𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 74

32.4K 1.4K 29
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

3 Bulan Kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 Bulan Kemudian,

"Uwerk." Danish terjaga daripada lenanya apabila sistem pendengarannya dihentam dengan suara seseorang. Kelopak mata dicelikkan dengan perlahan dan tangannya meraba sebelahnya. Berkerut dahi Danish apabila tempat tidur isterinya kosong. Rambut diraupkan ke belakang dan tubuhnya dibangunkan daripada baringan.

"Sayang?" Bebola mata Danish meliar mencari kelibat isterinya. Berkerut dahinya tatkala melihat pintu bilik mandi terbuka luas. Kaki dicecahkan ke lantai sebelum Danish dengan perlahan menapak mendekati bilik mandi itu.

"Abang." Suara lemah Ariana menghentam sistem pendengaran Danish, laju kakinya melangkah masuk ke dalam bilik mandi itu. Sedikit terganga mulutnya apabila melihat Ariana yang sedang terduduk bersandar di dinding bersama dahi yang berkerut dan mata terpejam rapat. Danish segera mendekati isterinya, lengan wanita itu dipegang lembut. Ariana mencelikkan kelopak matanya dan memandang wajah Danish.

"Sayang kenapa ni?" Kalut Danish menyoal apabila melihat mata cantik isterinya itu sudah berkaca-kaca. Tubuh Ariana diangkat dengan mudah sebelum lelaki itu bertindak keluar dari bilik mandi dan meletakkan dengan perlahan tubuh isterinya di atas katil. Rambut Ariana diraupkan ke belakang dan peluh yang membasahi dahi Ariana dikesat lembut dengan tapak tangannya.

"Kenapa ni? Sayang sakit?" Ariana menggelengkan kepalanya dengan perlahan, tidak mampu bersuara. Loya ditekaknya masih menguasai. Kepala yang berdenyut juga turut menyebabkan tubuhnya terasa lemah.

"Pening." Ariana memejamkan rapat kelopak matanya bersama dahi yang berkerut. Danish melekapkan telapak tangannya pada dahi Ariana. Tidak panas. Laci night stand ditarik sebelum minyak berangin di ambil. Katil dipanjat sebelum Danish duduk bersila disebelah Ariana. Bantalnya dicapai dan diletakkan di atas riba.

"Baring dekat sini." Danish menepuk bantal yang diletakkan di atas ribanya. Tangannya menarik lembut bahu isterinya menyuruh Ariana berbaring di atas ribanya. Ariana hanya menurut, kepalanya diletakkan di atas bantal yang berada di atas riba Danish. Mata dipejamkan untuk mengurangkan rasa peningnya. Danish meraup dan mengemaskan rambut Ariana, duvet di tarik menyelimuti tubuh kecil isteri kesayangannya itu. Penutup botol minyak berangin di buka sebelum minyak itu dititikkan beberapa titik ke atas tapak tangannya dan dilumurkan di atas dahi isterinya. Jari jemari kasarnya mengurut lembut kepala Ariana sambil belakang tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Bebola mata bergerak memandang jam dinding, baru pukul 2 pagi.

"Sayang, kenapa ni huh?" Danish menyoal lembut, Ariana hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Tidak tahu mengapa tiba-tiba sahaja dia terbangun apabila tekaknya terasa loya. Urutan Danish dikepalanya sedikit sebanyak mengurangkan sakit yang dirasai. Danish membongkokkan sedikit tubuhnya sebelum hidung mancung isterinya itu dikucup lembut.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now