𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 58

33.1K 1.4K 17
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana tersengih dan tergelak kecil melihat gelagat suami dan abang iparnya yang sedang membakar sate ayam sambil berbalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana tersengih dan tergelak kecil melihat gelagat suami dan abang iparnya yang sedang membakar sate ayam sambil berbalah. Aira yang sedang mencucuk potongan daging ayam pada buluh lidi sate hanya mengelengkan kepala sambil tergelak kecil manakala Datin Diana hanya mampu menggeleng kepala dan sesekali membebel. Hanyra yang berada di atas riba Ariana hanya melihat daddy dan ayah saudaranya itu.

"Tu tu tu, jaga lah betul-betul, Qael! Kang hangit kau makan!"

"Aku tengah jaga lah ni! Kau nampak aku tengah menari ke!" Ariana tergelak apabila Danish membidas Dylan, sinis. Tangan lelaki itu masih mengibas sate sambil menganjing Dylan yang sedang membebel. Daripada mula membakar sate lagi dua orang beradik itu bergaduh mulut, ada sahaja kesalahan si Danish di mata Dylan. Di luar dua-dua itu cool tetapi bila di rumah berkumpul seperti ini terus mengalahkan anak-anak kecil!

PAP

"Sakit lah Dy! Ma tengok dia ni!" Danish mengaduh sakit sambil mengosok belakang bahunya yang baru sahaja dilibas kasar oleh Dylan dengan mengunakan kipas. Makin kuat kekekkan Ariana apabila mendengar suaminya yang sibuk mengadu. Datin Diana hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"Mengadu mengadu! Anak manja!" Giliran Dylan pula yang menganjing Danish menyebabkan Ariana makin tergelak besar.Wanita itu menekan kuat perutnya, senak! Hanyra yang berada di atas riba Ariana mengekek apabila melihat ibu saudaranya itu tergelak tak ingat dunia.

"Sayang! Gelak gelak!" Danish mengecilkan mata memandang Ariana yang masih sakan gelakkannya. Memerah wajah wanita itu. Danish meletakkan kipas sate itu sebelum kaki panjangnya melangkah ke arah Ariana, wanita itu manghabiskan sisa tawanya sebelum tersengih lebar sehingga menampakkan barisan gigi putih yang tersusun cantik. Belum sempat Ariana hendak melarikan diri, tubuh kecilnya sudah dipeluk kemas oleh Danish. Aira dan Datin Diana hanya mampu tersenyum melihat pasangan itu.

"Amboi Qael! Part tu sape nak jaga? Aku?" Danish mendegus kasar sebelum meleraikan pelukkan dan mengucup pantas kepala Ariana. Kaki panjangnya melangkah mendekati abangnya kembali. Wajah Dylan dijeling sekilas. Kacau daun!

"Kacau daun lah Dy ni. Biarlah Qael nak manja manja dengan Ari." Datin Diana tersenyum melihat Danish yang mengangguk laju manakala Dylan mencebik. Ariana masih tersengih dan memeluk tubuh kecil Hanyra yang berada di atas ribanya. Sedang ralit Danish mengipas sate dan berbalah kecil dengan Dylan, Iphonenya yang berada di sebelah Ariana berbunyi nyaring.

"Abang, ada orang call." Ariana memanggil Danish yang sedang meletakkan kipas sate di atas pakir kayu dan berjalan ke arahnya. Mata Ariana sempat menjeling nama yang tertera di atas skrin gajet mahal milik suaminya itu. Feliks? Danish mengambil iPhonenya itu sebelum mengucup pantas dahi licin Ariana. iPhone dilekapkan pada telinga kanannya selepas talian disambungkan.

"Привет Feliks (Hello Feliks)." Ariana hanya melihat Danish yang sudah berlalu masuk ke dalam rumah Datin Diana. Ariana mengangkat tubuh Hanyra dan diletakkan anak kecil itu di sebelah Aira, tangannya mengambil kipas sate suaminya sebelum berjalan ke arah Dylan.

"Tak payah, aku boleh buat." Ariana hanya mengabaikan Dylan dan terus mengipas sate dibahagian jagaan suaminya.

××××

"Sayang." Ariana yang sedang mengemas katil mengangkat wajahnya apabila suara maskulin Danish menghentam gegendang telinganya. Kelihatan suaminya itu agak berserabut, dengan wajah yang tegang menghampirinya. Tadi selepas sahaja habis membakar sate, Danish terus keluar dan sempat memberitahunya bahawa lelaki itu ada kerja di pejabat, Ariana hanya mengiyakan sahaja. Tubuh Ariana serta merta menegak dan hanya memandang Danish.

"Kenapa ni?" Ariana sedikit tersentak apabila tubuhnya dirangkul erat oleh Danish dari hadapan. Lelaki itu menyembabkan penuh wajahnya pada leher wanita itu. Ariana mengekek apabila Danish mengeselkan hidungnya pada leher mulusnya. Geli. Danish duduk dibirai katil serta menarik lengan Ariana dan supaya duduk di sebelahnya Pinggang wanita itu dirangkul kemas dan dagunya dilabuhkan pada bahu Ariana. Ariana hanya mengelus lembut rambut perang suaminya.

"My company hancur." Usapan tangan Ariana pada rambut Danish serta merta terhenti apabila ayat tersebut meluncur laju keluar dari mulut suaminya. Bahu Danish ditolak lembut supaya dia dapat memandang wajah suaminya itu, mata lelaki tersebut kemerahan.

"Kenapa?" Ariana merenung lembut ke dalam anak mata biru kehijauan suaminya. Anak mata lelaki itu sangat cantik dan mampu membuatkan dia jatuh cinta berkali-kali. Ariana tersenyum nipis, kalau anak mereka masih hidup, mungkin dia berkesempatan melihat mata anaknya itu, kot kot ikut mata suaminya ini.

"Airil." Sebaris nama ditutur oleh Danish. Nafas dihembus keras sebelum kelopak mata dipejamkan rapat, gigi diketap kuat sehingga urat-urat hijau timbul pada lehernya. Syarikat senjata apinya yang paling utama di Russia telah hancur kerana Airil.

"Aku kena pergi Russia—"

"Aku nak ikut!" Laju Ariana membidas tanpa sempat Danish mahu menghabiskan ayatnya. Mata merenung ke dalam anak mata suaminya. Danish tersenyum kecil.

"Tak boleh sayang—"

PAP

"Aww sayang." Berkerut dahi Danish menahan perit apabila Ariana bertindak menampar kuat dada bidang kerasnya. Ariana tersengih sebelum mengusap lembut tempat tamparannya tadi.

"Nak ikut." Ariana mencebikkan bibirnya menyebabkan Danish tersengih sebelum mengucup lembut dahi isterinya.Wanita itu hanya memincingkan matanya ke arah Danish, dia bukan minta dicium!

"Tak boleh. Duduk dengan mama—"

"Nak ikut abang." Ariana mendekatkan tubuhnya pada Danish sebelum meletakkan dagunya pada bahu kekar Danish. Tubuh sasa itu dipeluk kemas dari tepi.

"Tak boleh. Nanti lepas abang balik, abang bawa kita pergi Russia okey? Kita pergi Moscow or Sochi okey?" Ariana segera mengangguk laju menyebabkan Danish tersengih. Tubuh Ariana ditarik merapat sehingga tiada ruang di antara mereka. Bahu wanita itu dikucup lembut.

"Yeay Kita gi Sochi nanti!" Tersentak Danish apabila Ariana tiba-tiba sahaja menjerit suka dan memeluk erat lehernya. Terhambur tawa lelaki itu.

He really love her.

He really love her

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now