𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 26

35.9K 1.6K 95
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana duduk di buaian luar rumah Datin Diana

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Ariana duduk di buaian luar rumah Datin Diana. Matanya memerhati anak-anak buah Dylan yang berdiri disekeliling rumah mewah itu. Lengkap berpakaian serba hitam dan berbadan sasa serta tinggi lampai. Aira dan Datin Diana berada di dalam rumah melayan kerenah Tengku Aqila. Dia sengaja keluar dari rumah dengan alasan mahu menunggu Danish di luar.

Walaupun alasan yang diberikan itu sangat lah tidak masuk akal, sekurang-kurangnya dia tidak perlu menghadap wajah sinis perempuan ular itu. Menyampah! Daripada menghadap wajah perempuan gila tu, baik duduk hadap anak-anak buah Dylan dan suaminya. Handsome! Namun hanya mampu tengok dari jauh sahaja lah.

"Tengah bahagia ke?" Ariana memalingkan wajahnya memandang Tengku Aqila yang menegurnya dan duduk di hadapannya.

"Yang kau sibuk kenapa?" Ariana menjeling wajah Tengku Aqila yang sedang tersenyum senget memandangnya. Perempuan itu tergelak kecil sambil merenung perut kempis Ariana.

"Kau nampak bahagia tapi Danish tak." Ariana memandang wajah Tengku Aqila yang tersenyum memandangnya. Tangannya digenggam kuat.

"Danish tak nampak bahagia pun dengan kau. Anak yang kau kandungkan tu pun anak haram kan? Kau fikir Danish nak anak haram tu—"

"Jangan biadab Aqila." Tegas suara Ariana memberi amaran kepada gadis bertudung litup itu. Matanya memanas. Ariana terus bangun dari duduknya sebelum turun dari buaian dan hendak berjalan masuk ke dalam rumah tetapi Tengku Aqila menarik kasar lengannya menyebabkan tubuh Ariana berpaling menghadapnya kembali.

"I'm not, Aisya Ariana. Itu kenyataan kan? Anak tu anak haram—"

PANG

Berombak ganas dada Ariana. Tangannya terasa kebas selepas menampar kuat pipi Tengku Aqila. Perempuan itu sedikit tergamam. Menggeletar tubuh Ariana menahan amarah. Menitis juga air matanya. Sakit hati. Anaknya langsung tidak bersalah! Tengku Aqila mengetap kuat giginya.

"Kau perampas, Aisya Ariana. Kau guna cara kotor untuk dapatkan Danish. Kau fikir aku tak tahu huh?" Tengku Aqila mencengkam kuat lengan Ariana menyebabkan wanita itu mengerutkan dahi menahan sakit.

"Sekurang-kurangnya, aku bukan manusia munafik macam kau. Bertudung tapi perangai tak ubah macam iblis."

PANG

Terteleng kepala Ariana apabila penampar Tengku Aqila mengenai wajah mulusnya. Pijar pipinya ketika itu.

"Perempuan perampas macam kau takkan pernah bahagia. Perempuan murah—"

BUK

"Aisya Ariana!"

Tengku Aqila tersungkur apabila Ariana bertindak menumbuk kuat pipinya. Mengerang sakit perempuan itu. Danish yang baru sahaja sampai terus menerpa ke arah Ariana sebelum menolak kasar tubuh isterinya. Lelaki itu mendapatkan Tengku Aqila yang menangis sakit. Datin Diana dan Aira yang berada di dalam rumah turut keluar apabila terdengar jeritan Danish.

"Yana, are you okay?" Danish menolong Tengku Aqila bangkit dari duduknya. Wajah perempuan itu ditilik. Danish mengetap kuat giginya apabila melihat pinggir bibir Tengku Aqila berdarah.

"Ariana!"

"Danish uqael!" Belum sempat Danish hendak menerpa ke arah isterinya, tubuhnya terlebih dahulu ditarik oleh Dylan manakala Datin Diana menarik Ariana ke belakang tubuhnya. Aira hanya memandang Tengku Aqila yang menangis.

"Mama, dia tumbuk Yana!" Danish merenung tajam Ariana yang berada di belakang Datin Diana.

"Lepastu tak akan kamu nak pukul Ari pula? Isteri kamu ni mengandung, Danish! Mengandung!" Kuat jerkahan Datin Diana. Matanya mencerlung memandang anak lelakinya sebelum mengerling Tengku Aqila yang menunduk.

"Mengandung anak haram! Entah siapa bapak anak yang dia kandung tu!" Ariana memandang tidak percaya wajah suaminya. Air mata makin laju membasahi wajah cantiknya. Kejam, lelaki itu terlalu kejam.

"Uqael!"

BAM

Dylan menghempas kasar tubuh Danish pada kereta menyebabkan lelaki itu merenung tajam ke arah abangnya. Datin Diana menggelengkan kepala memandang tidak percaya anak lelakinya itu akan berkata sedemikian.

"Aqila, kamu balik." Datin Diana memandang wajah Tengku Aqila. Perempuan itu hanya mengangguk sebelum terus keluar dari perkarangan rumah Datin Diana.

"Kamu cakap apa, Uqael?" Datin Diana menggelengkan kepalanya memandang Danish yang masih merenung Ariana.

"I hate her, mama. I try to love her but i can't! I love Yana!"

 I try to love her but i can't! I love Yana!"

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt