𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 16

35.1K 1.6K 139
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Pintu bilik Ariana ditolak perlahan oleh Danish sebelum lelaki itu melangkah masuk kedalam bilik isterinya

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Pintu bilik Ariana ditolak perlahan oleh Danish sebelum lelaki itu melangkah masuk kedalam bilik isterinya. Terpampang jelas dimatanya, Ariana sedang tidur mengiring membelakangi Danish.

Ruang bilik isterinya itu terang benderang kerana Ariana tidak menutup lampu bilik. Danish dengan perlahan mendekati isterinya yang sedang lena. Matanya merenung wajah wanita tersebut yang tampak sangat tenang. Danish menyentuh perlahan rambut perang Ariana dan di elus lembut.

Matanya meneliti wajah pucat isterinya. Pipi yang merah dan bengkak, rahang yang membiru. Tangan wanita itu turut diperhatikan. Berbirat dengan bekas libasan tali pinggangnya yang cuba menahan diri sebentar tadi. Penutup botol minyak angin dibuka sebelum Danish menarik lembut tangan isterinya dan dititikkan minyak itu dengan perlahan di atas kesan berbirat tersebut. Lembut sahaja Danish mengusap kulit mulus isterinya. Danish merenung wajah Ariana. Dahi wanita itu berkerut. Mungkin sakit apabila Danish usap tempat berbirat tersebut.

"Kalau kau bukan Aisya Ariana. Kau takkan terima semua ni." Perlahan sahaja Danish menuturkan ayat tersebut. Selesai sahaja meletakkan ubat pada tempat luka si isteri, duvet yang hanya separas pinggang isterinya itu ditarik sehingga paras leher. Danish menutup lampu bilik Ariana sebelum keluar dari ruangan tersebut.

"I'm sorry."

××××

Kereta mewah Danish meluncur laju memasuki halaman depan rumah Datin Diana. Dahinya sedikit berkerut apabila melihat kereta Hyundai putih abangnya turut berada di halaman tersebut. Makin berkerut dahinya apabila melihat anak buah Dylan penuh mengelilingi rumah agam mewah tersebut.

"Menyemak betul." Danish mengomel perlahan sebelum keluar dari perut keretanya. Anak buah Dylan menundukkan badan sedikit apabila Danish melintasi mereka. Lelaki itu terus masuk ke dalam rumah Datin Diana.

"What's bring you here, Uqael?" Dylan yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu menyoal tanpa memandang wajah Danish.

"I should ask you. Buat apa kau datang sini? Tu askar-askar kau dekat luar tu, apahal?" Danish duduk disofa berhadapan abangnya. Dylan mencampak ipadnya, nasib Danish sempat menyambut gajet mahal itu.

"Apabenda kau ni bodoh—"

"Kau bunuh Mirdad?" Wajah tegang Danish berubah kepada sinis. iPad abangnya itu direnung sekilas.

"Masuk berita. Hebat betul aku." Dylan merenung tajam Danish yang tergelak sambil memandang abangnya.

"Danish Uqael–"

"Ya, aku yang bunuh dia." Danish menjawab sebelum melemparkan kembali iPad abangnya itu. Lelaki tersebut menyandarkan belakang badannya. Dylan memejamkan rapat matanya. Berkerut dahinya ketika itu.

"Kenapa kau suka sangat buat masalah, Danish? Kau nak mati awal?" Dylan menderam marah. Geram melihat adiknya yang suka mengambil ringan akan sesuatu perkara. Buat sesuatu ikut kepalanya sahaja, langusng tidak memikirkan orang lain.

"Dia tu hanya orang tua tak sedar diri. Rumah dah suruh berambus, kubur dah kata lai lai dah pun. Daripada tunggu dia mati, better aku percepatkan terus. Easy." Danish tergelak sinis. Suka melihat wajah tegang abangnya itu.

"I just wanna kill you–"

"Qael? Bila sampai?" Belum sempat Dylan hendak menghabiskan ayatnya, Datin Diana menegur Danish.

Datin Diana bersama Aira serta Hanyra berjalan menuju ke arah mereka. Isteri Dylan duduk bersebelahan suaminya manakala Datin Diana duduk di sebelah Danish. Dylan hanya merenung tajam ke arah adiknya yang hanya membuat muka biasa.

"Tadi ma. I miss you." Tubuh Datin Diana dipeluk erat dari tepi. Wanita berusia itu tergelak kecil.

"No, I'm not miss you too. Mana menantu kesayangan mama? Kenapa tak datang sekali? Ari mana?" Wajah Danish serta merta berubah apabila Datin Diana menyoal sedemikian.

"Tak perlu bawa dia ke sini..."

"Kau pukul Ariana?"

"Kau pukul Ariana?"

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂حيث تعيش القصص. اكتشف الآن