𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 15

34.8K 1.6K 86
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana masuk ke dalam bilik mandi dengan perlahan

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Ariana masuk ke dalam bilik mandi dengan perlahan. Pakaian yang membaluti tubuh kecil itu dibuka satu per satu. Mata merenung tubuhnya yang sudah tidak dibaluti dengan seurat benang. Penuh kesan libasan tali pinggang ditubuh kecil wanita itu. Kulit yang sememangnya putih mulus kini bertukar kepada warna merah dan mempunyai corak bewarna biru keungguan.

Belakang badannya yang pedih menyebabkan Ariana memusingkan tubuh sebelum memalingkan kepalanya sedikit bagi melihat pantulan belakaang tubuhnya di dalam cermin. Di tengah belakangnya ada satu kesan libasan yang tampak sangat merah dan sedikit berair. Darah. Dia kembali memalingkan tubuhnya menghadap cermin. Matanya sembab. Pipinya merah dan rahangnya yang semakin membiru. Wajahnya makin memucat.

Flashback❞

"Aisya Ariana!" Memetir jerkahan Danish apabila melihat potret wajah Aqila sudah dipenuhi dengan cat bewarna merah. Rahangnya mengetat. Tajam matanya merenung isterinya yang sudah tergamam.

"Kau!" Laju Danish meluru ke arah Ariana yang sudah memucat itu.

"Danish sakit!" Ariana sedikit terjerit apabila suaminya menarik kasar pergelanggan tanganya sebelum menyeret wanita itu untuk keluar dari bilik peribadinya. Sesampai sahaja di ruang bilik tidur Danish, lelaki itu melepaskan pegangannya pada pergelanggan isterinya.

PANG

Belum sempat Ariana hendak mencernakan apa-apa tindakan yang bakal terjadi, kepalanya terpaling ke tepi apabila tapak tangan kasar Danish mengena pipi mulusnya. Pijar pipi Ariana ketika itu.

"Danish sakit! Aku minta maaf!" Ariana terjerit apabila rahangnya kini dicengkam kuat oleh Danish. Matanya merenung lembut ke dalam mata suaminya yang sudah memerah. Menahan marah.

"Yang kau gedik sangat masuk bilik aku apahal?" Danish menjerkah di hadapan wajah Ariana menyebabkan wanita tersebut memejamkan mata. Takut. Menggeletar tubuh Ariana ketika itu.

"Huh perempuan bodoh?" Danish makin mencengkam kuat rahang wanita itu menyebabkan Ariana makin memejamkan mata dan memegang erat tangan suaminya.

"Bodoh!" Danish bertindak menolak kuat tubuh Ariana hingga menyebabkan wanita itu terduduk. Danish membuka tali pinggang yang terlilit kemas di pinggangnya. Dadanya berombak ganas. Hilang kewarasan akalnya ketika itu. Ariana mengesot ke belakang dengan perlahan apabila suaminya yang bagaikan dirasuk itu meluru ke arahnya. Menggeletar tubuh wanita tersebut apabila melihat wajah bengis Danish.

"Kenapa kau suka sangat menyusahkan hidup aku? Huh? Kenapa menyusahkan hidup aku?" Danish bagaikan orang yang tidak waras, melibas kuat tubuh isterinya dengan tali pinggang.

"Danish sakit!" Terjerit kecil Ariana apabila tubuhnya dilibas dengan tali pinggang suaminya. Air mata sudah penuh di wajah mulusnya.

"Daripada kau hidup menyusahkan aku, baik kau mati!" Libasan tali pinggang tepat mengena belakang tubuh Ariana menyebabkan wanita itu menjerit dan menangis sakit. Menggelupur.

"Aku minta maaf! Sakit Danish!" Ariana mengesot mendekati Danish sebelum kaki kanan lelaki itu dipeluk kuat. Danish menarik kakinya menyebabkan Ariana tersungkur di hadapannya. Menggeletar tubuh wanita itu menahan sakit libasan daripada suaminya.

"Memang patut bapak kau buang anak macam kau! Tak guna!" Danish terus menarik rambut Ariana sebelum menyeret wanita tersebut untuk keluar dari biliknya. Apabila sampai dipintu bilik, lelaki itu bertindak menolak kasar tubuh Ariana sehingga wanita cantik itu jatuh tersungkur.

"Berambus!"

BAMMM

Terhinjut kedua belah bahu Ariana apabila suaminya bertindak menghempas pintu bilik. Wanita itu teresak kuat. Menangisi nasib diri. Kedua lutut ditarik merapat ke dada sebelum Ariana menyembamkan wajah pada lututnya.

"Sa–sakit... sakit Danish."

End Flashback❞

Jatuh air mata Ariana apabila teringat akan hal tadi. Menggeletar hebat tubuhnya menahan sakit. Ariana mengambil bathrobe sebelum dipakaikan pada tubuhnya. Wanita itu berpaut pada singki menahan tubuhnya. Kakinya ketika itu melembik. Esakan kuat terhasil daripada bibir mungilnya. Rambutnya yang kusut diusap lembut.

"Kau hancurkan aku, Danish" Akhirnya wanita itu melorot jatuh terduduk di atas lantai bilik mandi. Tangisan sayu memenuhi ruang tersebut.

×××××

PRANG

Botol kaca yang berada di dalam bilik peribadinya itu dicampak kasar di atas lantai. Kini ruang tersebut dipenuhi dengan kaca yang berselerak sana sini. Habis potret-potret yang terlakar indah dengan wajah Tengku Aqila dihempas di atas lantai marmar.

"Bodoh!"

DANG

Kini potret lukisan wajah Aqila ditendang kuat.

DUNG DUNG

Danish menumbuk kuat dinding biliknya sehingga tangannya berdarah. Lelaki itu memejamkan rapat matanya.

Matanya kembali dibuka sebelum Danish jatuh terduduk di atas lantai. Matanya merenung tangannya yang menampar wajah Ariana sebentar tadi, tangan yang menyakiti tubuh isterinya. Nafas dihela kasar.

"Bodoh... bodoh kau Aisya."

To Be Continued

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

To Be Continued..

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu