𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 72

33K 1.4K 22
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

TING TONG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TING TONG

Datin Diana yang sedang bermain dengan Hanyra segera mengangkat wajahnya apabila sistem pendengaran dihentam dengan bunyi loceng rumah agamnya. Tubuh Hanyra diletakkan di atas karpet sebelum wanita berusia itu bangun dari duduknya. Baru sahaja kakinya hendak melangkah untuk pergi membuka pintu utama, kelibat Aira menyapa sistem penglihatannya.

"Mama, biar Aira yang tolong bukakan ya." Aira membetulkan tudung bawal putihnya, senyuman manis menghiasi wajah wanita itu menyebabkan Datin Diana mengangguk perlahan bersama senyuman nipis. Aira berjalan menuju ke arah pintu utama, daun pintu bewarna putih emas yang bercorak mewah itu ditarik dengan perlahan. Membulat mata wanita itu tatkala melihat sepasang kekasih halal di hadapannya, Ariana dan Danish yang sedang tersenyum memandangnya.

"Ka-kak Ari, mama! Kak Ari dah balik!" Ariana tergelak kecil tatkala tubuhnya didakap erat oleh Aira. Tubuh wanita itu turut dipeluknya. Danish yang berada di belakang Ariana hanya memandang bersama senyuman nipis. Bebola matanya melihat wanita berusia yang lengkap bertudung labuh berjalan ke luar bersama wajah yang agak terkejut. Danish berjalan ke depan bersama senyuman manis.

"Mama, miss me huh?" Danish mendepakan kedua belah tangannya, menanti Datin Diana bersama senyuman manis. Bebola mata Datin Diana bergerak menjelajah melihat dengan teliti tubuh Danish, dari rambut sampailah ke kaki lelaki itu. Semuanya, berubah. Datin Diana menekup mulutnya bersama air mata yang mengalir perlahan, tidak tertahan. Terharu dan terkejut. Walaupun haritu dia berjumpa Danish buat seketika namun dia tidak menyangka Danish akan berubah sampai seperti ini.

"Mama." Danish berjalan mendekati Datin Diana, tubuh tua wanita yang bergelar ibu itu dipeluk kemas. Datin Diana turut membalas dakapan anak lelaki keduanya itu. Syukur tak terkata apabila melihat anak lelaki keduanya yang sekian lama ditunggu kini berada di hadapannya. Sihat dan tampak sangat ceria.

Ariana dan Aira hanya tersenyum manis memandang Datin Diana yang sedang menangis di dalam dakapan Danish. Ariana berjalan mendekati suami dan mama mentuanya, Danish meleraikan pelukan dan menarik lembut lengan isterinya. Datin Diana terus memeluk erat tubuh kecil menantunya, Ariana tersenyum manis dan membalas mesra pelukan wanita itu. Danish mengusap lembut belakang tubuh Ariana.

"Ya Allah, Allah makbulkan doa mama. Mama rindu kamu berdua!" Datin Diana meleraikan pelukkan dan memenggang kemas kedua belah bahu Ariana, Danish hanya tergelak kecil apabila Datin Diana yang tampak agak serious itu. Ariana mengusap lembut lengan Datin Diana.

"Honeymoon, mama." Kepala Ariana berpusing 90 darjah memandang suaminya dengan renungan tajam, geram dengan sikap selamba lelaki itu. Danish hanya tersengih lebar manakala Aira yang berada di situ tergelak kecil. Datin Diana tersenyum manis sebelum kembali memeluk kemas tubuh Ariana.

"Meh masuk jom. Kita borak dekat dalam. Mama rindu sangat-sangat ni." Datin Diana meleraikan pelukan dan menarik lembut lengan Ariana untuk masuk ke dalam rumah agamnya, Aira turut masuk meninggalkan Danish di luar. Lelaki itu memandang anak-anak buahnya dan Dylan yang sedang memandangnya bersama riak terkejut. Danish tersengih nakal sebelum mengenyitkan sebelah matanya menyebabkan anak-anak buah itu panasaran.

Damn, Devil being angel huh

×××××

Danish baring di atas sofa sambil menonton television, Hanyra yang tidur di atas tubuhnya di peluk dengan sebelah tangan, ini kalau jatuh, mati kena penggal dengan Dylan lah jawabnya. Ariana, Aira dan Datin Diana berada di dapur sedang memasak. Sedang ralit, Danish merenung kaca television, lelaki itu mengerang sakit apabila rambutnya ditarik sedikit kasar dari atas. Kepalanya terdongak ke atas dan sistem penglihatannya disajikan dengan wajah kacak seseorang.

"Kau balik awal sangat kenapa?" Bebola mata Danish menangkap wajah Dylan yang berada di atasnya. Dengusan kasar dilepaskan. Rambutnya masih ditarik oleh Dylan menyebabkan lelaki itu menyeringai sakit.

"Sakit bingai. Kau lepas sekarang." Dylan masih menarik kuat rambut depan Danish yang panjang tersebut dan menayangkan segihan nakal atau lebih tepat, mengejek. Danish mengetap kuat rahangnya tatkala Dylan makin menarik rambut perangnya tersebut.

PAP

"Bingai! Mama tengok Dy ni! Aku campak anak kau kang!" Danish menjerit geram apabila dahinya ditampar kasar oleh Dylan. Hanyra yang berada di atas tubuh Danish bergerak apabila tidurnya diganggu oleh daddy dan bapa saudaranya itu, lagi-lagi apabila suara Danish menghentam kuat gegendang telinganya.

"Ya Allah, Dy. Kamu berdua ni, kalau jumpa mesti ada je benda yang nak digaduhkannya." Datin Diana yang berada di hadapan pintu dapur bersama pisau pemotong memandang ke arah dua orang anak lelakinya itu. Dylan melepaskan rambut Danish sebelum berlalu dan duduk di sofa berkembar dua di sebelah Danish, segihan diberikan pada mamanya itu. Danish menjeling Dylan dan meraupkan rambutnya kebelakang.

"Yang kau simpan rambut panjang ni asal?" Dylan kembali bersuara apabila kelibat Datin Diana sudah tiada di pintu dapur. Hanyra yang berada di atas tubuh Danish segera bangun dan turun dari tubuh bapa saudaranya itu sebelum berjalan mendekati Dylan. Tubuh Hanyra diangkat oleh Dylan dan diletakkan di atas riba, anak gadis itu terus memeluk kemas leher daddy nya.

"Rambut aku, bukan rambut kau." Danish menjawab sambil tubuhnya dibangunkan dari baringan dan disandarkan pada sofa. Dylan merenung tajam lelaki yang tersengih itu.

"Nanti aku potong la. So, how? Dah boleh start?" Danish meraup rambut perangnya kebelakang, anak matanya tunak memandang wajah lelaki beriris biru laut itu. Dylan mengangguk menjawab persoalan Danish menyebabkan adik lelakinya itu tergelak kecil, sinis.

"Aku dah lama puasa daripada semua benda tu. So, dia lauk utama aku untuk buka puasa la ni?" Dylan hanya menjungkitkan kedua belah bahunya, Danish hanya tersenyum senget.

 So, dia lauk utama aku untuk buka puasa la ni?" Dylan hanya menjungkitkan kedua belah bahunya, Danish hanya tersenyum senget

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now