𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 28

36.7K 1.7K 131
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Ari sayang Danish, mama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ari sayang Danish, mama." Datin Diana meleraikan pelukan dan menekup wajah pucat menantunya. Ariana tersenyum manis sehingga menampakkan kedua belah lesung pipitnya. Manis dan sangat cantik.

"Ari takkan berpisah dengan Danish." Ariana menggenggam tangan Datin Diana sebelum mengucup lembut belakang telapak tangan wanita itu. Mengalir air mata Datin Diana melihat wanita cantik yang bergelar isteri kepada anak lelaki keduanya. Datin Diana mengusap lembut perut kempis Ariana bersama senyuman nipis.

"Cinta dan sayang tu boleh Ari. Tapi kalau dah sampai tahap macam ni, Ari kena bahagia juga. Tak boleh berkorban pada orang yang tak hargai Ari." Datin Diana mengelus lembut kepala menantunya.

"Ari bagi Danish satu peluang ma tanpa dia tahu. Kali ni, kalau dia tetap juga dengan dendam dia. Ari mungkin akan tarik diri." Tersenyum Manis Datin Diana tatkala menerima jawapan tersebut.

"Mama sokong." Ariana hanya tersenyum nipis.

"Cucu nekma, jaga mama tau. Jangan susahkan mama ya?" Ariana tersenyum melihat Datin Diana yang mengusap lembut perutnya. Wanita itu menyeka lembut air mata mama mentuanya itu.

"Terima kasih mama." Datin Diana memandang wajah menantu yang sedang tersenyum. Ariana mengusap lembut tangan tua wanita itu.

"Terima kasih sebab terima Ari sebagai menantu mama. Ari akan jadi menantu mama sampai akhir nafas Ari."

××××

Danish menghela nafas perlahan. Tubuhnya disandarkan pada kepala katil sambil matanya merenung ke luar balkoni. Gelap.

Sudah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya, walaupun berada di dalam rumah yang sama, Ariana tidak pernah keluar dari bilik sejak Danish menghinanya. Datin Diana juga sudah awal-awal memberi amaran kepadanya supaya jangan berani menyakiti menantu wanita itu. Jiwanya terasa sangat kosong ketika ini. Rambut perangnya diraupkan ke belakang. Danish bangun dan terus keluar dari biliknya sebelum melangkah menuju ke bilik tetamu yang menempatkan isterinya.

Danish menolak perlahan pintu bilik itu sebelum melangkah masuk denga ke dalam ruangan tersebut. Kelihatan Ariana sedang berbaring di atas katil mengiring membelakanginya. Danish dengan perlahan berjalan mendekati isterinya yang sedang lena. Tubuh sasanya dibaringkan di sebelah Ariana. Lelaki itu mendekati isterinya sebelum memeluk lembut pinggang ramping wanita tersebut.

Wajah Danish disembamkan pada belakang kepala Ariana. Menghidu wangian rambut cantik wanita itu. Matanya dipejamkan rapat. Menahan rasa. Tangan Danish menjalar ke perut kempis Ariana sebelum tangan lelaki itu masuk ke dalam baju isterinya. Mengusap lembut perut sang isteri.

"I'm sorry."Danish berbisik perlahan. Tubuh kecil isterinya ditarik ke dalam pelukan hangatnya sehinggakan belakang tubuh wanita itu mengenai dada bidang Danish yang tidak berlapik pakaian. Tangannya masih melekap pada perut si isteri.

"Papa minta maaf sayang." Dia mahu tetapi dia ego. Dia cinta tetapi dia nafikan kerana terlalu ikutkan dendam lamanya.

××××

Ariana menelentangkan tubuhnya. Matanya masih terpejam rapat. Dahi wanita itu berkerut apabila terasa hembusan nafas hangat mengenai pipinya serta pinggangnya terasa berat. Ariana membuka perlahan kelopak matanya. Wajah dipalingkan ke tepi. Terpampang wajah kacak Danish dimatanya. Sangat dekat sehinggakan hidung mereka bersentuh.

Ariana mengiringkan tubuhnya menghadap Danish. Tangannya dengan perlahan menyentuh pipi suaminya. Senyuman manis terukir cantik diwajah jelita wanita itu.

"Aku patut berhenti cintakan kau ke Danish?" Ariana mengusap lembut rahang tajam Danish. Lelaki ini, lelaki dambaannya. Ariana mendekatkan wajahnya pada wajah Danish sebelum mengucup sayang dahi suaminya. Tanpa sedar air matanya mengalir

"Danish, aku tak akan pernah layak untuk kau." Ariana mengelus lembut kening suaminya sebelum dilabuhkan kucupan pada hujung hidung mancung Danish.

"Aku minta maaf kalau semua ni buat kau terseksa. Sepatutnya kau dah bahagia dengan Qila. Tapi aku hancurkan semuanya." Ariana teresak kecil sebelum wanita itu memejamkan rapat matanya. Danish membuka kelopak matanya. Memandang isterinya yang sedang menangis dalam diam. Tubuh wanita itu ditarik merapat sehinggakan wajah isterinya tersembam pada dada bidangnya. Ariana terkaku.

"I'm sorry, Aisya."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now