𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 33

36.7K 1.6K 46
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana mengelus lembut perut kempisnya sambil merenung ke luar tingkap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana mengelus lembut perut kempisnya sambil merenung ke luar tingkap. Selepas sahaja jenguk Hanyra di dalam bilik Dylan dan Aira tadi, dia terus masuk ke dalam biliknya. Matanya merenung kosong.

"Papa memang tak sayang kita, sayang " Ariana tergelak kecil sebelum menunduk memandang perutnya. Tanpa sedar air matanya turut jatuh. Baru sahaja hatinya hendak bahagia melihat suaminya datang, namun kedatangan Tengku Aqila dan kenyataan dari Danish hendak menikahi perempuan bertudung itu sangat meremukkan hatinya yang sudah sedia rapuh.

"Nanti kita pergi jauh dari papa ea? Kita biar papa bahagia." Sesak dada Ariana menahan sebak. Jari jemari runcingnya mengelap lembut air mata yang mengalir lebat membasahi wajah mulusnya.

TOK

TOK

"Masuk." Ariana memalingkan tubuhnya memandang gerangan yang mengetuk pintu. Kelihatan Aira yang hanya tersenyum nipis memandangnya sebelum masuk ke dalam bilik Ariana. Aira menutup perlahan pintu bilik sebelum mendekati Ariana dan tubuh kecil itu didakap. Ariana membalas pelukan Aira sebelum melepaskan esakan kecil pada bahu wanita itu.

"Sabar kak Ari. Semua ni ada hikmah. Kak Ari kuat ya?" Belakang tubuh Ariana diusap lembut oleh Aira. Memujuk. Aira menolak lembut perlahan bahu Ariana. Sisi wajah Ariana ditekup dengan tangan kecilnya.

"Kak Ari kena kuat, fikirkan baby. Janji dengan Aira, kak Ari kena kuat, okey?" Ariana mengangguk perlahan sebelum kembali mendakap tubuh Aira. Wanita itu turut memeluk erat tubuh Ariana.

"Tak semua kisah cinta yang bermula dengan tangisan akan berakhir dengan duka."

××××

Danish menghela nafas perlahan apabil melihat kereta Zariel sudah keluar dari halaman rumah Opah. Terpaksa dia meminta anak buah Dylan untuk menghantar Tengku Aqila pulang semula.

"Danish Uqael." Danish memalingkan wajahnya memandang Mikael yang berpeluk tubuh memandangnya.

"Kenapa kau muncul? Nak menyemak?" Mikael hanya tergelak kecil apabila Danish menyoal sinis kepadanya. Lelaki itu berjalan mendekati Danish sebelum bahu adiknya ditepuk perlahan. Dia keluar bila tiba masanya namun ianya tidak berbahaya seperti dahulu. Mikael yang ini Mikael yang sangat 'jinak'.

"Danish, Danish, sekejam aku pun, aku tak pernah tuduh isteri aku sendiri mengandungkan anak haram. Tapi kau, benih kau tapi tak mengaku." Danish menepis kasar tangan Mikael yang berada pada bahunya. Wajah lelaki beriris hitam pekat itu ditatap tajam.

"Memang. Kau tak sekejam aku."

××××

Danish menutup kasar pintu bilik sebelum mendekati Ariana yang sedang berbaring. Sesampai sahaja di sebelah isterinya, Danish menarik kasar lengan wanita itu menyebabkan Ariana terus membuka mata dan bangun dari baringan kerana terasa sakit pada lengannya.

"Kau cakap apa dekat mama sampai mama benci Aqila?" Danish merenung tajam anak mata Ariana yang memandangnya. Lengan wanita itu ditarik kasar menyebabkan Ariana terpaksa bangun dan berdiri di hadapannya.

"Kau cakap apa?" Danish mengetap kuat rahangnya apabila melihat Ariana yang hanya memandangnya dengan mata yang sudah berair.

"Aku tak cakap apa pun dekat mama." Ariana memberanikan dirinya menjawab soalan Danish. Makin hari makin dia tahut dengan suaminya. Lelaki itu mencengkam kasar lengannya menyebabkan Ariana mengerutkan dahinya.

"Penipu." Danish menolak kasar tubuh Ariana menyebabkan wanita itu terduduk di atas katil. Ariana memejamkan rapat matanya sebelum menghela nafas perlahan. Matanya kembali dicelik dan memandang suaminya yang masih merenung tajam ke arahnya.

"Sehina hina aku pun, aku tak pernah menipu dan tak pernah berpura-pura baik."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now