𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 45

39K 1.7K 25
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Mommy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mommy." Ariana yang berada di belakang Danish segera menuju ke arah Datin Arranda Wong dan tubuh wanita itu dipeluk erat.

"Ari." Datin Arranda Wong seakan tergamam dengan tindakan anak tirinya itu. Tubuhnya mengeras sambil matanya memandang Danish yang hanya memandangnya dengan riak wajah kosong.

"Ari rindu mommy dengan daddy. Mommy, daddy mana?" Ariana meleraikan pelukkan sebelum menatap penuh kasih wajah ibu tirinya itu. Air mata yang mengalir diseka lembut. Datin Arranda Wong menunduk sebelum menolak perlahan bahu Ariana supaya wanita itu menjauhinya.

"Ari tak patut ke sini." Ariana menapak mendekati Datin Arranda Wong kembali sebelum menggenggam tangan ibu tirinya dan dikucup lembut dan lama. Air matanya menitik di atas belakang tapak tangan Datin Arranda Wong. Wanita tua itu terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Air matanya yang hendak mengalir di tahan sedaya upaya.

"Balik Ari. Nanti kalau daddy tahu—"

"Kau buat apa ke sini? Nak malukan keluarga aku lagi?" Ariana melepaskan genggamannya pada tangan Datin Arranda Wong sebelum berjalan menuju ke arah Dato' Ahmad Azender yang berada di belanag Datin Arranda Wong.

"Daddy—"

"Berambus!" Belum sempat Ariana hendak menyentuh tangan Dato' Ahmad Azender, lelaki itu menepis kasar tangan anaknya. Ariana teresak kecil apabila diperlakukan sedemikian.

"Daddy please—"

"Berambus Aisya Ariana! Kau bukan anak aku lagi! Berambus!" Kuat jerkahan Dato' Ahmad Azender menyebabkan kedua bahu Ariana terhinjut.

"Abang!" Datin Arranda Wong memeluk kuat lengan suaminya apabila melihat lelaki itu seperti hendak mendekati Ariana. Ariana tidak menghiraukan jerkahan lelaki yang bergelar daddynya itu, dia terus meluru ingin memeluk tubuh tua Dato' Ahmad Azender.

"Jangan sentuh aku!" Dato' Ahmad Azender menolak kuat tubuh Ariana menyebabkan tubuh wanita itu hendak jatuh namun sempat disambut oleh Danish.

"Kau bawa perempuan ni berambus! Jangan kasi dia jejak kaki dia dekat sini!" Danish memeluk kuat tubuh Ariana yang menggeletar. Dari tadi lagi dia hanya biarkan wanita itu untuk melepaskan segalanya.

"I will. Aku akan bawa dia jauh dari kau." Danish tersenyum sinis ke arah ayah mentuanya sebelum menarik lengan Ariana untuk beredar namun wanita itu tetap mengeraskan diri.

"Aisya jom!" Ariana menggelengkan kepalanya, matanya yang memerah itu merenung lembut ke dalam anak mata suaminya.

"Berambus aku kata!" Dato' Ahmad Azender menepis kasar tangan isterinya yang memengang lengannya sebelum meluru laju ke arah Ariana, baru sahaja tapak tangan kasar lelaki itu hendak mengenai wajah Ariana, Danish dengan pantas menarik tubuh isterinya. Tubuh Ariana ditarik kebelakang tubuh sasanya. Matanya tajam merenung wajah ayah mentuanya.

"Jangan pernah berani sentuh hak milik aku."

××

Ariana menyeka lembut air matanya yang masih mengalir sambil matanya merenung ke luar tingkap kereta mewah suaminya. Selepas sahaja pertengkaran Dato' Ahmad Azender dengan Danish, terus suaminya itu menarik lengannya menuju ke arah kereta kembali. Wanita itu menyandarkan belakang tubuhnya pada kerusi sebelum mata dipejamkan rapat. Tangannya mengusap lembut perutnya yang masih tidak menampakkan bentuk.

Usapan Ariana serta merta terhenti apabila ada tangan lain yang mengusap perutnya. Kelopak matanya dibuka dengan perlahan sebelum dia memalingkan wajahnya memandang Danish. Lelaki itu masih fokus dengan permanduannya namun tangan lelaki itu mengusap lembut perutnya.

"Tak payah fikir pasal daddy kau." Danish memandang sekilas wajah isterinya. Mata wanita itu tampak sangat merah. Ariana hanya mendiamkan diri dan masih merenung sisi wajah suaminya. Dia, tiada sesiapa lagi melainkan lelaki yang bergelar suaminya ini, namun dia masih ragu-ragu dengan tindakan Danish. Bila-bila masa sahaja, dia akan kembali terluka.

"Danish, jangan tinggalkan aku."

××

Danish dengan perlahan menolak daun pintu biliknya sebelum lelaki itu melangkah masuk ke dalam ruangan yang menempatkan isterinya. Wanita itu sedang tidur mengiring membelakanginya. Danish dengan perlahan mendekati Ariana, t-shirt putih yang membaluti tubuh kekarnya ditanggalkan. Kini lelaki itu hanya memakai joger pant. Tubuh Ariana yang membelakanginya direnung sebelum lelaki itu bertindak membaringkan tubuh kekarnya bersebelah wanita itu.

Tubuh kecil Ariana ditarik lembut ke dalam pelukan hangatnya. Kucupan dilabuhkan pada tepi kepala si isteri. Duvet ditarik sehingga menutupi tubuh kecil Ariana. Lengan kekar Danish berlingkar pada pinggang ramping isterinya itu.

"Aku takkan pernah tinggalkan kau selagi kau tak minta untuk aku tinggalkan kau."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now