𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 78

31.4K 1.4K 28
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Uqael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Uqael." Danish mengangkat wajahnya dengan perlahan apabila suara seorang perempuan menyeru namanya. Wajah tua Datin Diana menyapa sistem penglihatannya menyebabkan Danish tersenyum nipis bersama air mata yang sudah memenuhi pelupuk matanya. Tidak tertahan rasa yang ditanggungnya pada waktu ini. Gundah hatinya memikirkan keadaan Ariana. Sudah hampir dua jam lebih dia menunggu di luar bilik kecemasan ini.

"Ari macam mana?" Datin Diana mendekati Danish sebelum kepala anak lelakinya itu diusap lembut. Seakan memujuk hati jejaka itu. Danish menarik pinggang Datin Diana sebelum menyembamkan wajahnya pada perut mamanya. Mencari kekuatan. Zariel yang sedang berdiri di sebelah kerusi Danish bergerak menjauhi majikannya itu dan senyuman nipis diberikan pada Datin Diana sebelum tubuhnya ditundukkan sedikit. Datin Diana hanya tersenyum segaris membalas sapaan lelaki tersebut.

"Sabar Qael. Kuat, Qael kena kuat untuk Ari. Kalau Qael macam ni, macam mana dengan Ari? Anak mama ni kuatkan." Bahu kekar Danish diusap lembut oleh Datin Diana. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Kelopak mata dipejamkan rapat. Di dalam kepalanya sekarang ini hanya isterinya, Aisya Ariana.

Aisya Ariana.

"Assalammualaikum, kak Di, Ari mana?" Datin Diana mengangkat wajahnya memandang Datin Arranda Wong dan Dato' Ahmad Azender yang baru sahaja sampai. Wajah ibu tiri Ariana itu kemerahan, mungkin baru lepas menangis. Danish meleraikan pelukan, tubuhnya dibangunkan sebelum tangan Dato' Ahmad Azender disalam. Datin Diana cuba menenangkan Datin Arranda Wong yang masih menangis risau tentang Ariana.

"Sabar Danish, daddy tahu Ari tu kuat." Danish hanya mengangguk perlahan bersama senyuman nipis, bahu tegapnya ditepuk lembut oleh bapa mentuanya itu. Rambutnya yang agak berserabut itu diraupkan ke belakang.

"Keluarga Puan Ariana?" Danish segera menerpa ke arah doktor perempuan yang baru sahaja keluar dari bilik kecemasan. Jantung yang berombak laju ditenangkan. Tak, isterinya kuat. She's fine, Danish Uqael.

"My wife and my baby?" Danish menyoal bersama suara yang serak basahnya. Datin Arranda Wong dan Datin Diana turut bangkit dan berada di belakang Danish. Dato' Ahmad Azender duduk di atas kerusi di sebelah Zariel dan hanya memandang menantunya itu. Doktor perempuan di hadapan Danish menarik nafas perlahan, wajah lelaki di hadapannya itu dipandang bersama senyuman kelat.

"Maaf, saya hanya dapat selamatkan seorang bayi Encik." Bagaikan hendak luruh jantung Danish mendengar kenyataan daripada doktor perempuan itu. Lemah lututnya menyebabkan lelaki itu menyandarkan belakang tubuh tegapnya pada dinding bersama mata yang terpejam rapat.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now