𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 56

36.4K 1.5K 53
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Ular, kau buat apa dekat sini? Sesat?" Ariana menyilangkan kedua belah tangan pada dadanya

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

"Ular, kau buat apa dekat sini? Sesat?" Ariana menyilangkan kedua belah tangan pada dadanya. Matanya merenung tubuh Tengku Aqila dari atas sehingga bawah. Macam mana perempuan gila ni boleh tahu rumah Danish dengannya? Huh, ular! Mesti ada je cara dia nak patuk mangsanya! Tengku Aqila tergelak kecil, lebih kepada sinis dan merenung wajah Ariana.

"Biadapnya Puan Aisya Ariana. Saja, nak ucapkan tahniah—eh tak, takziah." Tengku Aqila tersenyum manis dan menjungkitkan sebelah keningnya. Ariana hanya tergelak kecil sebelum berjalan mendekati Tengku Aqila yang masih tersenyum.

"Better kau balik sebelum aku terajang kau, kang tak pepasal kau terselit bawah kereta tu kang—"

"Sakit sakit pun still belagak kau ni kan." Tengku Aqila membidas Ariana. Senyuman pada wajah perempuan itu sudah bertukar kepada senyuman sinis. Selendang yang dipakai oleh Ariana itu dipandang sekilas sebelum perempuan itu tertawa kecil sambil menggelengkan kepala. Ariana mengigit bibir bawahnya sambil merenung wajah perempuan ular di hadapannya itu. Kalau dia terajang perempuan ni, Danish pukul dia balik tak? Urgh!

"Aww Aisya Ariana dah bertudung ya? Baru tahu ya bertudung tu wajib—"

"Haah, perempuan yang beragama islam wajib memakai tudung, menutup aurat—tapi, kau nak tahu apa yang lagi penting?" Ariana tersengih senget dan menurunkan kedua belah tangannya yang bersilang itu.

"Hati yang bersih. Tak bertalam dua. Tahu maruah diri. Tak mengedik dengan suami orang. Tak belagak suci macam bidadari sedangkan perangai serupa iblis!" Ariana menunjal kuat bahu Tengku Aqila menyebabkan perempuan itu terpaksa menapak ke belakang untuk mengimbangi tubuhnya. Ariana menghadiahkan senyuman manisnya. Tengku Aqila mengetap kuat gigi sebelum kembali mendekati Ariana.

"Belagak betul kau ni hah perempuan!" Tengku Aqila bertindak menolak kuat bahu Ariana menyebabkan wanita itu hilang kestabilan badan, baru sahaja tubuh kecil itu hendak jatuh menghempap lantai, ada sepasang tangan yang menangkapnya dan terus memeluk kemas tubuh Ariana.

"Kau buat apa ni Yana?" Ariana mendongakkan wajahnya memandang Danish yang betul-betul berada di belakangnya. Tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki itu. Wajah Danish tampak agak tegang dan anak mata biru kehijauan lelaki itu memanah tepat ke dalam anak mata Tengku Aqila.

"Danish—saya baru je nak tarik Ariana tapi dia tepis and tolak saya tapi dia yang jatuh." Ariana memalingkan wajahnya dan memandang tajam wajah tak bersalah Tengku Aqila. Fitnah! Ada aku terajang sungguh ni karang!

"Kau buat apa datang sini?" Danish hanya memandang wajah Tengku Aqila yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Tubuh kecil Ariana masih didakap kemas. Dia perasan akan wajah tegang Ariana yang sedang merenung Tengku Aqila.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें