𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 51

39.1K 1.7K 183
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Kau!"

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

"Kau!"

BANG

Membulat luas mata Ariana apabila tubuh Zariel sudah jatuh melutut di hadapannya apabila peluru senjata api milik Danish menembusi perut anak buah Dylan Mikael itu. Tidak menyangka yang suaminya akan melakukan hal itu pada Zariel yang sangat setia pada keluarganya.

"Bodoh!"

BUK

Terpejam mata Ariana apabila Danish menumbuk kasar dinding bilik sehingga kekura tangan suaminya pecah dan berdarah. Zariel yang berada di atas lantai terus didekati Ariana. Wajah Zariel semakin pucat, darah membuak-buak keluar dari perutnya. Berkerut dahi lelaki itu menahan sakit.

Mata merenung ke arah majikannya, dia sudah terlalu biasa dengan amukan Mikael sehingga apa yang terjadi ini tidak menganggu kesetiaanya pada majikan-majikannya itu. Erangan terlepas dari mulut Zariel, tangan menekan kuat tempat perutnya yang sudah bocor kerana tembakan Danish padanya.

"Danish! Tolong Zariel!" Ariana memandang Danish yang masih berdiri sambil memandang sinis wajah Zariel dan isterinya yang berada di atas lantai itu. Danish seakan tidak terkesan dengan apa yang dilakukannya. Bagaikan sudah biasa menyakiti pekerjannya yang satu itu. Namun kerutan pada dahi Zariel dan wajah pucat anak buah kesayangan abangnya itu menyebabkan Danish rasa serba salah dan mula kasihan.

"Zariel." Rasa serba salahnya lenyap saat melihat Ariana menyentuh bahu Zariel. Gigi diketap kuat sebelum glock yang dipegangnya kembali dihalakan pada Zariel dan Ariana. Mahu menamatkan riwayat anak buah yang disanjungi Dylan Mikael itu. Semua kerana cemburu buta yang sedang mengusai diri.

"Danish!" Jerit Ariana lagi, air mata bercucuran apabila melihat perbuatan kejam suaminya itu yang sedang menghalakan senjata api kepada Zariel semula. Zariel menggigit bibir bawah sebelum bangkit dengan perlahan dari lantai. Perutnya ditekup dengan tangan. Mata melawan tatapan tajam Danish.

"Tuan Danish, kau tak boleh buat macam ni. Puan Ariana isteri kau." Zariel menaikan sebelah tangan menghalang Ariana daripada Danish. Makin ketat rahang lelaki muda itu saat melihat tingkah anak buah abangnya. Nafas dihembus keras bersama dada berombak ganas menahan amarah yang mengasak diri. Bila-bila masa sahaja akan meletup.

"Kau tak ada hak untuk masuk campur hal rumah tangga aku." Ego Danish merenung tajam wajah Zariel. Akal warasnya bagaikan sudah hilang. Dia sakit, dia sakit hati dan jiwanya kacau dengan semua apa yang terjadi pada waktu ini.

"Puan Ariana isteri, isteri tak layak untuk disakiti—"

"Diam Zariel!" Bergema suara jerkahan Danish di dalam ruangan itu menyebabkan Ariana terhinjut kedua belah bahunya. Liur ditelan kelat menerusi kerongkong. Zariel masih tenang walaupun nyawanya bagaikan dihujung tanduk. Kelopak mata dipejam dan dicelik apabila pandangan matanya menjadi kabur.

"Tuan Danish..."

"Jangan sampai aku bunuh kau Zariel Zaquan." Zariel memejamkan kelopak matanya saat perut yang bercucuran darah itu terasa perit, kabur pandangan matanya merenung wajah tampan si majikan.

"Puan Ariana." Zariel menapak ke belakang sehingga tubuhnya hampir dengan Ariana, kelopak mata dicelik sebelum merenung tangannya yang dipenuhi dengan darahnya sendiri. Banyak sehingga basah baju dan seluarnya. Kaki yang kian melembik terpaksa digagahkan juga.

"Lari. Selamatkan diri." Ujar Zariel tanpa gentar akan renungan tajam Danish padanya. Ariana memandang wajah suaminya yang tampak sangat bengis itu. Tubuh menggeletar hebat menahan rasa takut dan terkejut.

"Saya—"

"Danish!"

BANG

××××

Danish memejam rapat mata sambil meraup kasar wajahnya. Jantungnya berdegup laju. Nafasnya kasar dan dadanya berombak ganas. Lelaki itu tampak sangat berserabut.

"Huh." Nafas dihembus keras, belakang tubuh disandarkan pada dinding. Kelopak mata masih terpejam erat bersama kedua belah tangannya menggenggam sesama sendiri. Kejadian di mana dia tertembak Ariana sebentar tadi kembali berputar di dalam kotak ingatannya. Semua gara-gara Ariana mahu melindungi Zariel daripada ditembak namun akhirnya kedua-dua manusia itu tumbang saat peluru Danish menembusi tubuh Ariana dan Zariel.

"Bodoh!" Hamun Danish pada dirinya. Otak terlalu memikirkan tentang cemburu tanpa sedar menyebabkan Ariana hampir hilang nyawa.

"Encik Danish." Danish dengan pantas mencelik kelopak matanya sebelum berdiri apabila namanya diseru. Seorang doktor perempuan memandangnya bersama senyuman nipis.

"How my wife?" Danish menyoal. Matanya tunak memandang wajah doktor itu. Doktor perempuan itu menghela nafas perlahan dan menggelengkan kepalanya.

"Harap encik bersabar. Puan Ariana dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah. Maaf, kami tidak dapat selamatkan anak encik." Kata-kata yang meluncur dari bibir dokor perempuan itu menyebabkan jantung Danish bagaikan berhenti berdetak sesaat. Rambutnya diraup kasar ke belakang.

"Encik, bersabar ya. Mungkin Allah lebih sayangkan anak encik. Saya minta diri dulu." Danish hanya memandang doktor itu yang sudah berlalu pergi. Lelaki itu terduduk di atas lantai. Meraup kasar wajahnya. Memejam rapat matanya.

Apa yang dia dah lakukan? Bodoh Danish!

Apa yang dia dah lakukan? Bodoh Danish!

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα