𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 59

32.6K 1.4K 26
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Bunyi tembakan bergema di ruang latihan menembak tersebut tatkala beberapa das tembakan dilepaskan tepat mengenai sasaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi tembakan bergema di ruang latihan menembak tersebut tatkala beberapa das tembakan dilepaskan tepat mengenai sasaran. Danish tersenyum manis seraya menepuk tangan buat beberapa kali apabila melihat betapa pantasnya Ariana dapat target dengan tepat hanya beberapa kali berlatih dengan Danish.

"My wife." Danish menghampiri Ariana sebelum kucupan hangat diberikan pada pipi isterinya. Ariana hanya tersenyum bangga, tangan yang lurus tatkala melepaskan tembakan tadi sudah dijatuhkan pada sisi tubuh. Danish tersenyum manis sambil memeluk tubuh dan belakang tubuh disandarkan pada dinding. Mata masih setia merenung wajah jelita Ariana.

"Postur badan kau cantik. Kau patut masuk polis." Ariana hanya mencebik tatkala mendengar pujian Danish. Pistol yang digunakan untuk berlatih itu diletakkan semula. Cermin mata yang digunakan untuk menembak turut ditanggalkan.

"Kalau aku jadi polis—aku akan buru kau dulu." Danish ketawa geli hati manakala Ariana hanya tersengih nakal. Mata melirik wajah ceria dan bahagia Danish.

"Kau dah boleh pertahankan diri sendiri lepas ni." Ariana hanya mengangguk kepala bagi mengiyakannya. Botol air yang dipegang Danish diambil sebelum Ariana meneguk air mineral tersebut. Danish hanya melihat Ariana dengan senyuman manis yang masih melebar.

Selepas ini dia tidak perlu bimbang untuk meninggalkan Ariana.

××××

Ariana hanya merenung Danish yang sedang rancak berborak dengan Dylan. Wajah suaminya itu tampak serious dan sesekali mata biru kehijauan itu mengerlingnya sekilas. Kini mereka berada di airport, ramai anak buah Danish dan Dylan berada di lapangan terbang antarabangsa itu. Berpakaian serba hitam serta memakai mask bagi menutup separuh wajah mereka.

Datin Diana dan Aira serta Hanyra tidak mengikuti mereka kerana tidak dibenarkan oleh Dylan dan Danish. Alasan? Tidak ada siapa yang tahu. Ariana juga ditegah oleh Danish, tetapi wanita itu awal-awal lagi mengatakan yang dia mahu ikut untuk menghantar Danish ke lapangan terbang.

Ariana menundukkan kepala, jari manisnya yang tersarung cincin Datin Diana ditilik bersama senyuman nipis. Cincin perkahwinannya dengan Danish. Nafas dihela perlahan dan tangan naik menyentuh dadanya, daripada di rumah Datin Diana lagi dia rasa tidak sedap hati. Gelisah. Kelopak mata dipejamkan dan tangan mengusap lembut dadanya, mulutnya terkumat-kumit berselawat bagi menenangkan hatinya yang gundah.

Ya Tuhan, petanda apakah ini?

"Sayang." Kelopak mata Ariana serta merta tercelik luas apabila suara maskulin Danish menghentam gegendang telinganya. Senyuman manis terukir cantik pada wajah jelita wanita itu apabila Danish melabuhkan punggung disebelahnya. Tangan kasar Danish naik mengusap kepala Ariana yang berbalut dengan tudung bawal bewarna putih. Terlalu cantik pada pandangan matanya. Sejuk saja mata memandang. Isterinya itu cantik bak bidadari.

"Kenapa ni? Sakit dada?" Danish menyoal dan mengusap perlahan dada isterinya namun ditepis perlahan oleh Ariana. Tangan besar Danish digenggam kemas oleh wanita itu, kepalanya digelengkan perlahan, menjawab soalan suaminya. Wajah Danish direnung lama oleh Ariana.

"Abang, tak payah pergi lah." Ariana mengemam bibirnya manakala mata gadis itu tunak pada wajah kacak Danish. Tidak tahu mengapa dia rasa seperti tidak mahu melepaskan Danish pergi ke Russia. Jari jemari Danish bersulam pada jari jemari runcing isterinya, tangan Ariana didekatkan pada wajah sebelum belakang tapak tangan wanita itu dikucup lembut.

"Ni dah kenapa ni? Semalam okey je, harini tak kasi abang pergi pula. Kenapa?" Anak mata Danish merenung wajah Ariana, wanita itu mencebik dan mengenggam tangan kasarnya kemas, seperti tidak mahu melepaskannya.

"Tak payah lah pergi—Kalau nak pergi juga, bawa aku sekali." Perlahan sahaja Ariana memujuk sambil kelopak matanya sengaja dikerdipkan berkali-kali. Danish tersengih sebelum memberikan kucupan pada dahi licin Ariana. Tubuh kecil isterinya itu ditarik ke dalam pelukan.

"Abang pergi sekejap je. Satu minggu je bukan selamanya pun—"

"Jangan lah merepek sampai ke situ." Ariana memintas percakapan Danish, pelukan dileraikan sebelum kepalanya didongakkan untuk memandang wajah Danish. Lelaki itu sedang tersenyum nipis memandang ke arahnya.

"Izinkan abang pergi okey?" Ariana menggigit kuat bibir bawahnya, air jernih semakin memenuhi pelupuk mata. Tubuh tegap Danish dipeluk kemas, kepala Ariana dilekapkan pada dada bidang suaminya itu.

"Okey. Tapi janji—" Ariana mendongakkan wajahnya, Danish menjungkitkan kening, tangan kasarnya mengusap lembut kepala isterinya. Ariana merenung ke dalam anak mata biru kehijauan Danish. Dalam. Sangat dalam.

"Pergi and balik dengan selamat." Danish mengusap lembut kening nipis Ariana sebelum dilabuhkan kucupan hangat pada pinggir kening cantik isterinya. Ariana memejamkan mata apabila lelaki itu mengucup tepi keningnya sebelum kembali dicelik dengan perlahan dan renungannya memanah ke dalam anak mata Danish.

"I will." Danish merangkul erat tubuh kecil isterinya. Mata-mata yang memandang adengan mereka diabaikan. Ariana hanya mengusap lembut belakang tubuh sasa Danish.

"Ehem—Tuan Danish. Puan Ariana, aku Erin." Kepala Ariana yang menunduk terangkat apabila suara perempuan menghentam sistem pendengarannya. Bebola matanya bergerak memandang seorang perempuan berambut blonde dan berpakaian serba hitam berdiri tegak di hadapannya dengan Danish. Pelukkan pada tubuh Danish dileraikan. Gadis bernama Erin itu menundukkan tubuhnya apabila Danish berpaling menghadap ke arahnya.

"Sayang, ni Erin. Yang bertanggungjawab jaga sayang masa abang tak de nanti." Anak mata Ariana masih tunak memandang wajah Erin yang berada dihadapannya. Automatik matanya membulat sedikit, perempuan ini, perempuan yang pernah berbual dengan Danish semasa malam selepas pernikahannya dengan Danish. Ya, perempuan tu!

"Puan Ariana." Erin menundukkan tubuhnya di hadapan Ariana sebelum dihadiahkan senyuman segaris pada isteri majikannya itu. Ariana hanya mampu mengangguk perlahan, oh anak buah suaminya juga.

"Kenapa kena jaga pula? Mama kan ada—"

"Untuk persediaan, sayang. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi nanti." Danish mengusap lembut pipi isterinya. Ariana hanya mendiamkan diri dan masih merenung wajah Danish.

Nothing happen right?

Nothing happen right?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now