu." Dylan mengambil gelas berisi coke itu sebelum disisip perlahan. Danish mengangkat kepala dan memandang abangnya.

"Ni. Robert laburkan 50% di syarikat kau. Kau bingai ke apa Dy? Dia tu pernah nak aku jatuhkan kau tau? Senang pula kau nak bekerjasama dengan dia." Danish memandang Dylan tidak puas hati. Dylan tergelak kecil sebelum meletakkan kembali gelas itu di atas meja.

"Aku tak kisah bekerjasama dengan manusia yang nak jatuhkan aku. Aku cuma tak boleh bekerjasama dengan penghianat aku. Jijik. Bala." Dylan tersenyum sinis sebelum bangkit dari duduk dan meninggalkan Danish yang terdiam sendiri.

"Fuh! Telan sedozen cili ke apa?" Danish meraupkan rambutnya ke belakang.

×××××

Danish menghentikan keretanya di hadapan rumah Dylan. Enjin kereta dibiarkan hidup sebelum pintu kereta dihempas kuat. Mata-mata anak buah Dylan Mikael yang melihat ke arahnya diabaikan sahaja. Hatinya panas dengan Dylan!

"Tuan Danish." Zariel yang baru sahaja mendekatinya terus membongkokkan sedikit tubuh di hadapan Danish. Xarie dan Aidil yang berada di pondok hadapan hanya menjengulkan kepala melihat keadaan Zariel.

"Aku harap Riel tak kena terkam dengan Tuan Danish."

PAP

"Merepek benda kau?" Aidil menampar kasar belakang badan Xarie yang sibuk membuat lawak tak masuk akal itu. Xarie hanya mencebik. Clark yang sedang mengunyah keropok lekor hanya memerhati.

"Tuan Danish—"

"Kau diam. Nanti dengan kau kau sekali aku bantai." Danish meninggalkan Zariel yang terkaku di hadapan halaman rumah Dylan Mikael itu. Zariel hanya beriak biasa sebelum berjalan menuju ke pondok hadapan kembali.

"Kenapa Tuan Danish tu Riel?" Xarie menyibuk soal tatkala Zariel sudah duduk di sofa.

"Datang bulan kot." Berdekah Clark yang sedang mengunyah keropok lekor itu manakala Xarie membuat mimik muka menyampah. Aidil hanya menggelengkan kepala.

BAM

Dylan yang sedang merenung laptop mengangkat kepala memandang Danish yang berdiri di hadapan pintu bersama wajah bengis.

"Aku ingat lepas empat bulan menghilang, jadi lah orang sikit. Rupanya dah serupa azazil perangainya." Danish melangkah masuk ke dalam bilik kerja abangnya itu. Danish memghampiri meja Dylan.

PAP

Dylan merenung Danish sambil berpeluk tubuh tatkala adiknya itu menumbuk permukaan meja. Kening dijungkitkan beberapa kali.

"Kau memang sengaja atau pun buat-but bingai? Kau tahu kan yang Robert tu ada kaitan dengan Alex?" Danish merenung wajah Dylan. Mahu saja dia cekik-cekik abangnya itu.

"Tahu."

"Dah tu kenapa kau tetap juga bekerjasama dengan dia?" Hampir terkeluar anak tekak menjerit di hadapan Dylan yang masih biasa-biasa itu.

"Slow down your voice, kiddo. Anak aku nak tidur masa-masa macam ni. Nak menyalak pergi balik rumah kau." Dylan membalas renungan Danish. Adiknya itu sudah duduk di hadapannya.

"Apa rancangan kau sebenarnya ni?" Danish menyandarkan belakang tubuh pada kerusi. Dylan tersenyum penuh makna.

"Kaut keuntungan dari syarikat dia sampai habis."

"Ikut kau lah Dylan Mikael. Tak habis-habis!"

"Kita hidup kena ada otak business Danish Uqael."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now