𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 30

38.6K 1.5K 38
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Danish!" Datin Diana yang berada di sebelah segera menggerakkan Ariana yang meracau di dalam tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Danish!" Datin Diana yang berada di sebelah segera menggerakkan Ariana yang meracau di dalam tidur. Kini mereka berada di dalam kereta mewah Dylan, menuju ke Pahang.

"Ari, bangun." Ariana yang meracau segera membuka matanya. Dadanya berombak ganas. Kepalanya automatik berpaling memandang sebelahnya. Datin Diana memandangnya dengan pandangan risau. Aira yang berada di hadapan memalingkan sedikit wajahnya memandang Datin Diana dan Ariana.

"Ari, kenapa ni sayang?" Datin Diana mengusap lembut bahu Ariana. Menantunya itu tampak agak berserabut. Ariana meraup wajahnya berkali-kali. Matanya yang terpejam mengeluarkan air mata.

"Ma—mama mana Danish?" Ariana memandang wajah Datin Diana yang memandangnya dengan penuh rasa risau. Wanita itu mengerling sekilas wajah Aira yang memandangnya. Menantunya itu hanya tersenyum nipis.

"Danish tak ikut sayang. Kan tadi masa nak gerak Danish cakap dia busy. Tak boleh ikut kita pergi Pahang." Datin Diana mengusap wajah Ariana yang sudah penuh dengan air mata. Wajah wanita itu tampak muram. Ariana menghela nafas perlahan. Mimpi. Tak mungkin suaminya akan berubah dengan sekelip mata. Ariana memandang wajah Datin Diana.

"Ari nak Danish, mama."

××××

Kereta mewah Dylan meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah opahnya. Kereta mewah itu berhenti betul-betul di hadapan rumah batu yang bercat coklat itu. Terdapat lima buah kereta mewah turut ter parking elok di halaman rumah tersebut. Datin Diana keluar dari perut kereta bersama Ariana. Dylan dan Aira serta anak perempuannya turut keluar dari kereta.

"Assalammualaikum mak." Datin Diana memeberi salam sebelum masuk ke dalam rumah itu meninggalkan Ariana yang sedang kaku melihat Aira dan Dylan. Pasangan itu sedang mengeluarkan beg pakaian. Ariana berjalan mendekati Aira sebelum turut tolong mengeluarkan beg pakaiannya dari bonet keret

"Kak Ari. Tak payah, Aira buat. Akak tu mengandung. Tak boleh angkat berat berat tau." Ariana tersenyum manis sebelum tergelak kecil. Cerewet tau bini si Dylan Mikael ni.

"Beg akak ni tak berat pun Aira." Ariana yang baru sahaja hendak mengambil beg pakaiannya tetapi dihalang oleh Aira. Wanita itu terus mengambil beg pakaian Ariana.

"Tak boleh. Kesian baby dalam tu tau. Akak masuk dulu okey?" Aira mengusap lembut lengan Ariana. Wanita itu tersenyum manis sebelum masuk ke dalam rumah. Aira memandang wajah Dylan.

"Abang." Dylan memalingkan wajahnya memandang wanita kesayangannya. Lelaki itu menjungkitkan keningnya.

"Ya sayang?" Dylan mendekati Aira yang berwajah muram itu. Wanita itu memandang beg pakaian Ariana.

"Aira kasihankan kak Ari." Aira mendongak memandang wajah Dylan. Lelaki itu tersenyum nipis. Wanita ini tidak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang, mudah kasihankan orang.

"Sayang ambil Hany, abang angkat beg." Aira menghela nafas perlahan sebelum mengangguk dan terus mengambil anak perempuannya yang sedang tidur di dalam kereta. Aira terus melangkah masuk ke dalam rumah. Dylan menghela nafas perlahan. Matanya merenung beg pakaian Ariana.

"She deserve better than Danish."

×××××

"Cantik sangat menantu-menantu Diana ni." Mak Long iaitu kakak sulung Datin Diana memuji sambil memandang Ariana dan Aira bersilih ganti. Ariana dan Aira hanya tersenyum manis.

"Memang lah cantik. Sorang pure melayu, sorang lagi kacukan cina barat. Mana tak cantiknya." Opah yang berada di sebelah Ariana mencelah. Wanita berusia 60-an itu memegang lembut tangan Ariana.

"Untung kak Diana. Tu tak tahu lagi bakal menantu lelaki dia tu. Dania dah ada boyfriend ke kak Diana?" Maksom menambah. Datin Diana tergelak kecil.

"Entah lah sorang lagi tu. Katanya nak rembat boyfriend dekat UK, tak tahu la tu." Datin Diana tergelak kecil bersama Maksom dan MakLong. Opah hanya memandang anak-anak perempuan mereka yang rancak berborak. Matanya beralih merenung Ariana yang hanya senyap di sebelahnya.

"Danish mana?" Ariana yang disoal dengan soalan sedemikian sedikit tersentak. Matanya memandang wajah Datin Diana yang masih sibuk berborak. Ariana mengerling Aira yang sedang memandangnya. Wanita itu tersenyum nipis.

"Danish busy sikit opah."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now