𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 31

36.3K 1.5K 64
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Danish mana?" Ariana yang disoal dengan soalan sedemikian sedikit tersentak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Danish mana?" Ariana yang disoal dengan soalan sedemikian sedikit tersentak. Matanya memandang wajah Datin Diana yang masih sibuk berborak. Ariana mengerling Aira yang sedang memandangnya. Wanita itu tersenyum nipis.

"Danish busy sikit opah." Ariana menjawab lembut bersama senyuman manis. Wanita tua itu hanya mengangguk sebelum mengusap lembut lengan wanita di sebelahnya. Aira yang berada di sebelah Ariana hanya tersenyum nipis.

"Sayang, Hany mana?" Aira mengangkat wajahnya memandang Dylan yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Banyak mata yang memandang mereka bersama senyuman manis.

"Hany dengan Kaira." Aira mendongakkan kepalanya memandang si suami yang tampak sedikit berpeluh.

"Sate dah siap ni. Meh lah keluar makan." PakLong melaug dari luar rumah. Opah bangun bersama Ariana sebelum terus berlalu keluar dan diikuti oleh yang lain. Aira tidak terus keluar tetapi wanita itu memandang suaminya.

"Sayang, abang nak mandi sekejap ni. Jom mandi sekali—"

PAP

"Aduh sayang." Dylan mengaduh sakit apabila telapak tangan halus isterinya melekap elok pada kakinya. Wanita itu sedang duduk menakala dia berdiri.

"Abang ni kan, kalau orang dengar macam mana?"

"Macam tu la sayang."

"Ey abang!"
××××

"Ari, tak mengantuk lagi ke? Dah lewat ni." Ariana mengangkat wajahnya memandang Datin Diana yang baru sahaja duduk di sebelahnya. Wanita itu bersama piring yang berisi beberapa cucuk sate ayam dan lembu.

"Ari mengantuk tapi tak manislah kalau Ari masuk dulu sedangkan yang lain makan." Datin Diana tergelak kecil menyebabkan Ariana tersenyum manis. Secucuk sate ayam dihulur kepada Ariana. Wanita itu menyambut huluran mama mentuanya.

"Tak manis apanya. Kamu tu mengandung. Orang takkan cakap apa-apa pun. Masuk ya? Tidur. Rehatkan badan tu, rehatkan minda tu. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kasihan dekat baby dalam perut." Datin Diana mengusap lembut belakang tubuh menantunya. Ariana yang sedang makan sate ayam sambil mengangguk perlahan.

"Ari masuk dulu, mama." Datin Diana memgangguk perlahan sambil memandang Ariana yang berjalan masuk ke dalam rumah. Kasihan melihat wajah muram menantunya. Nampak sangat penat. Penat dengan sikap suaminya.

××××

Ariana membuka kelopak matanya dengan perlahan. Badannya mengeliat kecil sebelum tubuh kecilnya dibangunkan dari pembaringan. Jam dikerling, baru pukul 6.30 pagi. Masih sempat untuk dia bersiap dan solat. Ariana bangun dan terus mencapai tuala yang disangkut pada kerusi sebelum masuk ke dalam bilik mandi. Hanya mengambil masa 20 minit, wanita itu kembali keluar dan lengkap dengan pakaian. Blouse bewarna biru tua bersama seluar palazzo bewarna hitam.

Beg telekung yang berada di tepi beg pakainnya. Hanya mengambil masa 10 minit, Ariana sudah selesai menunaikan solat subuh. Ariana kembali melipat telekung tersebut sebelum diletakkan kembali ke dalam beg telekung. Rambut keperangannya disikat dan perfume vanila disemburkan pada leher dan pergelangan tanggannya.

Ariana segera melangkah keluar dari bilik dan terus keruangan dapur. Kedengaran suara Datin Diana dan adik beradiknya. Sangat riuh.

"Eh Ari. Mari sini. Duduk, mama dah siapkan makanan ni ha. Mari breakfast dulu." Datin Diana memanggil Ariana yang hanya tercegat di depan pintu dapur. Ariana tersenyum sebelum mengambil tempat bersebelahan dengan MakLong.

"Makanlah dulu Ari. Kalau nak tunggu semua, lambatlah makanan tu nak masuk ke perut kamunya." Opah yang baru sahaja duduk berhadapan dengan MakLong menegur. Wanita itu mengangguk perlahan sebelum menyuapkan nasi goreng kampung ke dalam mulutnya.

"Assalammualaikum Opah." Kedengaran suara seorang lelaki memberi salam. Suara yang sangat dikenali mereka.

"Danish. Cucu opah." Ariana memalingkan wajahnya apabila Opah tersenyum manis memandang orang yang baru sahaja memberi salam itu. Danish Uqael, suaminya. Datin Diana hanya memandang anak lelaki keduanya itu. Ariana tersenyum manis memandang wajah kacak suaminya, namun senyuman itu pudar tatkala melihat seorang perempuan bertudung di belakang Danish.

"Tengku?"

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now